Keibubapaan

Nak Jadikan Anak Cerdik, Mak Ayah Buat-Buatlah Tak Pandai, Bagi Peluang Anak Tunjuk Skill!

Share

Anak kecil kita memang terlebih bijak berfikir. Setiap kali bertanyakan soalan, ada sahaja jawapan yang diberikan pada kita.

Apa kata sesekali mak ayah asah skill anak-anak dengan menguji kepandaian mereka berdasarkan soalan yang mereka berikan. Apa nak buat?

Menurut perkongsian saudara Mohd Fhais Salim, sesekali belajarlah untuk buat-buat tidak pandai di hadapan anak agar anak berfikir dan menggunakan mindanya. Ini yang dikongsikan oleh beliau.


Kadang kadang untuk jadikan anak pandai, kita kena buat buat tak pandai depan dia.

Bila anak tanya soalan macam, “kenapa awan warna putih?”. Kita jangan terus jawab tapi tanya balik, “abang rasa kalau awan warna hitam gelap tak?”

Daripada bagi jawapan, kita bagi soalan tricky sikit supaya galakkan dia berfikir.

Soalan soalan kurang cerdik begini nampak remeh tapi boleh melatih Critical Thinking anak-anak kita.

Kadang bila nampak anak buat sesuatu, kita buat buat tak pandai dan tanya,

“kenapa kena buat begini?”

“kalau buat macam ni apa jadi”

“ini apa?”

Baru la anak tu rasa berani & yakin nak menjawab soalan bila di soal cikgu kat sekolah nanti.

Jika nampak anak-anak macam struggle & susah nak buat sesuatu, dan dia minta tolong kita jangan terus bantu sampai selesai. Tapi biarkan anak buat sendiri & jumpa solusi itu sendiri.

Kita tunjukkan jalan je pada dia sudah memadai. Bimbing jangan buatkan.
Elak biasakan Spoon Feed setiap kali anak tanya soalan atau jumpa jalan buntu.

Ini la puncanya ramai anak-anak jadi malas usaha & tunggu orang bagi ilmu pada dia. Ingat ye! Jangan tunjuk pandai depan anak-anak.

Wallahu a’lam..

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM