Bila musim perayaan atau cuti panjang, ramai yang ambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Tapi yang pasti tempoh perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa dua hingga tiga jam menjadi lebih panjang sehingga lima atau enam jam.

Sudah pastinya perkara tersebut membuatkan anak-anak berasa gelisah dan kurang selesa bila terlalu lama berada di dalam kereta. Sehinggakan ada yang mula meragam dan menyebabkan mak ayah juga tertekan dengan keadaan tersebut.

Nak Jalan Jauh & Lama Dalam Kereta Buat Anak Gelisah, Meragam. Doktor Kongsi Teknik Mudah, Alih Perhatian Anak Baru Lancar Perjalanan!

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Redza Zainol, beliau berkongsi teknik yang boleh digunakan oleh mama papa ketika perjalanan yang jauh dan lama. Teknik yang dikongsikan itu dapat mengalih perhatian anak untuk kurangkan kegelisahan sepanjang perjalanan.

Nak dekat cuti Raya Haji ni, mesti ramai yang akan bawa keluarga balik ke kampung.

Dalam perjalanan, ada anak yang jenis gelisah dan tak boleh lama-lama duduk terperap dalam kereta. Mulalah tantrum dan buat perangai sampai mak ayah pun boleh jadi geram. Naik angin!

Ada sampai terjerit-jerit nak balik rumah. Ada yang gelisah sampai mengusik adik-adik yang lain pula.

Nak Jalan Jauh & Lama Dalam Kereta Buat Anak Gelisah, Meragam. Doktor Kongsi Teknik Mudah, Alih Perhatian Anak Baru Lancar Perjalanan!

Anak kecil boleh jadi gelisah bila tak bergerak untuk satu jangka masa yang lama.

Ads

Saya nak kongsikan Teknik 5-4-3-2-1 yang mak ayah boleh guna untuk alih perhatian anak supaya kuranglah rasa gelisah atau anxious masa dalam kereta tu

1. Minta anak fokus pada 5 benda yang berada di dalam kereta. Mak ayah boleh pilih benda yang senang untuk dicari.

“Cuba cari 5 benda warna merah dalam kereta.” Kemudian kita minta anak sebut atau tunjuk benda tu.

2. Minta anak fokus pada 4 benda yang dia boleh sentuh dalam kereta.

Boleh jadi sentuh anggota badan sendiri, car seat, botol air dan mainan berdekatan.

Ads

3. Minta anak fokus pada 3 bunyi yang dia boleh dengar. Boleh juga buat masa singgah di hentian R&R.

Contoh : Bunyi adik tengah tidur, bunyi aircond dan lain-lain.

4. Minta anak fokus pada 2 bau yang dia boleh hidu.

5. Minta anak ingat balik 1 rasa yang dia dah minum atau makan pada hari tu.

Nak Jalan Jauh & Lama Dalam Kereta Buat Anak Gelisah, Meragam. Doktor Kongsi Teknik Mudah, Alih Perhatian Anak Baru Lancar Perjalanan!

Ads

Percuma dan spontan je kalau kita guna teknik ni. Sambil tu boleh ajar anak tentang warna, nama benda dan 5 deria asas manusia. Best kan?

Kalau ayah buat game ni dengan anak-anak, lagilah mak seronok. Sebab mak boleh sambung tidur. Haha!

Bantu saya #sebarkan ilmu ni. Boleh share supaya mudah untuk kalian rujuk semula.

#FormulaRawatanAwalKecemasanuntukSiKecil

Sumber: Redza Zainol

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Nak Jalan Jauh & Lama Dalam Kereta Buat Anak Gelisah, Meragam. Doktor Kongsi Teknik Mudah, Alih Perhatian Anak Baru Lancar Perjalanan!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI