Ibu yang ada bayi dah mula belajar makan mesti akan fikirkan menu apa yang sesuai untuk anak kan. Bagaimanapun, dalam bab nak masak bubur anak, ia mesti mengambil masa yang lama.
Kadang tu sampai berjam-jam untuk nak pastikan beras yang dimasak itu betul-betul hancur. Ok kali ni ada resipi yang mudah untuk dicuba.
Bubur dan nasi 2 Dalam 1 yang dikongsikan oleh Puan Musyahdah ni sangat menjimatkan masa ibu yang sibuk bekerja. Cubalah!
Masa anak baby dulu saya buat macam ni jimat masa…ikut ukuran umur nak lembik atau keras…kita perisakan ikan bilis dan sedikit minyak sayuran.
Kalau 6 bulan saya tukar tepung beras buat sendiri cuci jemur blend kering.
Biasa cawan stainless tu saya buang tangannya…saya tak suka guna plastik bahaya. jadi macam ni la saya buat. Mudah..bayi boleh makan 2 kali.
Tak perlu buat bubur asing susah sikit. Insyaallah senang buat macam ni. Boleh tambah ikan, ayam dan sayuran ikut suka.
Ads
Sediakan periuk dengan cawan
Masukkan beras yang siap di cuci ikut sukatan yang diperlukan.
Masukkan air ikut sukatan
Ads
Letakkan cawan stainless tu ditengah-tengah
Masukkan sayuran, ayam, ikan sebagai perasa dengan sesudu minyak sayuran
Ads
Masak macam biasa hingga bubur naik
Bila dah masak gaulkan bubur supaya sebati dan bubur akan jadi lebih lembut.
Antara bahan-bahan campuran yang dimasukkan dalam bubur anak.
Sumber: Musyahadah Oo via mahn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak disahkan ada asma dan ekzema memang ibu kena jaga pemakanan mereka. Si kecil yang ada masalah penyakit tersebut tak boleh makan sembarangan kudapan yang mengandungi gluten.
Selain daripada kanak-kanak yang ada masalah ekzema dan asma, mereka yang bermasalah usus bocor dan intolerans gluten juga perlu mengamalkan makanan yang bebas gluten jika tak mahu penyakit mereka datang menyerang.
Kenapa perlu amalkan pemakanan bebas gluten?
Gluten adalah sejenis protein daripada sumber gandum, barli, rye. Masalah gluten intolerance adalah alahan terhadap makanan berasaskan gandum, migrain, masalah penghadaman dan lain-lain berkaitan setiap kali makan produk berasaskan gandum. Sebenarnya diet bebas gluten ini elok diamalkan oleh semua orang walaupun tiada sebarang masalah penyakit seperti dinyatakan tadi.
Kepada ibu-ibu yang ada anak-anak bermasalah penyakit tersebut bolehlah amalkan makanan yang bebas gluten. Doktor Mazliana Mazlanyang memang mengamalkan pemakanan sihat bebas gluten terutama untuk makanan anaknya berkongsi beberapa resipi yang kudapan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Gluten Free Apri Dates Cookies
Bahan-bahan
1/2 buku butter
1/2 cawan puree kurma dan aprikot
5 sudu besar tepung beras
5 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung ubi kayu
Cara membuat
Pukul 1/2 buku butter sampai kembang.
Masukkan 1/2 cawan puree kukrma dan aprikot (boleh diganti dengan buah-buahan lain dan kekacang)
Masukkan 5 sudu besar tepung beras, 5 sudu besar tepung jagung dan 3 sudu besar tepung ubi kayu.
Bentukkan cookies dan bakar selama 30 minit (suhu oven lebih kurang 170 darjah celcius)
Gluten Free Pumpkin Rice Sticks
Bahan-bahan
1 cawan nasi
1 cawan labu rebus/kukus
2 ulas bawang putih
3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air
Cara membuat
Kisar semua bahan iaitu nasi, labu rebus, bawang putih, tepung jagung dan air.
Masukkan dalam piping bag dan buat bentuk sticks.
Bakar selama 30 minit.
Terus simpan dalam bekas kedap udara selepas sticks sejuk.
Gluten Free Cekodok Pisang
Bahan-bahan
1 cawan pisang dilenyek
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung ubi kayu
Secubit garam himalaya
Cara membuat
Campurkan semua bahan dalam bekas.
Gaul rata sehingga sebati.
Goreng hingga berwarna kecoklatan.
Gluten Free Kek Coklat
Bahan-bahan
2 cawan nasi
4 sudu tepung jagung
3/4 cawan gula tebu asli
3/4 serbuk koko
1 cawan VCO/minyak sawit
100 ml air
2 biji telur
Cara membuat
Kisar bahan-bahan seperti nasi, tepung jagung, gula tebu asli, VCO/minyak sawit, air dan telur.
Masukkan 3/4 cawan serbuk koko ke dalam bahan yang dikisar.
Masukkan dalam loyang dan bakar selama 40 – 45 minit.
Tempe goreng yang sedap selalunya lembut di dalam dan ada rasa manis. Tempe goreng memang sedap dimakan panas-panas. Boleh ajar anak-anak makan tempe sejak dari kecil lagi. Nak goreng tempe ada caranya, kena tahu tip yang betul. Kalau tak nanti hasilnya keras bila sudah digoreng dan jadi tidak sedap.
INFO TENTANG TEMPE:
*Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
*Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan.
*Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya.
KHASIAT TEMPE:
Tip Masak Tempe Goreng Sedap, Lembut Di Dalam
Untuk dapatkan tempe goreng yang dalamnya lembut dan sedap macam makan kacang rebus boleh guna tip yang dikongsi oleh Norizam Salina. Selain itu tip ini juga akan membuatkan tempe jadi garing di luar. Barulah ‘syok’ makan.
Jika mahu buat tempe goreng yang sedap, lembut dan tak keras dalamnya guna cara ini;
Rasa Manis, Anak-anak Mesti Suka
1. Potong tempe dan rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit sudah cukup untuk naikkan rasa lemak.
2. Rendam selama 30 minit atau satu jam kemudian boleh goreng seperti biasa.
3. Hasilnya tempe goreng akan jadi lembut di dalam, sedap dan manis rasanya macam makan kacang rebus. Cara ini juga buat tempe garing di luar, memang ralit makan.
Tip tempe goreng lagi sedap:
Boleh juga tumbuk sedikit ketumbar dan bawang putih kemudian gaul dengan tempe sebelum digoreng.
Siapa suka bahulu? Nak cuba bahulu yang gebu gebas dan lembut tak? Jom cuba. Yang ni versi wangi harum satu rumah kalau tengah bakar tu.
Resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini patut mama cuba. Bagilah kelainan sikit untuk anak-anak. Jika sebelum ni selalu buat kek atau muffin yang berasaskan coklat, kali ni buat pula bahulu pandan ni. Gerenti sedap!
Bahulu pandan gebu
Bahan-bahan:
4 cawan dalam 440g tepung gandum cap ros
(Sangai dalam 15-20 minit api perlahan, ayak kan 2 kali. Masuk dalam 1 bowl mixer ya)
Telur 10 biji gred A atau B
1 sb ovalate
2 sb emolco pandan coconut
1 sb pewarna hijau epal
350-380g gula halus(dalam 1 cawan 1/2-2 cawan)
Cara membuatnya:
1- Mix semua sampai gebu. Masuk sikit-sikit tepung sambil gaul pakai senduk je
atau pakai mixer volume perlahan
2- Dah sebati, masuk dalam paper cup atau acuan bahulu
3- Bakar suhu 170 masa 20-25 minit. Siap dah bahulu pandan gebu kite senang je kan
Boleh jadi kudapan anak-anak di rumah selain buat hidangan minum petang. Mudah dan senang je buatnya!
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.