Ibu yang ada bayi dah mula belajar makan mesti akan fikirkan menu apa yang sesuai untuk anak kan. Bagaimanapun, dalam bab nak masak bubur anak, ia mesti mengambil masa yang lama.

Kadang tu sampai berjam-jam untuk nak pastikan beras yang dimasak itu betul-betul hancur. Ok kali ni ada resipi yang mudah untuk dicuba.

Bubur dan nasi 2 Dalam 1 yang dikongsikan oleh Puan Musyahdah ni sangat menjimatkan masa ibu yang sibuk bekerja. Cubalah!

Masa anak baby dulu saya buat macam ni jimat masa…ikut ukuran umur nak lembik atau keras…kita perisakan ikan bilis dan sedikit minyak sayuran.

Kalau 6 bulan saya tukar tepung beras buat sendiri cuci jemur blend kering.

Biasa cawan stainless tu saya buang tangannya…saya tak suka guna plastik bahaya. jadi macam ni la saya buat. Mudah..bayi boleh makan 2 kali.

Tak perlu buat bubur asing susah sikit. Insyaallah senang buat macam ni. Boleh tambah ikan, ayam dan sayuran ikut suka.

Nak Jimat Masa Masak Bubur Untuk Bayi, Ibu Boleh Cuba Buat Nasi Dan Bubur (2 Dalam 1)

IKLAN

Sediakan periuk dengan cawan

Nak Jimat Masa Masak Bubur Untuk Bayi, Ibu Boleh Cuba Buat Nasi Dan Bubur (2 Dalam 1)

Masukkan beras yang siap di cuci ikut sukatan yang diperlukan.

Nak Jimat Masa Masak Bubur Untuk Bayi, Ibu Boleh Cuba Buat Nasi Dan Bubur (2 Dalam 1)

Masukkan air ikut sukatan

IKLAN

Nak Jimat Masa Masak Bubur Untuk Bayi, Ibu Boleh Cuba Buat Nasi Dan Bubur (2 Dalam 1)

Letakkan cawan stainless tu ditengah-tengah

Nak Jimat Masa Masak Bubur Untuk Bayi, Ibu Boleh Cuba Buat Nasi Dan Bubur (2 Dalam 1)

Masukkan sayuran, ayam, ikan sebagai perasa dengan sesudu minyak sayuran

Nak Jimat Masa Masak Bubur Untuk Bayi, Ibu Boleh Cuba Buat Nasi Dan Bubur (2 Dalam 1)

IKLAN

Masak macam biasa hingga bubur naik

Nak Jimat Masa Masak Bubur Untuk Bayi, Ibu Boleh Cuba Buat Nasi Dan Bubur (2 Dalam 1)

Bila dah masak gaulkan bubur supaya sebati dan bubur akan jadi lebih lembut.

Nak Jimat Masa Masak Bubur Untuk Bayi, Ibu Boleh Cuba Buat Nasi Dan Bubur (2 Dalam 1)

Antara bahan-bahan campuran yang dimasukkan dalam bubur anak.

Sumber: Musyahadah Oo via mahn

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI