“Nak Jumpa Cakap Sorry” Pernah Gigit Jari Pendakwah Masa Bayi, Anak Betty Rahmad Dipuji!

Share

Anak sulung selebriti, Betty Rahmad, Ardy Wira diketahui sebagai anak yang cukup petah berkata-kata. Kerap kali muncul di Instagram ibunya ada sahaja aksi dan telatah lucu yang menarik perhatian ramai.

Si comel Ardy Wira yang kini berusia empat tahun bukan sahaja murah dengan senyuman bahkan cukup petah bercakap dan paling membanggakan pandai membaca Al-Quran. Semuanya hasil didikan hebat ibu dan ayahnya.

Terbaru, Ardy Wira sekali lagi membuatkan ramai yang terhibur bila mana video comelnya menyapa pendakwah terkemuka, Habib Ali ketika di sebuah masjid.

Rupanya ketika Wira masih bayi, anak comel itu ditahnikkan oleh pendakwah popular itu dan paling menarik, ketika itu Wira turut menggigit tangan Habib yang ketika itu sedang menahniknya. Memang kelakar.

Video perkongsian itu turut dimuat naik oleh Betty menerusi Instagramnya. Namun paling membanggakan, di usianya kini empat tahun, Wira mahu untuk bertemu pendakwah itu untuk meminta kemaafan. Anak bijak.

“MasyaAllah Tabarakallah. Kalau tak kelakar tu bukan Wira la kan.

“Ceritanya macamni, sebelum ni kitorang pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari Habib.

“Kebetulan masa kita pergi Tawfiq Khamis lepas, Habib ada dan Wira cakap dia nak jumpa Habib cakap sorry.

“Sampai habis majlis dia tetap tunggu tak nak balik selagi tak jumpa Habib. Dia ingat senang kot nak jumpa.

“Kitorang pun layankan dan Daddy bawa dia tunggu. Alhamdulillah rezeki Wira Allah izinkan dia jumpa Habib,” cerita Betty berkongsi.

Telatah lucu Wira yang bertanyakan kepada pendakwah popular itu serta meminta maaf membuatkan ramai yang memuji tindakan anak hebat itu. Memang anak yang berani dan cukup bijak.

“Bila jumpa terus jam nak cakap Melayu. Dah kenapa kamu tanya Habib faham english ke tak? Simpan sini buat kenangan 🤍,” kongsinya.

 

Aksi comel Wira sudah semestinya harus diberikan pujian kerana bukan sahaja berani bahkan turut ikhlas memohon kemaafan kerana tidak sengaja menggigit tangan pendakwah itu ketika masih bayi. Memang anak yang bijak.

Menarik: Syukur Alhamdulillah, Pilih Nama Cantik Buat Puteri Ke-2, Mawar Rashid Selamat Bersalin!

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM