Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa ibu bapa sudah berpisah lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang kedua ibu bapa dalam sebuah keluarga.
Begitulah hakikat yang terpaksa ditanggung oleh seorang kanak-kanak apabila dia sedang bertarung nyawa melawan penyakit yang boleh membawa maut dan lebih malang ibu bapanya sudah berpisah.
Kanak-kanak tersebut yang berusia 8 tahun berasal dari negara China, menderita penyakit jantung merayu kepada bapanya untuk berjumpa dengan ibu kandung sebelum dia meninggal dunia. Kisah kanak-kanak ini tular dan mendapat perhatian seluruh dunia. Rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak ini.
Ibu bapanya telah berpisah sejak tahun 2015 dan hak penjagaan kanak-kanak lelaki ini diserahkan kepada bapanya. Menurut bapanya, dia berasa sangat sedih kerana tidak mampu untuk menampung kos rawatan sepenuhnya.
Pada bulan lepas, keadaan anaknya semakin teruk apabila dia mula muntah darah, hati dan paru-paru gagal berfungsi dengan baik.
Memandangkan kesihatanya semakin merosot, dia menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan ibu kandungnya.
“Ayah, tolong temukan saya dengan ibu buat kali terakhir sebelum saya meninggal”
Walaupun kos rawatan semakin tinggi, bapanya tidak berputus asa untuk mendapatkan yang terbaik untuk dia walaupun terpaksa jatuh bankrupt.
Sumber: WOB