
Selebriti Indonesia yang cukup dikenali, Aurel Hermansyah yang kini dikhabarkan menghitung hari untuk bersalin anak keduanya bersama suami, Atta Halilintar.
Namun kongsi Atta, disaat hampir melahirkan, isteri kesayangannya itu mula mengidam dna menginginkan sesuatu yang pelik.
Kongsi Atta lagi, Aurel pernah meminta untuk mengayuh basikal pada lewat malam sehingga dia terpaksa menuruti kemahuan isterinya itu.
“Dia pernah minta nak kayuh basikal pada pukul 12 malam. Cuba bayangkan mana ada orang naik basikal lewat malam. Dengan keadaan sunyi, dia boleh juga kena selsema.
“Akhirnya saya terpaksa layankan sahaja dengan menaiki basikal eletrik,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Atta lagi, ketika ulang tahun kelahiran, isterinya juga pernah berhajat untuk bercuti ke Jepun. Segala persiapan ketika itu sudah pun dibuat.
Pun begitu, Aurel bagaimanapun membatalkan hasrat kerana tidak mahu berasa penat ketika bercuti.
“Dia pernah mengidam nak ke Jepun, semasa ulang tahun kelahiran dia. Saya telah siapkan segala tiket dan semuanya tapi tiba-tiba dia tidak mahu dengan alasan penat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Aurel dan Atta mendirikan rumahtangga pada 4 April 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ameena Hanna Nur Atta.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlebih Air Ketuban Boleh Sebabkan Cord Prolapse Masa Proses Kelahiran! Kencing Manis Penyebab Air Ketuban Terlebih

Air ketuban adalah cecair jernih kekuningan yang mula dihasilkan pada hari ke-12 kehamilan. Apakah fungsi air ketuban dan apakah yang menyebabkan kurang dan terlebih air ketuban di dalam kandungan serta impaknya kepada bayi? Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Subang Jaya Medical Centre menjelaskan mengenai keadaan ini.
Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.
Fungsi air ketuban kepada bayi
Air ketuban amat penting untuk bayi dalam kandungan.
- Ia bertindak melindungi bayi daripada tekanan luar dengan menyerap rintangan dan hentakan.
- Berfungsi dalam mengawal suhu badan bayi dan memberi haba.
- Sebagai bentuk kawalan jangkitan. Air ketuban mengandungi antibodi yang boleh lindungi bayi.
- Berfungsi dalam perkembangan pernafasan kerana bayi dalam kandungan bernafas menerusi air ketuban.
- Mematangkan sistem pencernaan bayi di mana bayi berlatih menggunakan otot ketika di dalam kandungan ibu.
- Menggalakkan perkembangan otot dan tulang kerana air ketuban menyediakan ruang antara kantung dan bayi menyebabkan bayi bebas bergerak.
- Sokongan kepada tali pusat. Air ketuban mengelakkan tali pusat ditekan.
- Air ketuban mengandungi zat, hormon dan nutrien. Apabila bayi membesar, dia akan mula bernafas dan menelan air ketuban tersebut.
Faktor menyebabkan air ketuban menjadi banyak
Keadaan ini terjadi kepada kira-kira 1% kehamilan di mana catatannya melebihi 24cm. Ia lazimnya disebabkan oleh beberapa sebab yang melibatkan keadaan ibu dan bayi.
- Kecacatan pada janin.
- Masalah genetik pada janin menyebabkan kesukaran untuk menelan. Ini menyebabkan air ketuban menjadi banyak.
- Ibu menghidap kencing manis yang tidak terkawal.
- Kehamilan kembar.
- Fetal anemia iaitu keadaan di mana bayi kekurangan darah.
- Lain-lain punca iaitu seperti jangkitan kuman. Antaranya ialah virus Rubella, Parvovirus dan Cyto Megalo Virus.
- Ibu mengalami toxoplasmosis atau sifilis yang menyebabkan air ketuban banyak.
Kesan kepada bayi dan ibu apabila air ketuban banyak
Keadaan yang tidak normal ini boleh menyebabkan kesan negatif kepada bayi dan ibu. Menurut Dr Siti Aishah, air ketuban yang banyak boleh menyebabkan dalam situasi yang berbahaya kepada ibu dan bayi.
- Kesukaran bernafas bagi ibu sebabkan oleh pembesaran rahim.
- Bersalin lebih awal (pramatang).
- Selaput ketuban bocor yang boleh menyebabkan cetusan kelahiran pramatang dan mendedahkan bayi kepada jangkitan kuman.
- Uri lekang di mana air ketuban bocor secara tiba-tiba.
- Bayi meninggal di dalam kandungan.
- Pendarahan selepas bersalin atau postpartum hemorrhage (PPH) di mana rahim sukar untuk mengecut kepada semula dan pendarahan teruk.
- Posisi kedudukan bayi yang tidak stabil seperti melintang, songsang.
- Tali pusat jatuh atau cord prolapse semasa proses kelahiran. Ia amat berbahaya kerana boleh menyebabkan bayi menerima kurang aliran oksigen.
- Ini juga menyebabkan kepala bayi tidak memasuki ruang pelvis.
- Bayi besar kerana kencing manis yang tidak terkawal.
- Kelahiran menerusi pembedahan
Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlah akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Tahu Anak Mengandung.” Wanita Maut Kemalangan, Janin 5 Bulan Terkeluar

Isi Kandungan
ToggleKehamilan memang diharapkan dalam sebuah perkahwinan. Namun anak belum sempat dilahirkan kesemuanya telah kembali ke negara abadi.
Suasana pilu menyelubungi tatkala pemergiaan pasangan suami isteri, Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar dan suami, Allahyarham Mohd Ikraam Ab Azit kedua-duanya berusia 22 tahun.
Kedua-duanya maut dalam kemalangan motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Lubok Jong semalam.
Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar yang sedang hamil lima bulan dilaporkan mengalami pecah perutnya akibat nahas tragis tersebut yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu. Kedua-dua bakal ibu bapa ini meninggal dunia di lokasi.
TERCAMPAK 7 METER, JANIN TERKELUAR
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Abdullah Mohammad Piah, Allahyarham Nur Syafiqah tercampak kira-kira tujuh meter dalam kemalangan terabbit sehingga menyebabkan janin dalam kandungannya turut terkeluar.
Ketika kejadian, katanya, motosikal ditunggang Allahyarham Mohd Ikraam dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala Rantau Panjang, manakala Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun pula dari arah bertentangan.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta Myvi cuba memotong kenderaan lain namun gagal sebelum bertembung motosikal jenis Yamaha LC dinaiki pasangan suami isteri berkenaan.
“Akibat pertembungan itu, Allahyarham Nur Syafiqah tercampak sehingga tujuh meter menyebabkan janin dalam kandungannya terkeluar,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kemalangan ini sangat tragis dan menyedihkan. Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memastikan jarak selamat sebelum memotong kenderaan di hadapan,” katanya Abdullah.

KELUARGA TIDAK TAHU ALLAHYARHAM SEDANG HAMIL
Manakala dalam perkembangan lain, bapa kepada Allahyarham Nur Syafiqah memaklumkan mereka sekeluarga tidak tahu yang anaknya sedang hamil.
“Saya bukan sahaja terkejut kerana anak meninggal dunia, kami juga terkejut rupanya anak mengandung lima bulan dan janin terkeluar akibat kejadian itu,” kata bapa Allahyarham Nur Syafiqah, Jaafar Ibrahim.
KALI TERAKHIR BERJUMPA AHAD LALU
Kata Jaafar, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu adalah pelajar tahun akhir di Politeknik Kota Bharu dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan anak pada Ahad lalu ketika menghantarnya ke Politeknik.
“Hari ini jam 8 pagi, kami dikejutkan dengan kejadian yang menimpa anak serta menantu. Saya tidak tahu ke mana mereka mahu pergi sebelum terbabit dalam kemalangan.
“Apa yang berlaku mengejutkan kami sekeluarga dan anak juga tidak memaklumkan dia mengandung,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM).
KELUARGA REDA PEMERGIAAN
Sementara itu, bapa kepada Allahyarham Mohd Ikraam, Abdul Aziz Mohd Zain, 60, berkata anaknya bertugas sebagai anggota bomba bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat.
“Anak saya keluar rumah jam 12 tengah malam tadi memaklumkan mahu menghantar rakannya ke Kuala Lumpur sebelum dikejutkan dengan kejadian kemalangan.
“Kami reda dengan kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik secara mengejut,” katanya yang jenazah akan dikebumikan di Kampung Berangan.
Sumber: bharian.com.my & hmetro.com.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muntah, Mual Ibarat ‘Sahabat Baik’ Ibu Hamil. Bukan Mengada-Ngada Tapi Perubahan Hormon

Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami gejala ‘morning sickness’ yang teruk ketika awal trimester kehamilan. Semuanya jadi serba tak kena dan sukar bagi ibu hamil melalui rutin harian.
Muntah dan mual menjadi “sahabat” baik ibu hamil sepanjang tiga bulan pertama atau ada yang lebih teruk gejala mual dialami sehingga saat hendak melahirkan bayi. Bertabahlah!
Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menyebabkan ibu hamil mengalami mual dan muntah-muntah. Anda perlu tahu apa punca menyebabkan mual berlaku, barulah tahu cara untuk mengatasi mual yang sangat meletihkan. Antara penyebab mual berlaku pada ibu hamil adalah seperti berikut:
1. Gejala asid gastirk
Bagi ibu hamil yang memang mempunyai sejarah gastrik, dia akan mudah terkena mual dan muntah. Apatah lagi sekiranya ibu sering membiarkan perutnya kosong dalam waktu yang lama. Dia akan mudah mengalami mual dan muntah disebabkan paras asid gastrik yang naik.
2. Hormon meningkat
Punca asid gastrik naik berulang disebabkan hormon dalam badan meningkat. Hormon yang meningkat adalah hormon estrogen. Hormon ini mempengaruhi keadaan asid gastrik seseorang. Ketika asid gastrik meningkat maka ibu pun mula merasa mual. Hormon estrogen lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi, itulah sebabnya ramai ibu mengalami mual pada waktu pagi.
3. Hormon HCG
HCG adalah hormon yang boleh mengesan kehamilan seseorang. Perubahan inilah yang menyebabkan berlaku tanda kehamilan dan ibu mula mengalami mual dan muntah.
4. Metabolisme berubah
Kadar metabolisme dalam badan boleh mempengaruhi sistem imun. Ketika awal kehamilan, metabolisme di dalam badan akan berubah. Metabolisme menjadi lebih lambat dibandingkan sebelum positif mengandung. Itulah yang menyebabkan bakal ibu mual dan muntah.
5. Sistem penghadaman tertekan
Ada juga ibu yang mengalami mual di akhir kehamilan apabila kandungan semakin membesar. Perkembangan bayi yang menekan organ penghadaman dan saluran penghadaman menyebabkan ruang menjadi sempit dan ibu mudah terasa mual.
6. Psikologi
Ada juga ibu yang mengalami mual dan muntah kerana faktor terlalu kerap memikirkannya. Perasaan tertekan dan stres menjadi punca utama ibu rasa mual dan hendak termuntah.
Biarpun gejala mual ketika hamil dianggap sebagai perkara normal di kalangan ibu hamil, tetapi ada petanda bahaya pada nyawa ibu yang mengalami masalah mual luar biasa.
Petunjuk tersebut mesti difahami oleh bakal ibu dan ayah supaya segera mendapatkan rawatan untuk mengelakkan daripada gejala menjadi lebih buruk dan membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Bakal ayah juga perlu lebih prihatin dan jangan menganggap isteri anda mengada-ngada atau sengaja melayan mual dan muntah yang dialaminya.
Berikut adalah petunjuk bahaya mual pada ibu hamil yang mesti segera mendapatkan rawatan lebih lanjut.
1. Ibu hamil akan terus mual dan muntah sebaik makan atau minum.
2. Jumlah air kencing sangat sedikit.
3. Badan terus lemah dan lesu sehingga tidak boleh bangun dari tempat tidur.
Sekiranya ibu hamil ada mengalami ciri-ciri tersebut ia menunjukkan anda bukan mengalami gejala mual dan muntah biasa tetapi lebih kepada penyakit hiperemisi gravidarum.
Penyakit ini adalah masalah mual dan muntah yang berlebihan. Rawatan intensif di hospital sangat diperlukan untuk mengembalikan keadaan ibu seperti sedia kala. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan membahayakan nyawa ibu hamil kerana kekurangan cecair dan tenaga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI