Nak Ke Tandas Pun Tak Sempat, Anak Asyik Nak ‘Melekat’. Rupa-Rupanya Ini Yang Mereka Rasa!

Share

Ada sesetengah ibu bapa yang gusar kerana anak mereka akan kerap meragam terutamanya jika ditinggalkan. Baru saja nak bangun, mulalah dia menangis macam dipukul. Kadang-kadang nak ke tandas pun jadi masalah. Biasanya keadaan ini berlaku pada usia anak lebih kurang tiga tahun ke bawah.

Dr Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan situasi ini dipanggil sebagai Separation Anxiety dan normal berlaku dalam kalangan anak kecil berusia enam bulan ke dua tahun setengah. Tambah Dr Luqman lagi, pada usia ini anak tidak faham tentang Object Permanence, mereka merasakan jika tidak nampak depan mata maknanya tiada.

Ikuti penjelasan lanjut Dr Luqman tentang hal ini.

Memang mencabar emosi betul bila anak kita asyik nak melekat sampaikan tak boleh nak berpisah langsung.

Kadang tu mak ayah ‘hilang’ dari depan mata kejap je tapi dia punya meraung, Ya Tuhan satu taman terkejut dengar suara dia!

Pantang rasa nak kena tinggal, tiba-tiba je 3C ni berlaku dengan amat dasyat – Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak berdukung atau melekat je kerja).

Tapi bila parent muncul balik, eh terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.

Artikel Lain: [Jangan Suruh Anak Berhenti Waktu Menangis. Dia Pun Nak Luah Perasaan, Jadi Biarkan]

Inilah yang disebut fasa ‘Separation Anxiety’. Benda ni normal je sebenarnya dan selalu berlaku kat anak kita yang dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 2 tahun setengah.

Masa tu dia belum berapa faham lagi pasal ‘Object Permanence’ ni. Pada dia, kalau parent tu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya!

Sebab tu mak ayah semua wajib tahu 5 teknik untuk atasi masalah Separation Anxiety ni supaya kita semua tak stress nanti bila fasa ni berlaku kat anak kita sendiri.

#1. Biasakan bercakap dengan anak kita tu bila kita nak ke mana-mana.

Masa nak ke toilet, beritahu, “Mak nak ke tandas ni.” Nak ke dapur ke, nak ke bilik ke pun sama.

Mula-mula si kecil tu tak faham tapi lama-lama, nanti sikit-sikit dia akan mula mengerti ke mana kita nak pergi.

#2. Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin.

Bila dia mendekat nak mintak kita dukung, masa tu kita buat-buatlah lari macam tengah bermain dengan dia. Tak adalah nanti dia meraung kalau kita tak dukung pun sebab dia duk ingat yang kita tengah main dengan dia.

#3. Penting sangat untuk kita patuhi janji dengan anak.

Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap.

Bila kita praktikkan macam ni, si kecil tu akan develop rasa confidence untuk ditinggalkan sebab dia tahu mak ayah dia tak kan mungkir janji.

#4. Ada anak yang jadi kacau bilau macam ni masa nak tinggalkan kat pengasuh.

Make sure sebelum serahkan anak kita tu, cukupkan dulu semua keperluan fisiologi dia.

Mana yang lapar berilah makan minum dulu. Mandi, tukar pampers siap-siap. Nanti tenanglah sikit budak tu waktu nak kena tinggal.

Artikel Lain: [Didik Anak Nilai Murni Dengan Surah Al Fatihah. Cukup Sempurna Untuk Bentuk Akhlak Terbaik]

#5. Akhir sekali, kena keraskan hati kita ni sikit kalau si kecil tu nak minta dukung. Beritahu yang kita tengah ada kerja nak siapkan.

Tak apalah kalau dia menangis pun, biarkan kejap.

Tapi bila dah siap je kerja terus kita datang balik entertain anak kita tu. Lama-lama nanti si kecil tu akan tahu yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.

Sampai satu tahap, Separation Anxiety ni selalunya akan hilang sendiri. Paling penting kita kena pandai latih dan yakinkan si kecil tu yang ketiadaan kita depan mata tak kan menyakitkan emosi dia pun.

Separation Anxiety ni sebenarnya salah satu tanda perkembangan anak kita. Dia dah mula develop attachment dengan kita. Janganlah salahkan si kecil tu, pergi cakap dia mengada-ngada pulak.

Tolong saya #kongsikan ilmu ni ye terutamanya dengan kawan-kawan yang baru ada anak. Percayalah, ilmu ni penting sangat untuk mereka.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham