Keluhan yang biasa didengari selepas seseorang itu bersalin melalui pembedahan caesarean ialah perut buncit dan sukar dikempiskan.

Memandangkan luka jahitan pembedahan masih baru, ramai yang tidak tahu cara betul yang boleh dilakukan bagi membantu mengempiskan bahagian berkenaan.

Bagi merungkai masalah ini, dikongsikan cara untuk kempiskan perut selepas bersalin. Ia bukan sahaja boleh digunakan oleh ibu yang bersalin secara pembedahan, yang melahirkan secara normal pun boleh praktikkannya.

Berbengkung

Pemakaian bengkung sangat membantu mengempiskan perut. Lebih-lebih lagi bila ditambah dengan sapuan limau nipis bersama kapur.

Selepas bersalin, otot perut tidak kuat. Jadi, pemakaian bengkung pada ketika ini membantu menyokong dan menguatkan otot berkenaan di samping membuang lemak di perut.

IKLAN

Bagi yang bersalin secara pembedahan caesarean, anda digalakkan menggunakan bengkung moden yang boleh diubahsuai tahap ketatnya.

Seelok-eloknya pakai bengkung moden selepas 2 atau 3 minggu selepas melahirkan iaitu setelah diyakini luka jahitan pembedahan sudah kering dan baik.

Elak minum banyak air sekali gus

Amalan minum air dalam amaun yang banyak sekali gus akan menyebabkan ruangan perut menjadi besar dan buncit. Sebaik-baiknya minum air sedikit demi sedikit dan minum dalam keadaan duduk.

IKLAN

Apabila minum dalam keadaan berdiri, air yang memasuki tubuh akan memberikan tekanan kepada perut.

Berzumba atau gelekkan pinggang

Tarian gelekan pinggang seperti tarian Arab membantu menguatkan otot di bahagian pelvis.
Tarian zumba pula memerlukan pergerakan aktif seluruh tubuh. Jadi, semua bahagian tubuh termasuk perut akan menerima kesan positifnya.

Namun begitu, hal ini hanya dapat anda lakukan selepas 6 minggu bersalin. Minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan sekarang jenis senaman termasuklah tarian zumba dan tarian Arab.

IKLAN

Elakkan gula dan lemak

Keduanya adalah pantang besar jika anda mahu kempiskan perut! Lemak dan gula berlebihan yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan menimbun di dalam badan, termasuklah di bahagian perut

Pemakaian korset

Korset boleh mula dipakai selepas anda selesai berpantang. Penggunaannya adalah bertujuan menstrukturkan semula lemak dan mengurangkan nafsu makan.

Biasanya korset yang dipakai adalah ketat. Jadi, ia akan mengecilkan ruangan bahagian perut dan anda akan berasa kenyang walaupun makan dalam jumlah yang sedikit.

Sebenarnya tiada jalan pintas untuk mengempiskan perut selepas bersalin terutamanya bagi anda yang bersalin secara pembedahan. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Yang penting jaga makan dan rajin bersenam. Selamat mencuba.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI