Minda si kecil ibarat span. Apa sahaja rangsangan yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya. Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan sejak dari usia sebulan. Bahan yang digunakannya juga tidak sukar untuk didapati.
Saya mahu berkongsi aktivti saya dengan bayi saya ketika dia berusia 0-7 bulan. pemikiran yang menganggap bayi sekadar makan, minum dan tidur tu saya cuba alihkan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mencipta pelbagai kenangan.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
AKTIVITI UNTUK BAYI BOLEH KURANGKAN RISIKO MERAGAM
Dengan aktiviti bermain ni dapat kurangkan ‘stress’ pada bayi. Jadi, bayi tidak banyak meragam. Mereka akan lebih ceria sebab kita membri kepercayaan padanya untuk menerokai (explore everthings). Pada tahun pertama, mesti mereka berkeinginan untuk tahu macam-macam.
15 AKTIVITI RANGSANGAN YANG DILAKUKAN UNTUK ANAKNYA
MESSY COLOURS
KAD IMBASAN HITAM PUTIH
BERBUAL DENGAN BAYI
BERCERITA
STORY TELLING
BELON BUIH UNTUK FOKUS
SENTUHAN BOLA SENSORI
PENGENALAN KEPADA PRETEND PLAY
TOUCH AND FEEL SAYUR DAN BUAH
BERENANG
RANGSANGAN SENTUHAN PADA KAKI
RANGSANGAN SENTUHAN DENGAN MERASA BIJIAN BERAS
RANGSANGAN MENGGUNAKAN CERMIN
LATIHAN MERANGKAK
Sumber: Puan Nur Anis Syazwani Azhar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia 1-2 Tahun Anak Faham Arahan, Nak Makan Sendiri, Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus
Bila ada anak anda perlu tahu setiap perkembangan normal yang mesti dicapainya. Ilmu keibubapaan turut merangkumi keupayaan memantau pencapaian perkembangan anak supaya jika dia tidak mencapai perkembangan sepatutnya maka tindakan awal bagi merawat boleh dilakukan.
Ketahui kemampuan anak anda melalui carta perkembangan anak daripada usia 1 hingga 2 tahun.
1. Sosial
* Sudah pandai memberi ciuman.
* Menyapa orang dengan menyebut “hai”.
* Kadang kala menyebut “Tidak” apabila barang permainannya diganggu.
* Suka melihat diri sendiri dalam cermin dan mengenali bahagian badannya.
* Memberi tindak balas kepada arahan “jangan”.
* Mula menunjukkan empati terhadap orang lain iaitu memeluk anda ketika bersedih.
* Menunjukkan perasannya jika dimarahi, disayangi dan sebagainya.
2. Sikap berdikari
* Keinginan untuk melakukan semua perkara seperti mengangkat cawan dan ingin minum sendiri.
* Mahu makan sendiri dengan menggunakan sudu tetapi akan menyebabkan makanan bersepah.
* Mula mempunyai deria kawalan diri iaitu mungkin akan bertindak balas terhadap perkataan “berhenti” dan “tunggu”.
* Membuka baju tanpa bantuan sesiapa.
3. Kemahiran motor kasar
* Boleh berjalan tanpa sokongan.
* Mula belajar berlari, berjalan, berhenti dan memusingkan badan.
* Menendang bola ke hadapan.
* Otot kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan beransur kuat.
* Naik dan turun tangga tanpa bantuan.
4. Kemahiran motor halus
* Mula boleh memegang pensel dan menconteng.
* Gemar menconteng kertas atau dinding menggunakan pensel dan warna.
* Keupayaan tangan semakin baik iaitu boleh mengambil dua alat permainan kecil dengan sebelah tangan.
* Menyelak sehelai demi sehelai buku bergambar.
5. Bahasa
* Sudah pandai menyebut “mama” atau “dada”.
* Bercakap dalam satu perkataan.
* Perbendaharaan kata sekurang-kurangnya 10 patah perkataan.
* Mula meminta makanan atau minuman menggunakan perkataan atau bunyian.
6. Pendengaran
* Boleh mendengar arahan ringkas dan mudah.
* Mempunyai kebolehan menunjuk ke arah sesuatu objek jika diminta.
7. Penglihatan
* Gemar melihat carta bergambar dan kad imbasan.
* Menyukai gambar ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni.
Adakah anak anda sudah mencapai semua perkembangan tersebut? Jika belum jangan susah hati, kerana ada sesetengah kanak-kanak mungkin mencapainya dalam masa agak perlahan dan lambat. Yang penting terus berusaha membantu dan merangsang si manja anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mama Papa Jangan Salahkan Baby Tak Mahu Dibedung. Rugi Kalau Tak Buat Sebab Banyak Kelebihannya!
Bedung bayi berikan banyak manfaat, jadi mama dan papa jangan abaikan bab membedung dengan alasan ‘anak saya tidak suka dibedung’ atau ‘dia lebih suka bebas macam ni’. Mulakan membedung daripada awal, seawal baru lahir. Lebih awal, lebih baik.
Selepas lahir, bayi melalui perubahan suasana dari alam rahim ke dalam dakapan mama dan papa. Bantunya menempuh hari-hari pertamanya dengan cara membedungnya menggunakan kain.
Tindakan membedung bayi akan membantu bayi untuk menempuh hari-hari pertamanya. Ia diibaratkan seperti seni membalut bayi dengan menggunakan kain yang akan memberikan si kecil pelbagai faedah kesihatan dan sokongan kepada emosinya.
7 MANFAAT MEMBEDUNG BAYI
Antara manfaat membedung bayi ialah seperti berikut;
1.Rasa selamat kepada bayi.
2.Bayi kecil sering kali menghadapi masalah ‘terkejut’ atau startle reflex. Membedung mengelakkan ia daripada terjadi (sehingga bayi pandai meniarap).
3.Bayi baru lahir seringkali kesejukan. Membedung memberikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuhnya mula berfungsi.
4.Menjadikan bayi lebih tenang dan kurang refleks Moro iaitu tindakbalas bayi apabila kehilangan dinding rahim sesudah kelahiran. Ia menyebabkan bayi kecil mereka terkejut atau tersentak dan mula menangis.
5.Bayi akan tidur lebih lena.
6.Mengurangkan risiko kematian bayi atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS). Elakkan meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi tidur meniarap.
7.Amat disarankan untuk bayi yang menghadapi masalah neurologi atau kolik.
DO’S & DON’TS DALAM MEMBEDUNG BAYI
Walau pun membedung bayi memberikan banyak faedah, tapi anda harus ingat, membedung ada do’s & dont’s.
- Pastikan bayi tidak dibedung dalam tempoh yang terlalu lama. Mungkin boleh dibedung untuk tidur dan menyusu. Kaki dan paha bayi perlu bergerak untuk perkembangannya.
- Pastikan anda tidak membedung dengan terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya yang masih lembut. Jangan bedung sehingga kakinya menjadi lurus dan ketat!
- Cara bedung perlulah betul. Jangan meletakkan apa-apa kain pada bahagian muka.
- Gunakan kain bedung yang tipis yang sesuai dengan suhu sekeliling supaya bayi tidak kepanasan.
- Tidak membedung ketika menyusu membantu bayi untuk melekap dengan lebih baik di mana bayi bebas menyentuh kulit (sentuhan kulit ke kulit).
- Hentikan membedung apabila bayi sudah mula meniarap. Semakin membesar, bayi akan lebih banyak bergerak semasa tidur.
- Bayi yang dibedung akan tidur nyenyak. Jadi, mama perlu kejutkan mereka untuk menyusu supaya mereka tidak terlepas untuk sesi penyusuan.
- Pastikan bayi yang dibedung tidur dalam keadaan berbaring, bukan meniarap atau mengiring.
- Buka bedung sekiranya nampak bayi panas berpeluh dengan pipinya kemerah-merahan.
- Sesetengah bayi suka bahagian tangannya bebas bergerak. Boleh ikuti cara bedung yang biasa tapi pastikan kain bedung tidak meliputi tangan dan bahu dan berada dibawah bahagian ketiaknya.
Anda boleh belajar mengikuti langkah membedung bayi berpandukan video ini.
2 MINIT BERSAMA PA&MA: CARA BEDUNG BAYI
#2minitpama #carabedungbaby Mama dan papa, jom belajar bedung baby dengan cara yang betul. Ia seharusnya tidak terlalu ketat mahu pun terlalu longgar. Bedung boleh membuatkan bayi tenang dan fokus. Berbedung juga menghindari bayi daripada reflek Moro (gerakan kaki dan tangan luar kawalan serta menangis). Jangan lupa share. Tag pasangan dan rakan-rakan.
Posted by Pa&Ma on Friday, January 5, 2018
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Terlalu Berbangga Anak Cepat Berjalan, Sebenarnya Lagi Lama Merangkak Lagi Bagus Untuk Perkembangan Otak
Kadang-kala ada ibu ayah terlalu berbangga anaknya cepat berjalan tak sampai umur setahun. Sebenarnya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan otaknya. Macam mana tu?
Jom baca penjelasan oleh Puan Ezzaty Sufian tentang kenapa bagusnya kemahiran merangkak pada perkembangan seorang bayi sebelum dia mula mahir berjalan.
“Weyyhh, baby saya umur 12 bulan dah boleh berjalan. Langsung tak merangkak tau. Cepat gila kan?”
Ramaiiii tau ibu ayah rasa bangga bila anak boleh jalan cepat. Langsung tak pernah merangkak. Atau kalau merangkak pun sekejap je. Mungkin dalam sebulan macam tu terus dia boleh berjalan.
Sebenarnya kan, cepat berjalan tu memang dah bagus dah. Cuma skip merangkak tu yang tak berapa nak bagus. Nak tahu kenapa? Okay, zaty stori semua kat ibu ayah ya.
Otak kita ni ada satu bahagian. Namanya CORPUS CALLOSUM. Kedudukan si Callosum ni adalah di antara (tengah-tengah) otak kanan dan otak kiri kita.
Jadinya, fungsi dia palinggg utama ialah jadi SUPERHIGHWAY yang hubungkan antara dua otak kita tadi. Seolah-olah macam jambatan yang hubungkan dua belah otak.
Merangkak Bantu Rangsang Fungsi Otak
Bila otak kanan dan otak kiri berhubung, akan berlaku komunikasi antara dua otak ni. Atau bahasa kampungnya, diorang “bercakap” antara satu sama lain.
Anak-anak akan gunakan otak kanan untuk kreativiti : mewarna, melukis, muzik, imaginative play.
Otak kiri digunakan oleh anak-anak untuk konsep belajar yang lagi tinggi : membaca, menulis, penggunaan bahasa, critical thinking, problem solving.
Otak kanan dan otak kiri, walaupun ada fungsi masing-masing, diorang tetap kena berhubung. Apabila dua otak ni berhubung melalui Corpus Callosum tadi, dia sangat bantu anak-anak untuk tingkatkan koordinasi antara dua belah badan. Contohnya:
1) pegang kertas dalam masa yang sama mewarna/menulis (tangan kanan+kiri)
2) tepuk tangan tangan kanan+kiri)
3) berlari (kaki kanan+kiri)
4) tangkap bola (tangan kanan+kiri)
5) pakai baju, tanggal baju (tangan kanan+kiri)
6) membaca dan menulis (tangan kanan+tangan kiri+mata kanan+mata kiri)
7) macam-macam lagi yang libatkan dua-dua belah badan (kiri dan kanan)
So, bila dua bahagian otak ni tak saling berkomunikasi, akan timbul banyak masalah pada anak-anak di kemudian hari nanti. Antaranya :
1) cabaran dalam pembelajaran di sekolah
2) speech and language delay
3) susah nak kawal emosi
4) masalah fokus dan attention
5) masalah nak berkomunikasi
Jadinya sekarang, apa kaitan merangkak dengan hubungan otak kanan dan otak kiri?
Ikut kajian, corpus callosum dah dibentuk sejak dari baby usia 18 bulan dalam kandungan ibu. Dan akan mula berkembang pada usianya antara 6 ke 12 bulan selepas dilahirkan.
Merangkak Penting Untuk Pembelajaran Pertama
Tempoh perkembangan corpus callosum pada 6 ke 12 bulan ni lah yang dinamakan sebagai “fasa merangkak”. Merangkak adalah FASA PERMULAAN untuk anak-anak belajar tentang integrasi atau koordinasi penggunaan kedua belah badan.
Dan dengan merangkak ni juga dah tunjukkan yang corpus callosum anak-anak sedang berkembang dengan sihat. Merangkak ialah satu latihan yang bantu untuk bina serta kuatkan hubungan komunikasi antara otak kanan dengan otak kiri pada baby.
Koordinasi yang boleh kita tengok bila anak-anak merangkak ni bila dia mampu aturkan pergerakan tangan kanan bersama dengan kaki kiri dan tangan kiri kedepan bersama dengan kaki kanan pada satu arah.
So, pada waktu ni akan berlaku pertukaran maklumat serta komunikasi yang sangatttt cepat antara otak kanan dan otak kiri baby tadi melalui corpus callosum tu.
Itu baru cerita part kaitan merangkak dengan hubungan dua belah otak. Belum cerita lagi manfaat besar yang lain yang ada pada aktiviti merangkak ni.
Bantu Anak Belajar Merangkak
Anak akan mula merangkak seawal usia 6-7 bulan. Ikut pada tahap perkembangan motor kasar dia. Dan anak sepatutnya boleh merangkak pada usia maksimum 9 bulan.
Jadi, sekiranya usia 9 bulan baby masih belum boleh merangkak, kita ibu ayah yang kena ambil tindakan cepat dengan ajar dan tunjuk anak cara merangkak. Dalam makna kata lain, kita kena merangkak depan dia untuk dia tiru.
Bila anak berjaya lepas fasa merangkak, InshaaAllah kebolehan lain pun dia akan mudah catch up : berjalan, berlari, melompat dengan dua kaki, menjengket, jalan mengundur, sepak bola. Semuanya dia boleh lakukan dengan lebih cekap.
Apa cara yang terbaik untuk galakkan anak-anak merangkak?
1) Elakkan dari guna walker. Galakkan anak merangkak dan explore apa yang ada di sekeliling dia dengan bebas.
2) Lumba merangkak dengan anak. Biasanya lumba lari kan. Ni kita lumba merangkak. Apa boleh buat, sometimes kita terpaksa berlakon jadi baby jugak.
3) Letak barang yang baby suka jauh dari dia. So bila baby nak barang tu, dia akan merangkak untuk ambil. Tapi, part ni barang dia suka ke tak suka ke dia tetap akan pergi ambil.
Sebab curiousity dia tinggi. Sibuk nak tahu, nak pegang dan nak explore setiap objek yang dia nampak.
So, akhir sekali. Sebenarnya, lagi lama baby ada experience merangkak, lagi bagus untuk perkembangan kemahiran dia dan yang paling penting untuk PERKEMBANGAN OTAK dia.
Kalau ikut graf perkembangan baby, umur maksimum sepatutnya baby berjalan ialah 18 bulan.
Jadi fasa merangkak tu takde masalah kalau baby ambil masa berbulan-bulan lamanya. Dan bila dia dah rasa kuat dan dah ready, sebenarnya dia boleh berjalan dengan sangat cekap.
Ikut pengalaman zaty sendiri, fayyadh mula merangkak pada usia 7 bulan. Boleh berjalan pada usia setahun 4 bulan. Waktu dia dah tunjuk minat nak berjalan tu, ada 2-3 kali je yang kami latih dia berjalan.
Lepastu terus dia dapat berjalan dengan cekap dan setakat ni Alhamdulillah tak pernah terjatuh disebabkan berjalan.
Tokwan dia punyalah beli walker mahal nak bagi cucu cepat jalan. Yang specialnya fayyadh ni dia tak suka benda yang terkepung macam tu. Menangis-nangis bila kita letak dalam walker.
Tapi sekarang dia teringin pulak nak duduk dalam tu. Nak jadi baby balik agaknya. Alahaiii anak.
Sumber: Ezzaty Suffian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI