Mana-mana wanita yang pertama kali bersalin, perlu tahu bahawa urutan adalah rutin yang sangat penting dalam amalan berpantang.
Sejak daripada dahulu hingga kini, urutan selepas bersalin masih diamalkan kerana banyak manfaatnya kepada anda apabila ia menunjukkan kesan positif.
Berikut adalah antara kebaikan dan kepentingan urutan selepas bersalin yang patut anda tahu.
Melegakan sakit badan
Proses kehamilan dan kelahiran adalah sesuatu yang memenatkan. Tanpa anda sedar, ia memberi tekanan kepada bahagian tubuh tertentu terutamanya bawah abdomen, belakang, dan pinggang.
Selepas bersalin, bahagian berkesan masih tertekan kerana ia digunakan sepanjang anda menjaga dan menyusukan bayi. Sesetengah posisi penyusuan jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan ketidakselesaan badan.
Ads
Urutan akan membantu anda untuk lebih relaks selain melegakan kesakitan yang dialami.
Melancarkan perjalanan darah
Urutan lembut di seluruh badan mampu melancarkan perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.
Dengan teknik yang betul, ia berupaya mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim.
Ads
Mempercepatkan proses pemulihan
Urutan yang dilakukan di bahagian tertentu tubuh dapat membantunya sembuh segera. Dapatkan tukang urut bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko.
Melancarkan pengeluaran susu ibu
Urutan diyakini berkesan dalam mengatasi masalah berkaitan pengeluaran susu ibu.
Ada benarnya kerana apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.
Ads
Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.
Mencegah tekanan
Urutan dapat membantu anda berasa relaks. Selain sentuhan dan tekanan urutan lembut, aroma daripada minyak herba juga membantu anda berasa lebih tenang.
Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin menguruskan bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan yang demikian, risiko meroyan dapat dikurangkan.
Membentuk tubuh
Urutan juga dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul semasa kehamilan. Malah dengan pemakaian bengkung, ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan dan membentuk tubuh agar kelihatan langsing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dr Say selar suami anggap isteri bersalin czer sudah rosak, “Tak kisah bersalin cara apa pun, patut diraikan.” Tular beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp dimuat naik memaparkan seoarang suami memarahi isterinya dengan menyifatkan ‘sudah rosak’ kerana tidak bersalin secara normal.
Dr Say Selar Suami Anggap Isteri Bersalin Czer Sudah Rosak, “Tak Kisah Bersalin Cara Apa Pun Patut Diraikan”
Menerusi TikTok, pemilik akaun yang dikenali sebagai @flowertersakiti berkongsi kisah sedih apabila suami memarahinya kerana bersalin kaedah pembedahan atau caesarean (czer).
Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu. Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?
Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia.
Semua ini dah berlalu namun masih sakit.
Si suami juga difahamkan tidak menemani isterinya di dalam wad bersalin juga meminta wanita itu untuk tidak menghubunginya lagi.
Tak nak I dapat isteri rosak, baik I kahwin dengan orang lain ja.
Umur macam ini nak lahir guna kaedah pembedahan apanya, tak naklah hidup lagi dengan you.
Kisah wanita ini bukan sahaja mendatangkan kemarahan warga maya tetapi termasuk juga Dr Say. Berikut hantaran yang dikongsikan oleh Dr Say menerusi akaun TikToknya.
Badan Rosak Sebab Bersalin Ikut Tingkap
Saya ingat kisah bersalin ikut tingkap ini sudah setel tiba-tiba ada juga polan-polan yang memandang hina bersalin caesar ini eh? Siap ugut nak kawin lain sebab katanya isterinya “dah rosak”.
Kalau korang dapat laki macam ni apa korang buat eh? Ke masih ramai laki luar sana anggap bersalin ikut tingkap ni tak mulia? Share sikit pengalaman korang peeps. Masih kurang education ke pasal topik bersalin ikut pembedahan ini?
Pembedahan caesarean bukanlah penyebab kepada badan menjadi rosak, tetapi ia adalah satu prosedur perubatan yang penting dan menyelamatkan nyawa dalam situasi tertentu. Mitos bahawa badan akan rosak akibat pembedahan caesarean adalah tidak berasas dan boleh menimbulkan ketakutan yang tidak perlu dalam kalangan wanita.
Dengan pemahaman yang betul, penjagaan selepas bersalin yang baik, dan sokongan daripada pakar perubatan, kebanyakan wanita boleh pulih dengan baik dan kembali kepada kehidupan normal mereka selepas pembedahan caesarean. Ibu bapa perlu membuat keputusan berdasarkan nasihat perubatan yang tepat dan bukan berdasarkan mitos atau tanggapan yang salah.
Pengalaman menyusukan bayi buat pertama kali sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi dari seorang ibu. Tertekan kerana susu tidak muncul sebanyak orang lain adalah lumrah. Namun kesabaranlah yang dapat mengatasi masalah ini.
Shila Amzah tidak terkecuali berkongsi cerita dan pengalamannya menyusukan jantung hati kesayangannya, Seth Uwais. Di instastory IGnya, Shila nyata tidak lokek berkongsi segala pertanyaan daripada peminatnya.
Walaupun berdepan kesukaran pada awalnya, namun berkat tunjuk ajar Shila berjaya menyusukan si comelnya.
Hari Kelima Baru Susukan Seth
Hari kelima baru dapat susukan Seth, Shila jelaskan sebabnya.
Sebab Sha GA masa c sec last Saturday, so tak dapat nak skin to skin. Lepas tu susu sampai lambat. Then bila sampai dia jadi bengkak. Bila Sha nak susukan dah takde nipple tu sebab taknak latch sebab tak sama dengan puting botol susu tu since dia had formula kat hospital on 1st and 2nd day.
So Sha pump jelah kasi kat botol sebab dah bengkak. Kalau nak pump Sha recommended yang ni sebab memang bagus. So now dah boleh latch sebab guna nipple shield tu sebab dia ada tip panjang sikit.
Pump membantu sebab at first Sha pun ingat Sha takde susu tapi sebenarnya ada cuma kita tak pandai. Plus lactation consultant kat HUKM bagus, banyak bagi Sha confident untuk breastfeed baby.
Malam gini Sha suka standby pump punya sebab bila dia bangun tengah malam, sometimes dia lapar sangat dia tak sabar and the nipple shield pun takleh tolong. It only works when the baby is calm. Semoga Allah mempermudahkan urusan bf mommy-mommy semua.
Shila turut berkongsi menu pantangnya pada hari keenam yang disediakan cukup enak. Nampak berselera sekali. Semoga Shila baik-baik sepanjang tempoh berpantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pendemik sekaligus menegaskan penularan dan keadaan wabak itu yang teruk dan sangat membimbangkan.
Pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar begitu meluas merentasi sempadan malah hingga ke seluruh dunia. Sehingga ke hari ini lebih 118,000 orang di 114 negara telah dijangkiti Covid-19 dan telah meragut 4,291 nyawa, malah angka tersebut dijangka terus meningkat.
Justeru itu, dalam mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut, langkah-langkah pencegahan amatlah disarankan kepada orang ramai. Salah satunya adalah dengan kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya apakah boleh menggunakan hand sanitizer yang beralkohol semasa melalukakn solat. Apakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya.
Ketahui penerangan yang terperinci oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tentang persoalan ini.
Hukum Gunakan Hand Sanitizer Beralkohol Ketika Solat.
Soalan
Assalamualaikum Dato. Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato. Terima kasih
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) ketika hendak melakukan solat. Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (Pencuci tangan) itu sendiri.
Hand Sanitizer (Pencuci Tangan)
Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.[1]
Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alcohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.
Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitize (Pencuci Tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]
Hukum Penggunaan Alkohol
Menuru jumhur ulama alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184). Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)
Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya. Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”
Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
Tapai halal dimakan.
Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALCOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut.
Kesimpulan
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.