Nak latih kemahiran berfikir pada anak, ibu ayah boleh aje lakukan beberapa aktiviti mudah di rumah. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif.

Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil lagi. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membentuk kreativiti?

Nak Latih Kemahiran Berfikir Pada Anak. 4 Aktiviti Kreatif Ini Mudah Aje Untuk Anak Lakukan Di Rumah

1.Menconteng, mewarna dan melukis

Anak-anak kecil amat suka melukis. Anda pasti pernah melihat lakaran-lakaran pada badan anak dan tertanya bila masa anak anda menconteng dirinya. Atau anda pasti terkejut dengan karya seni anak yang tiba-tiba terpapar di dinding rumah yang baru dicat. Anak suka melukis dan akan melukis apabila diberi kesempatan.

Dengan itu bekalkan anak dengan kertas dan alat tulis yang sesuai dari segi kuantiti serta jenisnya. Sediakan juga buku-buka mewarna untuk anak. Anak yang suka menconteng, melukis dan mewarna akan sentiasa mempunyai aktiviti yang bermenafaat dan kurang masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah.

Ads

Lazimnya, aktivti ini akan menjadi hobi anak sehingga dia dewasa. Kemahiran melukis meningkatkan otak kanannya. Ia adalah suatu kemahiran yang berguna walaupun dia seorang doktor.

2. Seni dan kraf

Selain dari melukis, libatkan anak-anak dalam aktivti bercorak kraftangan.  Ajak anak menghasilkan karya seni atau kraf dari bahan buangan. Ini akan memupuk rasa sayangkan alam sekitar di samping membentuk daya kreativiti anak. Mengajar anak seni lipatan seperti origami juga membina daya kreativiti anak serta membantu membangunkan pergerakan motor halusnya.

3.Bermain lego dan blok

Ads

Ia berupaya membina kreativiti dari kedua-dua permainan ini. Anak dapat menghasilkan karya yang kadang kala diluar dugaan kita dengan menggunakan lego dan blok. Malah mereka akan menceritakan apa yang terdapat pada rekaannya dan kenapa rekaannya sebegitu.  Permainan blok serta lego juga mengembangkan daya kognitif anak. Konsep ruang, tinggi, rendah serta besar, kecil dapat dipelajari secara tak langsung,

4.Jigsaw puzzle

Salah satu aktiviti yang dapat membina kreativiti anak adalah jigsaw puzzle. Anak harus mampu melihat gambaran yang menyeluruh untuk menyelesaikan jigsaw puzzle. Anda boleh memperolehi berbagai jenis jigsaw puzzle pada tahap yang berbeza.  Bermulalah dengan jigsaw puzzle yang mudah; yang mempunyai 2 hingga 3 pecahan dan pertingkatkan cabaran. Malah anda boleh menghasilkan jigsaw puzzle anda sendiri dengan menggunakan gambar dari poster atau yang dicetak dari alam maya. Pertama kali melaksanakan aktivti ini pastikan gambar yang dipilih adalah gambar yang mudah dan dikenali anak.

 

Ads

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI