Isteri yang bekerja mahupun suri rumah cepat merasa penat dan tertekan dalam menguruskan rumah tangga dan kerja harian. Kadang-kadang isteri stress dan hanya memerlukan seseorang untuk memahami mereka. Cukup sekadar dapat meluahkan.
Semalam saya nampak wajah isteri saya redup dan lesu..
Rasa tak sedap hati. Terus saya tanya direct pada si dia ” sayang ada apa apa nak luah kat abang? Sayang luah je. Abang sedia dengar “
Tiba-tiba je selambak air matanya berhamburan keluar. Mengalir deras di kedua kelopak matanya.
Ads
” Nabila penat je bang “
Saya pun apa lagi. Tiba tiba je jadi Profesor serba tahu. Mencadangkan berbagai jenis solusi untuk hilangkan kepenatan isteri saya.
Yelah, isteri saya kan doktor. Nampak je macam pegang stetoskop tak buat apa apa tapi dengan beratus pesakit setiap hari memang membuatkan dia kelelahan.
Ads
” Abang. Nabila tak perlu tu semua. Abang mendengar pun dah cukup dah. Terima kasih abang ” Perlahan lahan wajahnya nampak berseri dan tenang. Seolah semua kepenatan tu hilang!
Allah. Saya tersentak dan sebak! Air mata saya pula nak bergenang. Rupanya selama ni dia tunggu saya bertanya je!
Inilah isteri kita semua. Dia nak kita sensitif dengan dia punya emosi. Dia nak kita tanyakan kepenatan dan keserabutan yang dia hadapi di rumah setiap hari.
Tanya!
Ads
Itu kuncinya! Yang mana selama ni tak pernah bertanya pada isteri, tanyalah hari ni! Tak perlu banyak. Cukup tanya soalan ni je ” Sayang, ada benda tak sayang nak luah kat abang? Abang sedia nak dengar apa yang sayang pendam “
InsyaAllah keesokan harinya, hubungan anda akan tiba tiba segar dan mekar kembali. Cubalah sendiri
Sumber: Taufiq Razif Siap sedia menadah telinga Untuk orang yang dia cinta
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Uri lambat keluar masa bersalin. Hari ke-6 ibu tumpah darah sehingga tak sedarkan diri. Cemasnya situasi, nyawa bagaikan di hujung tanduk!
adalah merupakan selaput dan saluran yang berkembang seiring dengan perkembangan si manja. Adakalanya kesukaran mengeluarkannya boleh menyebabkan ibu tumpah darah.
Uri adalah sokongan kepada bayi yang sedang berada di dalam kandungan. Ia bertugas sebagai tempat menyimpan bahan zat mineral seperti karbohidrat, protein, kalsium dan ferum yang di salurkan kepada bayi melalui aliran darah.
Uri mempunyai pelbagai fungsi kepada janin dalam kandungan. Namun kegagalan mengeluarkan uri selepas kelahiran boleh menyebabkan mudarat kepada ibu, malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian disebabkan oleh tumpah darah atau jangkitan kuman.
Apabila tiba waktu untuk bersalin, bayi akan keluar terlebih dahulu dan akan disusuli oleh uri. Uri akan bercerai dari dinding rahim dan bersedia untuk keluar seketika selepas proses kelahiran bayi berlaku. Namun kegagalan uri untuk keluar sejurus selepas kelahiran boleh menyebabkan tumpah darah!
Perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan ini boleh dijadikan panduan buat mama papa untuk memahami punca pendarahan selepas bersalin.
Tumpah Darah – Nyawa Ibu Dalam Bahaya!
Kes #1
Ibu 42 tahun, bersalin secara normal anak yang ke 8, hamil cukup bulan. Ibu tidak mempunyai masalah semasa mengandung dan semasa proses kelahiran bayi, walau bagaimanapun uri mengambil masa agak lama untuk dikeluarkan. Ibu dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari bersalin.
Ibu mengalami darah nifas seperti biasa sehingga hari ke 6 selepas bersalin, ibu secara tiba-tiba mengalami tumpahan darah nifas yang berlebihan sehingga ibu pengsan dan tidak sedarkan diri. Ibu tersebut terus dikejarkan ke hospital.
Kes #2
Seorang gadis 18 tahun, hamil anak luar nikah dan merahsiakan kehamilannya. Ibu muda ini tidak mempunyai pemeriksaan antenatal yang rapi kerana bimbang kehamilanya diketahui umum. Ibu muda ini secara tiba-tiba mengalami sakit bersalin di rumah sewanya dan telah melahirkan bayi secara sendirian. Beliau kemudian memotong tali pusat bayi menggunakan gunting dan merentap sendiri uri di mana sebahagian besar uri masih tertinggal di dalam rahim.
Disebabkan kebimbangan yang amat, beliau telah memberitahu teman lelakinya yang kemudiannya datang untuk membantunya. Pasangan muda ini masih takut untuk ke hospital sehingga 3 hari kemudiannya ibu muda ini mengalami tumpah darah nifas yang serius sehingga tidak sedarkan diri.
BAGAIMANA PENDARAHAN YANG SAYA JANGKAKAN SELEPAS BERSALIN?
Adalah menjadi kebiasaan untuk mengalami pendarahan selepas bersalin. Darah itu mungkin keluar daripada rahim ataupun koyakan perineum yang terjadi semasa proses kelahiran itu sendiri.
Pendarahan selalunya akan menjadi banyak sejurus sahaja selepas bersalin dan akan berkurang secara berperingkat dalam beberapa jam. Pendarahan akan berterusan dan akan berkurangan dalam beberapa hari lagi dan disertai dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat. Pendarahan ini dinamakan Lochia dan seharusnya berhenti apabila bayi anda berusia 6 minggu.
Pendarahan berterusan, berlebihan dari biasa adalah TIDAK normal dan dinamakan sebagai tumpah darah selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
APAKAH TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN?
Pendarahan yang berlebihan dan luar daripada biasa selepas bersalin. Terdapat 2 jenis tumpah darah selepas bersalin yang dinyatakan seperti berikut :
Tumpah darah primer (Primary Postpartum Haemorrhage)
Kehilangan darah selepas bersalin lebih dari 500 ml dalam lingkungan 24 jam selepas bersalin, kadar kebiasaan berlaku pada 5 daripada 100 wanita yang bersalin.
Pendarahan yang teruk, melebihi 2 liter adalah jarang berlaku, dalam kekerapan 6 daripada 1000 wanita yang bersalin.
Tumpah darah sekunder (Secondary Postpartum Haemorrhage)
Kehilangan darah selepas bersalin dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin. Berlaku pada kekerapan kurang daripada 2 daripada 100 wanita yang bersalin.
MENGAPAKAH TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN BERBAHAYA?
Jika anda kehilangan banyak darah selepas bersalin, akan mengakibatan keletihan yang luar biasa kepada anda, ditambah pula dengan keletihan yang sedia ada selepas bersalin.
Apabila pendarahan dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan rawatan pihak doktor, akan menyebabkan anda hilang lebih banyak darah sehingga boleh meragut nyawa. Maka ianya perlu dikesan, dan dirawat dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi.
8 KEADAAN TUMPAH DARAH MUDAH TERJADI
Tumpah darah primer – Siapakah yang berisiko?
Pernah mengalami tumpah darah kahamilan terdahulu.
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35kg/m2.
Pernah melahirkan 4 orang anak atau lebih.
Kehamilan kembar atau triplet.
Uri bawah (placenta praevia).
Uri lekang (placenta abruptio).
Tekanan darah tinggi.
Kekurangan sel darah merah (anemia).
Semasa bersalin
Kelahiran secara pembedahan caeserean
Proses kelahiran yang dipaksa (induction of labour
Cebisan uri tertinggal di dalam rahim
Kelahiran yang dibantu menggunakan Forceps atau Vacuum
Bayi yang besar, berat melebihi 4 kg
Melahirkan anak yang pertama apabila umur anda melebihi 40 tahun
IBU BERISIKO, AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA
Kebiasaannya, tiada apa yang boleh dilakukan kepada senarai risiko-risiko seperti di atas. Walau bagaimanapun langkah berjaga-jaga akan di ambil untuk mengurangkan risiko anda mengalami tumpah darah selepas bersalin ini, sekaligus mengurangkan keperluan untuk transfusi/penggantian darah.
Misalnya, jika anda mempunyai masalah kurang sel darah marah (anemia) ketika hamil, pengambilan zat besi tambahan akan mengurangkan keperluan untuk transfusi darah, jika berlakunya masalah tumpah darah selepas bersalin.
PASTIKAN URI TIDAK MELEKAT PADA PARUT CAESAR SEBELUM INI
Jika anda sudah menjalani pembedahan caeserean pada kehamilan terdahulu, adalah amat penting untuk memeriksa sama ada uri pada kehamilan sekarang tidak melekat pada parut pembedahan caeserean yang lalu.
Jika masalah ini timbul, uri tidak akan tertanggal dengan mudahnya selepas bayi dilahirkan, dan menyebabkan tumpah darah yang sangatlah serius. Jika keadaan ini sudah dapat dipastikan, cadangan rawatan anda akan dirancang sebaik-baiknya melibatkan pelbagai pakar perubatan.
Sallywhoo iaitu beauty content creator di tiktok dan juga usahawan kosmetik terkenal di aplikasi video pendek tersebut telah memuatnaik video kompilasi gambar putera sulungnya. Dia yang sebelum ini tidak mendedahkan wajah anaknya kini telah bersedia untuk berkongsi bersama rakan-rakan followers di tiktok.
Comel sangat si kecil ini, rata-rata komen yang ditinggalkan menyatakan wajah seiras ayah. Sally yang terkenal dengan tutorial makeup dan perkongsian mengenai starbuck ini meluahkan rasa syukur dan gemberi atas kurniaan penyeri hidup dia dan suami.
Cabaran menyusukan anak berlainan bagi setiap ibu. Proses menyesuaikan diri dengan waktu penyusuan dan waktu tidur memang banyak dihadapi khususnya bagi ibu yang masih di dalam pantang.
Selebriti Salima Habibi yang baru melahirkan cahaya mata keduanya, Syarifah Nur Asmaa’ Syed Abdul Kadir Aljoofre pada 11 Ogos 2018 lalu juga pernah menghadapinya ketika awal kelahiran bayinya itu.
Salima menceritakan tentang dia pernah kekurangan tidur kerana anak menyusu dari tengah malam hingga ke pagi hingga menyebabkan masalah saraf pada mata dan pipi kanak tidak boleh bergerak selama beberapa hari.
Hal tersebut di Instagram menerusi Instastory apabila ada netizen yang DM bertanyakan tentang penyusuan susu ibu dan milkbooster yang diamalkan. Dia juaga turut berkongsi corak pemakanan yang diamal semasa pantang.
Berikut ialah perkongsian Salima;
Yes, Asmaa’ fully bf. Jawapan bagi ramai yang DM, ni xde amik pape untuk milkbooster alhamdulillah rezeki Asmaa’, makan macam biasa sahaja.
Saya berpantang tapi makan sayur, makan lauk ayam, ikan dan daging. Makan buah.
Jangan stress, awal-awal aritu cukup time je akan susukan juga Asmaa’ walau pun dia tidur.
So that tak bengkak susu dan train dia supaya nak susu from me…
Ada time tu Asmaa’ pernah tak tidur malam langsung start 12 tengah malam sampai 5 pagi. Tidur kejap then bangun pukul 6 sampai 8 pagi menyusu sahaja.
Dalam time tu entah berapa kali tukar diapers dia kencing berak cukup semua.
Memang penat sangat Ya Rabbi, mula-mula memang sampai pening, sampai tahap mata ada probem saraf sikit, mata dan pipi kanan tak leh gerak dan tak rasa hahah scary kan tapi dalam dua tiga hari je..
Tapi malam kedua ketiga Sal dan prepare, make sure tidur siang masa dia tidur dan malam ti time menyusu sakan I pasang TV tengok rancangan kegemaran, minum kopi makan buah bagai. So takdelah stres dan boring hehe.
Alhamdulillah bile buat macam tu, xdelah sambil menyusu rasa nak nangis ke apa…
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.