Cepat atau lambat luka pembedahan ketika melahirkan anak sembuh adalah bergantung kepada tahap ketahanan tubuh seseorang ibu itu sendiri.
Oleh itu, nutrien pemakanan yang anda ambil sepanjang berpantang sangatlah penting. Namun makanan sihat dan segar antara yang disyorkan oleh doktor sepanjang tempoh berpantang.
Makanan yang baik bukan saja boleh membantu luka jadi baik bahkan mengurangkan bengkak, lebam dan rasa sakit yang biasa dialami selepas pembedahan.
Makanan-makanan ini juga boleh mengurangkan masalah penghadaman yang berpunca daripada pengambilan antibiotik sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang disebabkan oleh ubat yang anda ambil.
Protein
Untuk membantu luka cepat sembuh dan tisu tubuh bercantum semula, kolagen adalah elemen penting bagi tujuan ini. Kolagen menggunakan paling banyak protein dalam badan.
Jadi, anda memerlukan 0.8 gram protein untuk setiap kilogram berat badan. Jika berat badan terkini anda 55kg, maka 44 gram protein diperlukan setiap hari.
Namun, selepas pembedahan, anda perlu ambil lebih banyak protein sebab luka perlu disembuhkan. Dianggarkan tambahan 1.5 hingga 2.0 gram protein untuk setiap kilogram badan diperlukan.
Makan banyak protein bukan bermakna setiap hari anda perlu makan daging (ayam atau lembu). Banyak lagi sumber protein baik yang lain seperti ikan dan kekacang.
Ads
Yogurt
Selepas prosedur pembedahan, doktor akan membekalkan antibiotik bagi mengelakkan risiko jangkitan. Seperti yang ramai tahu, antibiotik berupaya membunuh bakteria baik dalam sistem penghadaman. Sedangkan, bakteria baik membantu anda menghadam makanan dan menguatkan imun tubuh.
Tambah bilangan bakteria baik ini dengan mengambil yogurt. Namun, berhati-hati dengan minuman yogurt yang tinggi gula dan pewarna di pasaran.
Serat
Ubat penahan sakit, diet pemakanan yang berubah, dehidrasi, stres dan aktiviti fizikal yang terhad selepas proses pembedahan akan menjejaskan proses penghadaman.
Ads
Selain daripada itu, ibu perlu minum banyak air, makan buah prun juga boleh bantu mengurangkan sembelit. Hal ini kerana, prun adalah sejenis buah yang mempunyai kandungan serat mudah larut yang boleh melembutkan najis.
Makanan lain yang tinggi dengan serat seperti kekacang, oat, flaxseed, epal dan pir. Jangan dilupakan sayur-sayuran berdaun hijau.
Buah-buahan berwarna
Ada segelintir ibu lepas bersalin mengalami stres selepas pembedahan. Stres boleh menambah beban bahan teroksida dalam badan. Ia juga boleh menghasilkan radikal bebas yang rosakkan sel badan.
Walaupun anda sudah biasa mengambil makanan antioksida untuk kurangkan tekanan, ambil ia dalam jumlah yang lebih banyak selepas pembedahan. Anda boleh makan buah-buahan berwarna seperti strawberi, bluberi, raspberi dan delima.
Ads
Buah-buahan ini mengandungi anthocyanidins, bahan yang bukan sahaja meningkatkan kandungan vitamin C dalam tubuh tetapi turut menguatkan saluran darah dan kolagen badan.
Buah-buahan sitrus
Vitamin C adalah vitamin larut air yang membantu tingkatkan kandungan kolagen. Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan dan apabila mengalami luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkannya.
Stres boleh hilangkan kandungan vitamin C dalam badan. Jadi, selepas pembedahan lebih vitamin C diperlukan. Jangan lupa ambil sumber vitamin C seperti buah sitrus seperti oren.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Kelahiran yang begitu membahagiakan ibu dan ayahnya. Anggota kumpulan Forteen, Ameerais Azhar atau Ameer Forteen berkongsi khabar gembira di atas kelahiran anak keduanya semalam.
Menerusi Instagramnya, Ameer berkongsi khabar gembira itu untuk tatapan seluruh pengikutnya di IG.
“Bissmilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah..Kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
“Putera kedua kami telah selamat dilahirkan pada hari selasa, 2 March 2021 bersamaan dengan 18 Rejab 1442 Hijrah pada jam 7.52 pagi tadi secara normal. Seberat 3.77kg,” kongsinya.
Melalui hantaran itu juga, Ameer turut berkongsi dua keping gambarnya ketika menyambut kelahiran bayi. Senyuman jelas terukir di wajahnya dan isteri.
Malah Ameer juga turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan anak dan isterinya.
“Doakan semoga ibu & baby sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan.
“Terima kasih atas titipan doa dari kalian.
“Semoga doa yang baik-baik berbalik pada kalian juga. Insya Allah..Aamiin Yrb. Welcome to the world #BabyN#FatherOfTwoBoys #NoahDahBigBro,” tulisnya di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, Instagram penyanyi itu turut dihujani dengan ucapan tahniah di atas kelahiran itu.
Semoga kelahiran bayi kedua ini menambah rasa bahagia dan melengkapkan lagi kehidupan Ameer dan isterinya.
Terdahulu, Ameer mendirikan rumah tangga bersama Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar pada 1 Mac 2019.
Dan kini, hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Noah Eusoff yang kini berusia setahun dan bayi kedua yang baru dilahirkan semalam.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ameerais.azhar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyambut kelahiran bayi kembar atas bot satu pengalaman baru buat seorang Jururawat Kesihatan Kebidanan Nur Shaffriza Mohd Shaffril. Jika sebelum ini biasa buat pemeriksaan dan lawatan kepada ibu mengandung, melibatkan komuniti masyarakat Orang Asli, pengalaman kali ini cukup bermakna baginya.
Baru-baru ini, petugas kesihatan Klinik Pos Kemar itu tidak menyangka akan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar Orang Asli di atas bot ambulans, ketika melalui Tasik Banding untuk membawa ibu mereka ke Hospital Gerik.
Selang lima minit bayi keluar
Nur Shaffriza berkata, wanita berusia 31 tahun itu pada mulanya dikesan mengalami sakit bersalin ketika mereka membuat lawatan ke rumahnya, sebelum dibawa ke Klinik Pos Kemar untuk pemeriksaan dan menaiki bot ambulans dari jeti untuk ke hospital.
“Tiba-tiba wanita itu ingin meneran lalu saya memeriksa bahagian kelahirannya dan mendapati kepala bayi sudah kelihatan, jadi saya meminta wanita itu menarik nafas dan teran sambil saya memberi sokongan. Tidak sampai seminit, bayi pertama keluar pada pukul 11.20 pagi dan bayi kedua pula keluar kira-kira lima minit kemudian.
“Peralatan untuk bersalin memang kami sudah sediakan, jadi Alhamdulillah kami dapat kawal rasa cemas itu dengan baik sehingga berakhirnya proses bersalin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya kelahiran pasangan bayi lelaki itu merupakan pengalaman yang amat berharga baginya, kerana ia merupakan pertama kali terjadi sepanjang 16 tahun perkhidmatannya sebagai jururawat kesihatan.
Sementara itu, pemandu Mohd Hisham Shamsuddin yang turut menyaksikan detik-detik bersejarah itu berkata, beliau membawa pasukan anggota kesihatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, Jururawat Masyarakat dan Penolong Perawatan Kesihatan bersama wanita itu, menaiki ambulans dari klinik ke Jeti Kemar pada 10.30 pagi.
“Kemudian saya menaiki bot bersama mereka untuk pergi ke Jeti Trojen di mana ambulans dari Hospital Gerik sudah menunggu kami, namun secara tiba-tiba wanita itu bersalin sebelum tiba di jeti yang mengambil masa perjalanan kira-kira 45 minit.
“Saya tidak pernah melalui insiden seperti ini sepanjang empat tahun saya berkhidmat di Klinik Pos Kemar dan ia sangat indah bagi saya,” katanya.
Bayi ibu stabil
Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi laman Facebook rasminya pada Rabu berkata hasil tindakan pantas anggota kesihatan, ibu dengan usia kandungan 35 minggu itu selamat melahirkan bayi kembar dengan berat 2.4 kilogram (kg) dan 1.3kg, dan mereka telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menjalani rawatan susulan.
Pos Kemar merupakan kawasan perkampungan Orang Asli di Gerik dan penduduknya menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk keluar dan masuk, manakala perjalanan dari penempatan itu ke Hospital Gerik mengambil masa selama kira-kira dua jam menggunakan laluan air dan darat.
Kredit: Bernama
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesakit hati kronik atau Biliary Atresia (BA), Tuan Nur Raisha Mikayla Tuan Muhammad Shahrul Azlan yang berusia tujuh bulan dijangka berlepas ke India untuk menjalani pembedahan pemindahan hati pada 20 atau selewat-lewatnya 27 Februari ini.
Pembedahan itu sepatutnya dijalankan pada April ini tetapi dipercepatkan berikutan keadaan Tuan Nur Raisha atau lebih mesra dengan panggilan Raisha yang kritikal.
Bapanya, Tuan Muhammad Shahrul, 27 berkata, dia dan isteri, Siti Nur Amira Ibrahim, 27, diberitahu doktor mengenai perkara itu, petang 7 Februari.
Dana belum cukup untuk pembedahan
Menurut Tuan Muhammad Shahrul, berita itu merisaukannya mereka kerana dana diperlukan untuk membiayai kos pembedahan belum mencukupi.
“Memang terkejut selepas dimaklumkan doktor mengenai perkara itu dan rasa seperti cepat sangat kerana ikutkan, Raisha sepatutnya dibedah sebelum April depan di sini (Pusat Perubatan Universiti Malaya) atau China.
“Namun, berlaku perubahan tarikh dan juga tempat atas nasihat doktor memandangkan agak berisiko untuk ke China dalam tempoh terdekat berikutan wabak koronavirus baharu.
“Saya dan isteri tiada masalah, cuma buat masa ini, sumbangan diterima daripada orang ramai baru mencecah RM11,000 sedangkan jumlah diperlukan adalah RM160,000,” katanya.
Tuan Muhammad Shahrul berkata, selain tiket penerbangan, dia juga perlu mencari wang bagi mendapatkan visa dan pasport serta perbelanjaan sepanjang dua bulan berada di India.
Bagaimanapun, tiada persiapan dibuat setakat ini kerana masalah kewangan dihadapinya.
“Kami dijangka berada di India selama dua bulan dan adik ipar, Siti Nur Asyikin, 18, turut serta bagi membantu saya serta isteri.
“Tarikh semakin suntuk tetapi tiada persiapan dibuat setakat ini termasuk urusan permohonan pasport dan visa yang membabitkan kos RM370 untuk setiap seorang.
“Itu belum termasuk kos tiket penerbangan yang dianggarkan berjumlah RM8,000 untuk kami berempat. Jadi, saya mohon jasa baik orang ramai untuk membantu kami,” katanya.
Berkongsi perkembangan terkini Raisha, Tuan Muhammad Shahrul berkata, anaknya masih mendapatkan rawatan di wad Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak (KWKK) PPUM.
“Keadaannya masih sama iaitu minum susu menggunakan tiub tetapi nampak dia seperti tidak berselera,” katanya.
Pada 30 Januari lalu, kisah Raisha yang kritikal dan perlu menjalani pembedahan segera pernah disiarkan.
Pembedahan di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India itu disyorkan doktor selepas melihat keadaan Raisha yang kronik dan ibunya akan menjadi penderma hati.
Orang ramai yang berhasrat membantu Raisha boleh menghulurkan sumbangan kepada Tabung Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (Metro Prihatin) menerusi akaun Affin Islamic Bank di 1052 8000 4378, Maybank di 5142 7165 5386 atau hubungi Tuan Muhammad Shahrul di talian 014-3999306.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.