Nak Luruh Jantung, Tengok Anak Tiada, Pintu Sliding Terbuka. Mujurlah Jiran Nampak!

Share

“Nak gugur jantung bila tengok anak kedua tiada dalam rumah dan ternampak pintu sliding terbuka”. Terus rasa gelap dan hanya terfikir keselamatan anak sahaja. Itu reaksi awal seorang ibu selepas dia keluar dapur dan mendapati anak kedua berusia 1 tahun 6 bulan dah tiada.

Menerusi perkongsian Puan Munawwarah di Group Kami Suri Rumah, dia tak menyangka anaknya pandai keluar sendiri kerana waktu itu kakaknya ada sekali bermain di ruang tamu.

Terus rasa nak pitam

Detik cemas, anak kedua saya terlepas keluar dari rumah. Dah pandai buka sliding door. Saya dekat dapur memang tak sedar apa kerana tengah cuci pinggan. Jadi datang anak sulung minta susu.

Lepas buat susu tu, saya hairan adiknya mana?? Diam je. Tiba-tiba ternampak sliding door dah terbuka luas. Hampir pitam saya. Cari anak di luar rumah tiada. Tanya kakak, adik mana?? Kakak diam je.

Saya terus keluar sambil berlari untuk cari anak. Masa tu dah tak sedar yang saya berkaki ayam. Kebetulan pula selipar saya suami pakai pergi kedai kejap. Sambil cari-cari anak, terus telefon suami.

Jiran telefon nampak anak 

Tiba-tiba masuk panggilan dari nenek jiran depan bagitahu anak saya dah ada atas jalan menuju ke atas bukit. Allahuakbar! Masih ada kesempatan untuk saya. Kalau lambat sikit, tak tahu lah apa nasib anak saya.

Kadang dalam kita dah beringat dan berjaga-jaga, jika nak berlaku sekejap sangat. Dalam sekelip mata pulak tu. Tak dapat bayangkan kalau anak saya hilang terus. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana keluar sekejap.

Waktu tu menggeletar badan. Macam-macam terfikir dan syukurlah Allah masih jaga anak saya dari sebarang perkara yang tak diingini. Moga perkongsian saya ini akan jadi peringatan untuk ibu bapa lain juga.

P/s: Ada anak kecil ni, ibu ayah tak boleh terleka. Kadang mereka senyap kena cepat-cepat pergi tengok. Lagipun anak bukan tahu bahaya atau tak tindakan mereka tu.

Kredit: Munawwarah Syazwan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy