Mencipta bonding dengan anak bukanlah sesukar mana. Namun pastikan cara kita berinteraksi dan bermain dengan anak bersesuaian mengikut umurnya. Barulah anak lebih senang menerima.
Perkongsian tip mudah dari Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Ruby Atika ini mak ayah perlu kenal pasti. Barulah tahu cara hendak berinteksi dengan anak. Lagi senang dan mudah anak cepat bercakap.
Bermain.
1) Umur 1 tahun ke bawah.
Main peekaboo dan main sorok mainan dalam kotak, supaya dia faham object permanence. Walaupun ibu masuk tandas, tak bermakna ibu hilang.
2) Umur 1 thn ke atas.
Main sorok-sorok. Sebab dia dah boleh berjalan. Jadi dia menyorok belakang langsir, belakang sofa, bawah meja. Bila dapat tangkap, geletek dia.
Supaya anak sukakan interaksi dua hala. Dia faham giliran bermain dan kena tunggu.
3) Umur 2 tahun ke atas.
Main bola. Sepak kat ayah, tunggu ayah sepak semula kat dia. Main kereta yang tarik-lepas tu. Lumba dengan kereta ayah, siapa paling jauh, paling laju.
Interaksi makin banyak, sebab nak lawan siapa menang. Ada perbandingan. Dia belajar tiru cara main yang kita tunjukkan.
4) Umur 3 tahun ke atas.
Main lebih banyak pretend play. Yang perempuan suka main masak-masak, pondok-pondok. Yang lelaki suka main perang-perang, lawan raksasa, dan action heroes ada kuasa-kuasa.
Kanak-kanak berimaginasi dan meletakkan makna bagi setiap objek mainan dia. Sama seperti perkataan bahasa yang kita sebut ni, adalah simbol kepada makna tertentu dalam kehidupan harian.
Sambil bermain, mulutnya juga rancak bercakap. Kadang-kala kita ingat dia ada “kawan jin” yang teman dia bermain.
Tahukah anda, anak yang fasa bercakap sepatah-sepatah saja, dengan yang bercakap dalam ayat 3-4 patah, adalah sangat berbeza cara mereka bermain.
Jadi ibubapa yang datang ke sesi terapi, jangan rasa pelik jika anda lihat; asyik main mainan je. Bila nak paksa budak ni bercakap?
Kita nak kembangkan cara dia berfikir dulu.
Berita baik buat pasangan yang ikhtiar hamil. Sertai Zumba Sarung & Sembang Sihat bersama pakar berpengalaman. Ada peluang untuk menang hadiah hebat!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/sembang-sihat/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!