Dalam fasa anak membesar, pelbagai momen indah pasti akan dilalui. Ini juga yang akan menjadi kenangan buat ibu bapa setelah anak-anak dah bawa haluan masing-masing. Malah ibu juga antara insan yang sangat sabar melayan kerenah anak-anak tanpa jemu.
Lagi satu jika anak-anak diam, jangan anggap mereka tak buat apa-apa. Kadang ada ‘projek besar’ mungkin tak terlintas dek akal kita mereka tengah seronok lakukan.
Seperti yang dikongsikan ibu ini di akaun TikTok, @Zatyaf, memang tak sangka sama sekali dua anak perempuannya begitu seronok bermain stok tepung gandum yang di simpan di dapur.
“Kenangan tidak akan dilupakan. Apabila mama keluar check up baby, papa kerja malam beginilah jadinya
“Bersabarlah duhai yang bergelar ibu,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, ibu hanya mampu bersabar melihat keletah kakak dan adik menabur tepung di sekitar ruang dapur hinggalah ruang tamu.
@zatyafkenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi🤣bersabar la duhai semua yg bergelar ibu♬ bunyi asal – Aisy@Aniq
Ads
Menurutnya, jumlah tepung yang ‘ditabur’ anak-anak ialah sebanyak sembilan kampit dan setiap satunya seberat 1 kilogram. Dalam kotak itu hanya sempat guna satu paket sahaja.
Sengaja ingin tahu reaksi si anak, ibu berkenaan sempat bertanya sama ada mereka menyayanginya atau tidak.
“Lailahaillallah adik, kakak. Apa korang buat ni. Kakak tak sayang mama ke?” tanya si ibu.
“Sayang mama,” jawab si kecil dengan tulus memberitahu telah membuka bungkusan tepung berkenaan menggunakan pensel.
Menerusi video lain, Zaty berkongsi anak-anaknya sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
Ads
“Semoga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah. Doa mama dan papa sentiasa mengiringimu sayang.
“Marah ke, nak rotan ke tolak tepi dahulu. Alhamdulillah kedua-duanya mama dan papa sayang,” ujarnya.
Tidak salah jika suami mahu menghabiskan masa bersama teman-teman. Melepak di kedai makan atau bermain sukan, tetapi jangan sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak di rumah. Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Lily @fxliamsi kawan abangnya melepak bersama kawan-kawan sehingga subuh meninggalkan isteri yang baharu tiga atau empat bulan bersalin di rumah. Apabila dia pulang keesokan paginya, dia dapati anak mereka menangis teruk kerana kelaparan. Ketika dia mengejutkan isterinya, rupa-rupanya wanita itu sudah meninggal dunia.
Cerita benar. Kawan abang I lepak dengan kawan-kawan sampai dekat subuh. Time tu isteri dia baru lepas beranak. Baby baru 3/4m camtu. Time dia balik rumah dekat subuh, masuk bilik tengok baby dia nangis yang tahap dah tak ada suara.
Lily
@fxliamsi
Bila dia kejut bini dia, bini dah tak bernyawa. Baby nangis sebab lapar. Tak tahu since what time baby dia nangis nak susu..
Can you imagine? Balik lepak tiba2 bini dah tak ada. Sedangkan waktu tu sepatutnya kau patut ada sebelah bini kau…
Lily
@fxliamsi
Kawan abang I tanggung rasa bersalah sampai ke harini. Boleh imagine lagi tak bila orang tanya bini meninggal sebab apa tapi kau tak boleh nak jawab sebab kau tak tau apa yang jadi sebenarnya..
Bila orang tanya apa sebenarnya jadi pun kau xboleh nak explain..
Lily
@fxliamsi
Kau hanya boleh cakap tak tahu… bila mak pak mertua dia tanya dia diam tak tahu nak jawab apa..
Bila orang tanya dia dekat mana time tu, dia diam. Kalau kau dekat tempat kawan abang I tu gamak tak nak cakap ‘saya lepak sampai subuh’??
Lily
@fxliamsi
Boleh pegi melepak. Tapi kena ingat sama tanggungjawab and amanah yang ada untuk dijaga. Dah kahwin tapi lepak macam orang bujang…..
Bila dah kahwin, pandai la jaga priorities..
Lily
@fxliamsi
Didn’t expect this tweet will blow up.
Kita sama-sama ambil iktibar dengan kisah ni. Yang lelaki be a good, wise, grown up, matured, responsible or any best man you can ever be to your family ✨
Lily
@fxliamsi
Guys dia tak tahu nak explain apa bila orang tanya kenapa wife meninggal tu before post mortem. I cerita situasi dia masa dia baru balik rumah and tengok wife dia dah tak ada.
Reason dia xtau nak jawab apa sebab dia tak ada dengan wife dia pun that night! Aduh ??♀️
Suami dan isteri kedua-duanya memerlukan ‘me time’. Tidak salah sesekali keluar rumah untuk membuat aktiviti kegemaran bersama kawan-kawan. Namun berpada-padalah agar tidak lupa diri sehingga terlupa keluarga di rumah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
Bukan ujian yang biasa-biasa buat kedua ibu dan ayah. Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.
Beliau berkata, siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian seisi keluarga itu sedang tidur.
“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Hafiz berkata, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.
“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
“Apabila dokumen itu dibawa kepada JPN nanti, kita akan tahu sama ada ia sahih atau tidak. Anak yang dilahirkan pada tahun depan akan mendapat sijil kelahiran versi baharu itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan reka bentuk baharu dokumen keselamatan sempena Hari Pendaftaran Negara 2022.
Hamzah bagaimanapun menjelaskan, sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.
Sementara itu, JPN dalam kenyataan sempena program berkenaan pula memaklumkan, sebanyak 38 dokumen keselamatan jabatan itu termasuk sijil kelahiran dan daftar perkahwinan, ditingkatkan ciri keselamatan bermula tahun depan bagi menjaga aspek ketulenan.
Menurut JPN, antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah pada reka bentuk dokumen, kertas digunakan dan jenis dakwat untuk cetakan keselamatan. – BERNAMA
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.