Dalam fasa anak membesar, pelbagai momen indah pasti akan dilalui. Ini juga yang akan menjadi kenangan buat ibu bapa setelah anak-anak dah bawa haluan masing-masing. Malah ibu juga antara insan yang sangat sabar melayan kerenah anak-anak tanpa jemu.
Lagi satu jika anak-anak diam, jangan anggap mereka tak buat apa-apa. Kadang ada ‘projek besar’ mungkin tak terlintas dek akal kita mereka tengah seronok lakukan.
Seperti yang dikongsikan ibu ini di akaun TikTok, @Zatyaf, memang tak sangka sama sekali dua anak perempuannya begitu seronok bermain stok tepung gandum yang di simpan di dapur.
“Kenangan tidak akan dilupakan. Apabila mama keluar check up baby, papa kerja malam beginilah jadinya
“Bersabarlah duhai yang bergelar ibu,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, ibu hanya mampu bersabar melihat keletah kakak dan adik menabur tepung di sekitar ruang dapur hinggalah ruang tamu.
@zatyafkenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi🤣bersabar la duhai semua yg bergelar ibu♬ bunyi asal – Aisy@Aniq
Menurutnya, jumlah tepung yang ‘ditabur’ anak-anak ialah sebanyak sembilan kampit dan setiap satunya seberat 1 kilogram. Dalam kotak itu hanya sempat guna satu paket sahaja.
Sengaja ingin tahu reaksi si anak, ibu berkenaan sempat bertanya sama ada mereka menyayanginya atau tidak.
“Lailahaillallah adik, kakak. Apa korang buat ni. Kakak tak sayang mama ke?” tanya si ibu.
“Sayang mama,” jawab si kecil dengan tulus memberitahu telah membuka bungkusan tepung berkenaan menggunakan pensel.
Menerusi video lain, Zaty berkongsi anak-anaknya sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
“Semoga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah. Doa mama dan papa sentiasa mengiringimu sayang.
“Marah ke, nak rotan ke tolak tepi dahulu. Alhamdulillah kedua-duanya mama dan papa sayang,” ujarnya.
@zatyafKesudahan Part 2… 2 2 dah insaf dan janji tak ulangi lagi… mama papa syg kakak dan adik tau♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays
Orang ramai yang menonton video itu turut terhibur dengan gelagat anak-anak tersebut dan faham situasi ini akan jadi kenangan sampai bila-bila.
“Nak marah tapi kena sabar. Kenangan yang tak dapat di beli, bukan semua dapat kenangan ni.”
“Sungguh sis penyabar orangnya, teruskan sis nanti anak-anak akan ikut sikap dan perangai sis dalam handle semua perkara..inshaAllah.”
“Kenangan terindah buat semua yang bergelar ibu dan bapa. Nanti apabila anak sudah besar mesti rindukan keadaan ini.”
“Hahaha kak, proses pembelajaran budak. Saya pun pernah kena, ‘snow’ satu rumah.”
Kredit: TikTok @Zatyaf
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)