Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin? Persiapan Haruslah Bermula Dari Sekarang!

Share

Anak adalah aset paling bernilai kepada kedua ibu bapa. Tapi sejauh manakah tanggungjawab kita terhadap anak itu. Adakah kita sudah cukup berikan yang terbaik?

Tiga kriteria ini antara kunci penting dalam mendidik si anak di zaman milenium.

Sikap Terhadap Anak
Jauhkan pemikiran menganggap anak sebagai beban. Anggap anak itu sebagai anugerah atau hadiah yang akan bersama kita susah dan senang di masa hadapan. Hargai kehadiran mereka.

Komunikasi Dengan Anak
Pastikan kita tahu dan sedar bagaimana komunikasi dengan anak sejak mereka kecil. Jika salah caranya, kesan buruk boleh berlaku antaranya anak menjadi degil dan tiada sikap hormat hingga ke besar.

Galakkan Anak Meneroka Ilmu
Beri anak ruang untuk mereka meneroka apa di sekeliling mereka. Usia mereka yang masih mentah, pemikiran yang aktif dan sangat ingin tahu akan membina tumbesaran mereka di samping membantu meningkatkan keyakinan diri mereka.

Tapi awas, kita haruslah mengawal dan sering berada bersama mereka. Untuk memastikan kita tidak terlepas mendidik mereka apa yang baik dan tidak baik.

KESEDARAN IBU BAPA

Kadang-kadang kita dah rasa buat yang terbaik untuk anak tapi sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang kita lupa dan leka untuk masa hadapan mereka.

Contohnya aspek pendidikan anak. Dari awal kita dah impikan untuk hantar anak belajar di sekolah dan universiti yang terbaik. Niat itu dah bagus tetapi adakah kita terfikir apa akan jadi jika pinjaman pendidikan di negara kita sudah tidak ditawarkan lagi?

Justeru ibu bapa kena sedar, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) umpama ‘nyawa’ anak-anak kita untuk meneruskan pendidikan mereka. Konsepnya sama macam kita sebelum ini yang turut menggunakan pinjaman ini untuk membiayai yuran pengajian semasa di institusi pendidikan tinggi.

Mungkin sekarang kita tak ambil kisah sebab dah habis belajar. Tapi dana pinjaman ini akan berkurangan jika kita terus ambil sikap acuh tak acuh. Jadi sokongan anda diperlukan membantu PTPTN bina masa hadapan lebih baik untuk generasi akan datang.

Pendidikan generasi baharu ini bergantung pada apa yang kita lakukan sekarang. Jika kita faham konsepnya, tiada masalah untuk anak-anak mendapat manfaat pinjaman pendidikan kelak.

Sebagai alternatif untuk mendapat pandangan orang ramai PTPTN menyediakan ruang Konsultasi Rakyat untuk anda mencadangkan kelangsungan PTPTN sebagai institusi pinjaman terbaik di Malaysia.

Apa itu Konsultasi Rakyat?

Konsultasi Rakyat menunjukkan keterbukaan PTPTN dan mengalu-alukan pandangan rakyat mengenai apa sahaja idea atau cadangan orang ramai bagi memastikan kelestarian pembiayaan untuk generasi akan datang dan mewujudkan skim baharu pembayaran balik mengikut kemampuan pelajar menerusi portal rasmi PTPTN.

Ia membuka peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan sama ada cadangan atau idea baharu dan menggalakkan satu komunikasi bermaklumat tepat kepada seluruh rakyat.

Memandangkan sebelum ini ramai yang suka memberi pandangan terbuka di media sosial, input itu tidak dapat disampaikan dengan jelas. Inilah masanya kita sebagai ibu bapa suarakan bagi pihak anak-anak kita di medium yang betul.

PTPTN telah memberikan pinjaman kepada pelajar dari semua latar belakang untuk membiayai pengajian di peringkat lebih tinggi. Bagaimanapun yang menjadi kekangan hari ini, lebih separuh tidak membayar balik pinjaman tersebut seperti dalam perjanjian hingga menyukarkan usaha PTPTN untuk membantu peminjam baharu.

Sebagai tanda sokongan anda untuk kelangsungan generasi pendidikan anak, PTPTN mengharapkan maklum balas positif dari anda di pautan Kertas Konsultasi Rakyat: https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/

PTPTN Menanggung Hutang RM40 Bilion Yang Dijamin Oleh Kerajaan

Sebagai pemberi pinjaman dengan prestasi kutipan bayaran balik yang rendah, adalah mustahil untuk PTPTN terus mendapat pinjaman. Bebanan hutang kini berjumlah RM40 bilion (tidak termasuk faedah).

Situasi ini akan semakin teruk jika langkah awal tidak diambil. Dijangkakan tanggungan hutang akan meningkat RM76 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Bayaran Balik Yang Rendah Akan Memberi Impak Pada Peminjam Akan Datang
Pada tahun 2014, PTPTN mengalami krisis kekurangan dana untuk membiayai pinjaman pendidikan. Akibatnya, 50,000 permohonan pinjaman baharu pada tahun tersebut hampir ditolak oleh PTPTN. Untuk mengelakkan situasi ini terjadi, PTPTN terpaksa memotong amaun pembiayaan sebanyak 5% kepada peminjam IPTA dan 15% bagi peminjam IPTS.

Setiap Kekurangan RM70 Juta Akan Menyebabkan 10,000 Orang Pemohon Baharu Tidak Mendapat Pinjaman

Ini bermakna setiap RM7,000 yang tidak dibayar akan menyebabkan seorang pemohon baharu dinafikan hak mendapat pinjaman. Contohnya, seorang peminjam dengan pinjaman RM21,000 tidak membayar balik, akan menyebabkan tiga orang pemohon baharu tidak mendapat pinjaman.

Jika tiada perubahan drastik dilakukan, akan wujud risiko yang tinggi sehingga menyebabkan pembiayaan pendidikan tidak dapat diteruskan dan akan diambil alih oleh pihak swasta serta tidak lagi menerima subsidi kerajaan dan menyebabkan peminjam akan membayar kadar faedah yang jauh lebih tinggi.

Oleh itu, sebagai ibu bapa jika anda sayangkan anak dan generasi masa depan inilah masanya kita jalankan tanggungjawab. Komen positif anda mungkin akan menyelamatkan serta membantu anak-anak mendapat masa hadapan pendidikan yang baik.

PTPTN mengharapkan maklum balas positif dari anda. Ayuh kita ke pautan Kertas Konsultasi Rakyat: https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/ Lakukan ini untuk masa depan anak-anak anda serta generasi akan datang.

Published by
Azma ML