Sembelit ketika hamil sememangnya cukup memeritkan. Dengan bebanan yang ditanggung, kegagalan membuang air besar dirasakan cukup sukar dan begitu memenatkan bagi ibu hamil. Apa caranya nak mudah ‘membuang’?
Menurut perkongsian Doktor Norintan Zainal Shah, ketika seseorang wanita hamil, hormon kehamilan akan menyebabkan otot-otot dan sendi wanita tersebut menjadi ‘lembut’ dan perubahan ini termasuklah otot di bahagian dubur.
Dengan adanya peningkatan hormon kehamilan ini, sistem saraf pembuangan bakal ibu akan menjadi lemah. Begitu juga dengan kelemahan yang berlaku pada otot-otot saluran pencernaan. Inilah yang menyebabkan wanita hamil seakan hilang fungsi untuk mengeluarkan najis mereka.
Penyebab & Kesan
Penyebab utama masalah buasir pastinya adalah masalah sembelit yang terjadi secara serius kepada wanita hamil. Sembelit yang berpanjangan akan mengakibatkan makanan disimpan lebih lama di usus dan ini membuatkan wanita hamil semakin sukar untuk membuang air besar.
Saiz rahim yang semakin membesar dan berat badan ibu yang semakin bertambah menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan. Apabila pergerakan fizikal semakin terbatas, ini tambah memburukkan lagi masalah sembelit.
Dan masalah terbesar bagi sembelit pastinya buasir, yang cukup ditakuti sebilangan wanita hamil. Buasir merupakan salur darah yang terbonjol keluar daripada lubang dubur dan membentuk buasir. Hal ini terjadi apabila otot di kawasan ini berubah menjadi lembut.
Solusi Terbaik
Menurut Dr Norintan lagi, solusi bagi mengatasi masalah buasir ini pastinya adalah dengan menjaga pemakanan yang tepat. Pilihan makanan dan langkah pencegahan di bawah ini patut anda ikuti untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Ads
1.Makanan Tinggi Serat
Pastikan jenis makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Ini membantu melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan. Buah-buahan kering seperti kurma, buah tin dan sebagainya juga adalah pilihan terbaik lagi tinggi serat.
Aktiviti Fizikal
Berjalan kaki dan melakukan aktiviti seharian juga dikatakan boleh membantu mengurangkan kehadiran buasir. Pastikan anda melakukan sedikit senaman ringkas bagi menambah pergerakan.
Elak Sembelit
Elakkan dari berlakunya masalah sembelit dengan mengambil jumlah air yang banyak setiap hari. Pastikan pengambilan lapan gelas air sehari untuk tubuh anda.
Elak Pil Zat Besi
Sebaiknya berhentilah daripada mengambil pil-pil zat besi yang hanya akan membuatkan masalah sembelit bertambah kronik.
Lebih Susu
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, mengambil susu secara kerap juga mampu mengatasi masalah sembelit dan buasir.
Ads
Jika buasir mula membengkak dan sakit, wanita hamil disyorkan menggunakan krim seperti Xyloproct dengan menyapunya di kawasan buasir. Krim Xyloproct mengandungi dua bahan utama yang membantu melegakan buasir yang dialami wanita hamil.
Kandungan bahan Lignocaine di dalam krim ini berfungsi sebagai ubat yang melalikan rasa sakit yang berlaku apabila buasir membengkak. Manakala Hydrocortisone pula merupakan bahan kedua yang terdapat di dalam krim xyoproct yang bertindak mengurangkan masalah radang dan bengkak.
Jika buasir masih sakit selepas diberikan ubat sapu, penggunaan air batu yang dibungkus di dalam kain tuala misalnya adalah pilihan lain yang dapat melegakan ibu hamil. Ia dilakukan dengan cara ditekap di kawasan dubur.
Ada juga pihak yang menyaran penggunaan ‘warm bath’, yang dikatakan begitu melegakan. Begitu juga penggunaan tuaman air panas yang dikatakan dapat meredakan buasir.
Amalan diet yang seimbang dan berserat tinggi adalah pilihan paling tepat dalam pencegahan sembelit dan buasir. Pastikan pengambilan air yang mencukupi di sertakan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki dan sebagainya. Elakkan duduk atau berdiri di satu tempat dalam masa yang terlalu lama.
Amalan pemakanan yang sihat dan aktiviti ringan pastinya membantu ibu hamil tampil lebih ceria tanpa kerunsingan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi akaun instagramnya semalam memberitahu bahawa isterinya Datin Seri Shahida sedang hamil bayi kembar namun dia meminta doa ramai agar kandungan isterinya selamat.
Aliff Syukri memuatnaik sebuah rakaman di instagram menunjukkan Shahida sedang terlantar di hospital akibat pendarahan teruk yang dialaminya. Dia menjelaskan kenapa pendarahan tersebut berlaku.
tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat…Dugaan 2 ramadhan . . . sy sengaja nak rahsiakan Isteri saya tgh pregnant nak buat suprise kat smua….. tapi dugaan mungkin stress dgn keadaan semasa baru2 ni dimana byk pihak membesar2kn… dan mungkin sbb tu .. berlaku pendarahan yg agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.. bila scan2 pula Dr bgtau baby kembarr.. ya allah sygg yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugurr??….
Mudahan kedua2 anak saya dalam. kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan, doa kalian amat saya hargai..
Aliff Syukri dan Shahida mendirikan rumahtangga hampir 12 tahun telah dikurniakan 3 cahaya mata lelaki, Ammar Ahyan 11 tahun, Ibraheem Adham 7 tahun, Yusoff Alqardawi 9 bulan, dan seorang cahaya mata perempuan, Qadejah El Zahra 9 tahun.
Malah mereka turut mengambil anak angkat perempuan iaitu Ameena yang sudah pun mencecah umur 1 tahun 3 bulan.
Rata-rata netizen terkejut dan gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Mereka turut mendoakan kesihatan Datin dan bayi yang dikandungnya.
Selepas mengumumkan kehamilan anak keempatnya pada Jun lalu, Lady boss, Vivy Yusof tampil mengumumkan jantina anak di dalam kandungannya semalam.
Berkongsi video pendek di Instagramnya, Vivy dan suami mendedahkan bakal menimang anak lelaki sedikit masa lagi.
Di dalam video pendek lagi ringkas itu, tiga belon berwarna hitam dipegang ketiga-tiga anak Vivy yang dikemudiannya turut dipecahkan bersama oleh Vivy dan suaminya, Fadza.
Kata pemilik jenama FashionValet ini lagi, dia dan anak-anak sudah semestinya tidak sabar menantikan kehadiran bayi lelaki mereka.
” We can’t wait to meet you, baby boy. 💙
“Thank you everyone for the overwhelming love and prayers. A bit more to go, Insyaallah,” kongsi Vivy di kapsyennya.
Lengkap sepasang
“Lengkap dua pasang”. Begitu kata wargamaya dan rakan-rakan selebriti yang turut meninggalkan komen diruangan komen.
Kesemuanya turut mengucapkan tahniah dan mengharapkan kelahiran anak keempat Vivy dan suami dipermudahkan kelak.
Terdahulu, pada Jun lalu, Vivy mengumumkan kehamilan anak keempatnya itu menerusi Instagramnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Nourul Wahab Depp, bersyukur apabila disahkan hamil anak keempat yang dijangka kelahirannya pada Mei tahun depan.
Menurut Nourul, pada mulanya dia rasa segan nak berkongsikan berita tentang kehamilan kali ini kepada orang ramai tapi bila difikirkan kembali sampai bila.
Bagi mengelakkan salah faham, lebih baik saya beritahu awal dan harap doa yang baik-baik dari semua peminat.
Sebelum ini pun suami, Eric Daniel Depp, 52, memang inginkan seorang lagi cahaya mata dan bersyukur Allah masih memberikan lagi rezeki walaupun di usia 41 tahun.
Nourul berkata, walaupun dah mempunyai anak dara (Ayu Nazirah) melalui perkahwinan bersama Ajai sebelum ini dan dua anak lelaki Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3, kehamilan kali ini tak banyak bezanya.
Cuma sekarang saya mengidam kuih tradisional. Entah kenapa, saya teringin sangat makan kuih dangai yang berasaskan kelapa. Mujurlah kami dapat cari di sekitar sini saja. Begitu juga dengan apam manis,” katanya kepada BH Online.
Sementara itu, peminat Nourul turut mendoakan agar anak keempatnya perempuan.
Malah Nourul juga akui dia dan suami pun memang teringin nak anak perempuan. Namun jika tak dapat pun, dia tetap bersyukur. Asalkan sihat dan sempurna.
Sumber: ig Nouruldepp
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.