Sambutan hari raya bertambah meriah dan menyeronokkan bila dapat berkumpul bersama sanak saudara.
Bagi ibu yang masih menyusukan anak kadangkala masa menziarah sanak saudara boleh menjadi saat yang agak kelam kabut bila anak menangis nak menyusu.
Apatah lagi dengan pakaian raya yang dipakai tidak ‘nursing friendly’ membuatkan ibu rasa stres waktu nak menyusukan anak.
Patutkah ibu menyusu memberi anak susu menggunakan botol waktu sibuk berhari raya atau tumpang masuk bilik tuan rumah untuk menyusukan anak? Jom baca penjelasan daripada Kaunselor Laktasi, Nad Nasrom seperti yang dikongsi dalam instagramnya.
Sebelum membaca penulisan ini, saya adalah ibu yang bekerja dan tak bias pada ibu lain.
Setiap ibu pilihan dan keadaannya berbeza. Situasi juga berbeza. Cuma salah tanggap yang berlaku perlu dibetulkan. Bukan ikut-ikut mereka yang tak tahu.
Sebagai contoh, ada ibu yang tetap nak beri 1001 hujah bayi dia ‘tak cukup susu’ dan nak MENGEMPENG sahaja bila beri menyusu direct.
Ads
Maka ibu akan dimomokkan dengan kesusahan menyusu direct dan seharusnya belajar pam dan beri bayi minum banyak dengan botol supaya bayi kenyang.
Saya nak ulas isu ini sebagai kaunselor yang menyantuni ibu dari pelbagai latar. Ada surirumah, bekerja, bekerja dari rumah, PJJ dengan anak dan sebagainya.
Jika ibu ada tanggapan bayi nampak tak cukup susu, mengempeng sahaja dan sebab tulah ibu PERLU BERI BOTOL, kenapa tak cuba fahami FITRAH BAYI dahulu?
Fitrah yang BAYI PERLU DITENANGKAN bukan dengan menyusu atau botol susu. Fitrah ni tak boleh diubah dan akan buat ibu tertekan bila tak faham.
Sebab tu setiap kali webinar penyusuan yang saya anjurkan, mesti topik ni ini akan diketengahkan. Kita jemput konsultan yang khusus untuk isu ini. Sebab kita tak nak ibu terus tidak tahu.
Adakah dengan beri susu banyak dalam botol, bayi terus senyap sepanjang hari dan tak meragam? Jawapannya tidak. Jadi botol susu bukan penyelesaian.
Ads
Tapi ISU RAGAM BAYI yang perlu diselesaikan dulu. Fahami apa itu 5S, bagaimana bayi boleh ditenangkan bukan dengan MENYUSU. Bukan salah ibu menyusu kalau bayi tak tenang.
Fahami juga fasa perkembangan mental dan apa itu grow spurt supaya ibu tak celaru dan faham kenapa ada masa bayi tak nak menyusu, ada masa bayi macam tak cukup susu.
Berhujahlah dengan ilmu. Upgrade ilmu selalu dan tidak guna atau rujuk pengalaman orang lain yang tidak tahu sehingga menjadikan ibu lebih keliru.
Kalau nak guna botol sekali pun, tahu akan keperluan. Bukan semata nak selesaikan isu bayi asyik menangis sahaja atau nak mengempeng.
Ads
Bila yang asas ibu tak nak ambil tahu, pergilah menuntut ilmu. Tapi pastikan rujuk dengan mereka yang betul-betul tahu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang wanita di Houston, Texas selamat melahirkan bayi kembar tiga yang comel dan sihat selepas dia sendiri bertarung nyawa akibat COVID-19.
Menurut Women’s Hospital of Texas, Pada 8 mei lalu Maggie yang ketika itu hamil 28 minggu perlu dimasukkan ke wad kerana dia dan bayi di dalam kandungan perlu dipantau.
Tetapi setelah menjalani ujian COVID-19, 48 jam kemudian Maggie disahkan positif COVID-19.
“Kebimbangan utama Maggie bukan dirinya tetapi orang sekeliling,”” kata wakil hospital. “Dia bimbang tentang kesihatan kembar tiga, suaminya dan anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun, serta petugas kesihatan dan doktor yang merawatnya.”
Suami Maggie juga disahkan positif novel coronavirus dan tidak dapat mengunjunginya di hospital, di mana dia terpaksa tinggal selama berminggu-minggu.
Selepas lima ujian COVID-19 dijalankan, dua daripadanya kembali negatif. Pada 4 jun, Maggie diberitahu bahawa tali pusat bayi pertamanya sudah terbelit di leher dan dia dikejarkan ke wad pada hari yang sama untuk melahirkan bayi secara C-Section.
Ketika dia bersiap-siap untuk ke dewan bersalin, Maggie mendapat sokongan dari nurse, dan juga dari keluarganya.
“Maggie masih ingat, tepat jam 3:59 petang ayahnya memanggil untuk berdoa dan ketika tiba waktu epidural seorang jururawat memeluknya dengan erat hingga selesai,” kata hospital.
Ketiga-tiga bayi kembar yang diberi nama Isabella, Nathaniel, dan Adriel, dilahirkan secara pembedahan C-Section dengan hanya dua minit ketika usia kandungan 32 minggu. Ketiga-tiga bayi sihat dan selamat.
“Semua orang kagum dengan Maggie,” kata wakil hospital.
Sekarang bayi kembar tiga ini sudah berusia satu bulan, ketiga bayi itu semakin besar dan semakin sihat. Mereka masih berada di ICU Tahap II.
“Maggie memberitahu bahawa walaupun agak sukar berpisah dengan bayi kembarnya, dia masih dalam keadaan baik kerana dia tahu mereka mendapat rawatan terbaik dari pasukan khas yang berdedikasi terutama melibatkan kesihatan bayi-bayinya dan menjaga mereka dengan selamat semasa wabak.”
Sumber: PEOPLE
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim anak demam dan batuk berpanjangan, ada baiknya mak ayah lebihkan buah-buahan dalam peti ais. Salah satu buah yang patut ada dalam simpanan kita adalah buah lemon.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, lemon baik untuk mencairkan kahak anak. Usahakan bagi anak minum air lemon.
Cari lemon bila anak batuk kahak lebih seminggu tak baik-baik lagi. Lemon bantu cairkan kahak anak.
Dalam lemon ada kandungan citric acid yang tinggi. Ini yang buatkan kahak anak mudah mencair.
Perah setengah biji air lemon, larutkan dalam air suam 1 cawan. Kalau campur madu lagi baik.
Bagi anak minum, paling kurang sekali sehari. Anak yang tengah asthma, minum 2 kali sehari.
Lemon hanya untuk anak batuk kahak, umur setahun dan ke atas.
Lemon jugak, tinggi dengan vitamin C. Bantu kuatkan imuniti anak, lawan jangkitan kuman yang sebabkan batuk berkahak.
Korang cuba k. Kita ikhtiar sampai anak sembuh, insyaAllah. Usaha dari kita itu perlu, yang sembuhkan itu Allah.
“Risaunya anak aku boleh terencat perkembangan sebab dia pernah kena demam tarik!” ngadu Mila pada temannya.
Betul ke anak yang demam sampai kena ‘tarik’ atau istilah perubatannya Febrile Seizure,boleh mengalami perkembangan yang terencat? Siapa tak risau bila anak demam sampai boleh dapat sawan tarik. Lepas tu dimomokkan pula dengan info yang anak mungkin akan terencat perkembangan.
Sebelum anda dihantui rasa bimbang yang melampau, lebih baik dapatkan maklumat yang betul berdasarkan fakta dan kajian yang sahih tentang perkara tersebut. Bukan tak perlu risau anak demam dan dibiarkan kena demam tarik tapi sebagai ibu bapa, anda perlu tahu apa patut dibuat serta apakah penyebab berlakunya demam tarik supaya mudah rawatan atau tindakan segera diambil bila anak mendapat serangan penyakit ini.
Penjelasan maklumat mengenai demam tarik yang dipetik daripada Root Of Science ini dapat membantu anda lebih memahami tentang penyakit ini.
Sawan pada kanak-kanak sering berlaku ketika mana mereka demam. Orang melayu kata ‘demam tarik’ ataupun istilah perubatannya dipanggil sebagai FEBRILE SEIZURE. Febrile bermaksud demam dan Seizure bermaksud sawan.
Orang kita panggil sebagai demam tarik kerana sawan itu berlaku ketika kanak-kanak itu sedang demam dan pergerakkannya seolah menarik sesuatu benda.
Kanak-kanak lelaki mempunyai risiko yang lebih berbanding kanak-kanak perempuan.
Penyebab ‘demam tarik’
Seperti yang mana kita tahu, kebanyakkan demam pada kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan virus. Tetapi belum dapat dipastikan lagi virus-virus ini menjadi penyebab utama kepada sawan tersebut. Buat masa sekarang para pengkaji tidak dapat memastikan lagi bagaimana sawan ini bermula dan bagaimana suhu yang tinggi menyebabkan sawan.
Ada juga yang memberi hipotesis bahawa otak kanak-kanak masih belum matang menyebabkan penghantaran maklumat di dalam otak menjadi bercelaru ketika suhu meningkat
Peringkat umur yang selalu kena ‘demam tarik’
Peringkat umur kanak-kanak yang selalu kena demam tarik adalah daripada umur 3 bulan sampai 6 tahun.
Jika seorang kanak-kanak itu kena demam tarik tetapi umurnya kurang daripada 3 bulan ataupun lebih daripada 6 tahun, maka penyebab lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman pada selaput otak iaitu ‘meningitis’ perlu diambil kira.
Jenis-jenis ‘demam tarik’
Demam tarik ataupun Febrile seizure boleh dibahagikan kepada dua. Iaitu 1) Simple Febrile Seizure( Demam tarik yang tidak kompleks)
Ia berlaku kurang daripada 15 minit
Sawan hanya berlaku sekali sahaja ketika demam tersebut
Sawan yang berlaku adalah ‘Generalized tonic-clonic seizure’ iaitu sawan yang melibatkan tangan dan kaki. Kanak- kanak ini selalunya tidak boleh memberi respon ketika sawan sedang berlaku
2) Complex Febrile Seizure(Demam tarik yang kompleks)
Sawan berlaku lebih daripada 15 minit
Sawan berlaku lebih daripada sekali ketika demam tersebut
Selepas sawan, ia boleh meninggalkan kesan seperti ‘Todd’s paralysis’ iaitu kanak-kanak akan mengalami kelumpuhan ataupun lemah buat beberapa jam.
Sawan yang berlaku mungkin jenis ‘Focal seizure’ iaitu sawan yang melibat satu-satu bahagian otak sahaja. Sebagai contoh kanak-kanak tidak dapat mengawal kedipan mata, tangan sebelah kanan sahaja yang tiba-tiba tertarik-tarik dan beberapa ciri lain. Pada ketika ini, kanak-kanak masih boleh memberi respon kepada ibubapa
Perlukah pesakit seperti ini dimasukkan dalam hospital?
Tidak semua kanak-kanak yang mengalami demam tarik perlu masuk ke dalam hospital. Selalunya mereka dimasukkan atas sebab-sebab tertentu seperti:
Kemasukan dalam wad untuk menyiasat sama ada demam itu demam tarik yang biasa ataupun disebabkan jangkitan kuman pada selaput otak
Ibubapa yang risau sawan yang mungkin akan berlaku lagi
Pesakit yang tinggal jauh daripada hospital
Ia juga bergantung kepada pihak hospital itu sendiri. Jika di hospital pedalaman, pesakit yang kena demam tarik akan terus dimasukkan ke dalam hospital kerana tempat tinggal yang jauh.
Hospital di kawasan bandar pula, ada yang memasukkan pesakit ini ke dalam wad jika baru pertama kali mengalami ‘demam tarik’. Ia bertujuan untuk mengurangkan kerisauan ibubapa.
Tetapi ada kes dimana katil di hospital penuh, maka doktor yang bertugas terpaksa berbincang dengan ibubapa berkenaan penyakit tersebut secara keseluruhan dan bagaimana untuk menguruskan jika sawan itu berlaku balik. Jika ibubapa yakin untuk menjaga anak mereka dirumah, maka mereka akan dibenarkan balik dengan syarat rumah mereka dekat dengan hospital.
Rawatan
Selalunya perawat kesihatan hanya akan memberi ubat demam untuk mengurangkan demam pada kanak-kanak sahaja. Ini disebabkan demam tarik selalunya disebabkan jangkitan virus dan jangkitan virus tidak memerlukan antibiotik.
Jika anak mempunyai mempunyai simptom jangkitan bakteria seperti tekak yang sangat merah, tonsil yang bernanah dan beberapa tanda lagi, barulah antibiotik akan diberi kepada pesakit.
Ibubapa perlu tahu bahawa pemberian ubat demam tidak akan mengelakkan anak anda daripada terkena ‘demam tarik’. Ini kerana ada kajian menunjukkan bahawa walaupun demam kanak-kanak dikawal dengan baik, kadar kanak-kanak tersebut untuk terkena sawan adalah sama dengan kumpulan yang tidak diberikan ubat demam.
Tetapi ubat demam masih perlu diberikan sebab ia boleh menurunkan suhu dan memberi keselesan kepada kanak-kanak tersebut
Lumbar puncture ataupun pengambilan air tulang belakang.
Pengambilan air tulang belakang adalah penting untuk mengetahui penyebab kanak-kanak mengalami demam tarik. Daripada pengambilan air tulang belakang, kita boleh mengetahui sama ada ia disebabkan jangkitan bakteria ataupun virus dan ini akan membantu doktor bagi memberi rawatan yang tepat kepada pesakit
Akan tetapi, pengambilan air tulang belakang hanya akan diambil apabila kanak-kanak mempunyai tanda seperti berikut:
Simptom-simptom jangkitan kuman pada selaput otak ataupun jangkitan otak seperti tidak aktif, muntah-muntah, leher yang keras dan beberapa simptom yang lain.
Pesakit tidak aktif seperti biasa 6 jam selepas daripada terkena sawan
Antibiotik yang diberikan tidak berkesan
Pesakit sangat disyorkan untuk diambil air tulang belakang jika:
Umur kurang daripada 12 bulan
Di hospital yang tidak mempunyai pakar kanak-kanak
Demam tarik jenis ‘complex febrile seizure’
Faktor risiko untuk ‘demam tarik’ yang berulangan
Pesakit juga mempunyai risiko untuk mengalami demam tarik yang berulangan jika:
1) Sejarah keluarga yang mengalami demam tarik
2) Umur kurang daripada 18 bulan ketika mana mengalami demam tarik pertama kali
3) Demam kurang daripada 40 darjah celcius ketika mana mengalami sawan
4) Sawan berlaku ketika mana demam baru sahaja bermula iaitu kurang daripada satu jam
Pesakit juga berkemungkinan untuk mengalami sawan yang kerap iaitu ‘Epilepsy’ jika:
1) Perkembangan kanak-kanak yang terencat
2) Mengalami demam tarik jenis ‘Complex Febrile Seizure’
3) Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit ‘Epilepsy’
Akhir sekali, Kajian menunjukkan majoriti kanak-kanak yang mengalami Febrile seizure mempunyai perkembangan mental dan motor yang baik. Oleh itu, ibubapa boleh menarik nafas lega kerana sawan jenis ini tidak menjadikan anak anda terencat perkembangan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.