Masih menanti rezeki dikurniakan cahaya mata, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin terharu atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menitipkan doa buatnya agar dikurniakan zuriat.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, akui Elizad dia teramat gembira dan terharu dengan keprihatinan Tuanku Azizah apatah lagi, permaisuri berjiwa rakyat itu turut mengusap perutnya sekali gus berkongsi berkat selepas baginda pulang dari mengerjakan ibadah haji.
“Terima kasih Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah daripada TuanKu yang tak henti-henti dari dulu lagi.
“Tak nak apa-apa, nak minta aminkan je,” tulisnya.
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan Elizad ternyata momen Raja Permaisuri Agong yang mengusap lembut perut Elizad menyentuh hati ramai. Permaisuri yang cukup prihatin.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebtiti turut mendoakan agar pelakon hebat dan berbakat ini dikurniakan zuriat selepas berusaha lebih lapan tahun untuk hamil.
Dalam pada itu ramai yang memuji kelembutan dan keprihatinan Raja Permaisuri Agong yang penuh dengan kelembutan dan sisi keibuan. Difahamkan, baginda yang juga Penaung Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) menempuh perjalanan rawatan tersebut sebanyak 17 kali.
Menarik: Mata Sepet Kulit Putih Gebu, Comelnya Anak Kedua Emma Maembong, Ramai Cakap Macam Muka Korea!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin