Anak yang menyusu badan, permintaannya tak boleh nak ‘tangguh’ lagi-lagi jika si kecil berusia kurang daripada setahun. Kadang tu ibu asyik memilih barang jika sampai masanya nak menyusu memang tak boleh buat apa.
Nak tak nak terpaksa cari tempat sesuai dan terus susu anak. Disebabkan itu ada ibu yang buat alternatif susu botol bila keluar tetapi jika ibu yang memang nak anaknya fully breastfeed ada beberapa cara perlu dilakukan bagi kesenangan ibu dan anak serta pandangan orang sekeliling jika di tempat awam.
Berikut adalah perkongsian dari Jururawat, Bel Nawhen untuk ibu yang menyusu badan dan masyarakat. Moga membantu!
PANDUAN MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM VS TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
1) MENYUSUKAN DI TEMPAT AWAM
Mempunyai anak yang menyusu badan kebiasaannya memerlukan kita untuk bersedia bila-bila masa untuk menyusukan anak.
Tidak ada timing tertentu bila kala anak mahu menyusu dan seringkali bila ‘alarm’ dari si anak berbunyi, memang tak boleh dinanti-nanti.
Tetapi, apabila menyusukan ditempat awam, ia amat berbeza dengan menyusukan anak dirumah.
Ads
Sebab dirumah, kita biasa selak sahaja baju dan beri bila perlu tetapi ditempat awam, kita perlu menjaga tertib, tidak boleh main selak sahaja ataupun membiarkan anggota terlindung dari kelihatan.
Maka, sedikit sebanyak kita perlu praktis cara menyusukan anak ditempat awam dahulu bersama anak dirumah (seperti mengajar anak untuk dicover menggunakan shawl/pasmina) kemudian barulah anak boleh terima perubahan sedikit demi sedikit.
Iyalah, dia dah selesa menyusu dengan cara dia dirumah, ditempat awam pula sebaliknya.
Antara cara lain yang boleh kita lakukan untuk menjayakan penyusuan tidak kira secara terus atau melalui botol (susu perahan) adalah dengan:
• Cuba cari bilik penyusuan atau tumpang surau di tempat yang kita kunjungi untuk tujuan menyusukan anak anda.
• Cuba pula cari tempat-tempat terselindung (jika tidak disediakan bilik penyusuan), atau tumpang sudut di dalam kedai makan bagi tujuan menyusu bayi anda.
• Bersedia dengan memakai tudung labuh menutup dada agar boleh menjadi pelindung kepada si anak dan payudara terlibat.
• Boleh pakai baju penyusuan yang ada dijual yang hanya perlu diselak atau ada bukaan bahagian payudara tanpa perlu mengangkat keseluruhan baju.
• Pakai pakaian berzip dihadapan dan bra yang dikhaskan untuk menyusu agar boleh mendedahkan hanya bahagian areolar untuk tujuan hisapan si anak. Disini kita boleh meminimalkan pendedahan bahagian lain tubuh.
• Bagi yang tidak bertudung, boleh bawa shawl, nursing cover atau pasmina untuk tujuan menutup tubuh dan bayi semasa menyusu. Boleh juga guna kain lampin si anak untuk tujuan cover.
• Boleh juga sediakan satu dua botol susu perahan yang cukup untuk aktiviti diluar jika boleh membantu.
• Jika keadaan mendesak dan si anak kelihatan menganggu perhatian orang sekeliling, jadikan suami anda sebagai benteng atau pelindung anda saat menyusukan bayi.
Ads
Kredit: Shutterstock
2) TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
Tundukkan pandangan. Jangan ingat ibu suka-suka nak menunjuk payudaranya untuk menyusukan bayi. Itu bukan hal jelik yang perlu anda hairankan.
Beri ruang. Seeloknya jika anda melihat si ibu sedikit kekok dan si anak pula mula meragam dan tempat anda duduk merupakan tempat ideal untuk si ibu menyusukan anak, berilah ruang anda itu kepada si ibu dan beralihlah kedudukan anda dan berhadapan dengan si ibu kepada membelakanginya. Hormati hak si anak dan si ibu.
Jika anda tahu lokasi sesuai untuk si ibu menyusukan anaknya, sila tunjukkan jalan kepadanya.
Ads
Jangan curi pandang. Ibu pun ada rasa malu dan serba salah antara kehendak si anak dan rasa malunya dikhalayak walaupun telah sempurna ditutup payudaranya.
Menyusukan anak di tempat awam bukan perkara yang memalukan asalkan tahu cara yang betul dan memberi keselesaan kepada ibu, anak dan individu berhampiran.
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila mempuyai anak (sama ada yang bayi atau pun sudah besar sedikit), mencuci pakaian adalah sesuatu yang sukar. Maklum sajalah, macam-macam kesan kotoran yang ada pada baju. Nak dibasuh pun perlu betul caranya agar kainnya tidak rosak atau luntur warna.
Untuk ibu yang mempunyai bayi, anda perlu baca dahulu labelnya yang ada menunjukkan cara membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya. Membersihkan baju bayi lebih renyah kerana ia tidak boleh dicampur dengan pakaian lain dan perlu menggunakan sabun khas.
Sebaiknya basuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari. Ini kerana kesan kotoran boleh terus melekat pada pakaian dan lebih susah hendak dibersihkan serta berisiko tidak hilang bila dicuci.
Ada bermacam jenis kotoran pada pakaian bayi anda seperti air liur, kesan susu ibu atau susu formula, makanan dan kotoran lain.
Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya. Oh ya, jangan lupa asingkan dulu pakaian bayi daripada pakaian orang dewasa kerana kulit bayi lebih sensitif!
1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur
Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi. 2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon
Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.
3. Jus, jam buah & makanan bayi
Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini. Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.
4. Kotoran air kencing
Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.
5. Kesan tahi lalat
Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.
Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lagi langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.
Jika anda mahu mencuci baju bayi menggunakan tangan, penuhkan besen dengan air suam dan masukkan sedikit sabun pencuci khas untuk pakaian anak. Kemudian celupkan baju yang mahu dibersihkan di dalam air suam tersebut dan biarkan terendam selama 10-20 minit. Celup-celup dan gosok lembut kesan kotor pada baju itu.
Tidak perlu digosok kasar kerana akan merosakkan kain atau menyebabkan ia meregang. Kemudian dibilas dnegan air sejuk. Perah lembut dan bolehlah dijemur. Elakkan dijemur di kawasan yang terlalu panas (terus di bawah sinaran matahari). Pastikan anda segera bersihkan kesan kotoran pada baju bayi, jangan ditangguh kerana ia akan ‘melekat’ dan sukar dibersihkan. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak anugerah terindah buat ibu bapa. Bagaimana kita mencorakkan itulah penentu kejayaan mereka. Sebaiknya sejak dari kecil lagi, pendedahan mengenai perkara positif harus dilaksanakan seawal usia.
Tak dinafikan, ada ketikanya akan wujud kesukaran untuk mendidik anak-anak, kerana bagi kanak-kanak, bermain adalah salah satu kepuasan diri buat mereka. Jadi, untuk memastikan kanak-kanak ini kekal dengan rutin yang sama, ianya memberi cabaran yang baru buat ibu bapa.
Dalam soal mendekatkan diri anak dengan al-Quran bukan mudah. Ia memerlukan kesabaran dan konsisten sepanjang masa agar anak terbiasa dan menjadikan bacaan al-Quran suatu aktiviti yang menyeronokkan.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Haryati Omar, caranya mendekatkan anak dengan al-Quran adalah mulakan sejak anak usia setahun. Walaupun masih belum memahami tetapi lama-kelamaan anak jadi minat.
Ibu kepada 5 cahaya mata berusia 22 hingga 3 tahun ini juga turut memastikan amalan membaca al-Quran di depan anak-anak antara salah satu rahsia menarik minat mereka.
“Saya tak paksa tapi tunjukkan di depan anak-anak terutama di waktu lapang atau selepas solat.
“Alhamdulillah anak-anak dapat menerimanya dan sekarang mereka juga tak perlu di suruh.
“Antara pendekatan yang saya rasa berkesan juga, biasakan anak mendengar cd ayat-ayat suci al-Quran. Walaupun kita nampak biasa, tapi kesannya sangat hebat kerana mereka boleh mengikut bacaan itu,” katanya.
Menyentuh mengenai pemakanan juga, Haryati turut menyatakan makanan ringan memang tak didedahkan pada anak-anak. Apa yang anak makan akan dipantau.
“Biasanya saya lebih suka anak makan buah-buahan, makanan sunnah yang boleh menguatkan otak selain makanan berzat.
“Biarlah orang nak kata saya menyekat kebebasan anak tapi inilah salah satu kunci untuk anak mudah menghafaz al-Quran.
“Impian saya hanya satu nak lihat anak-anak menjadi pendamping al-Quran dan menjadikan kalam Allah ini sebagai panduan hidup mereka sampai bila-bila,” ujarnya ketika ditemui sempena program World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sempat masak, sudahnya petai yang kita beli terbuang begitu sahaja kerana sudah tidak segar. Jangan dibuang dulu kerana ia masih boleh digunakan lagi malah kembali segar macam baru dibeli.
Bukan sahaja segar bahkan saiznya juga semakin membesar malah bau juga semakin berkurangan.
Apa yang boleh anda lakukan adalah mencuba petua mudah ini. Jom cuba.
Hanya menggunakan kaedah yang mudah, boleh menjadikan petai segar, saiz membesar sekali gus baunya juga berkurangan.
1. Kupas kulitnya, keluarkan kesemua isinya. Masukkan dalam bekas berpenutup.
2. Masukkan air biasa sehingga ke paras penutup dan tutup dengan rapat.
3. Masukkan ke dalam peti ais di tempat yang biasa. Paling kurang dalam lima jam.
4. Petai tadi dah mulai kembang dan jadi besar dua kali ganda dari awal tadi. Tujuan dimasukkan ke dalam peti ais tu ialah untuk memelihara kesegarannya.
Hasilnya petai bukan saja bersaiz besar bahkan juga jadi makin banyak dan padat kerana bertukar saiz.
TIP: 1. Kalau nak lagi cantik menarik mata petai jangan terbelah dua, kopek sebiji- sebiji dan turis sedikit saja kulitnya supaya air dapat meresap masuk kedalam mata petai tersebut.
2. Teknik rendaman ini juga akan membuatkan petai tidak lagi berbau ‘kuat’ sebab baunya keluar bersama air tadi. Tapi tetap bau dan rasa petai.
3. Jadi jangan rendam melebihi 10 hari sebab nanti petai tawar dah tiada rasa petai lagi’ sebab bau petai dah luntur bersama air rendaman itu.
4. Kualitinya tetap cantik dan sedap. Anda boleh simpan berhari-hari malah berminggu di dalam bekas yang ada air ini cuma anda perlu menukarkan air yang baru samada setiap hari atau berselang hari.
Jadi teknik ini membolehkan anda membeli petai-petai yang sudah kecut atau yang murah-murah dari harga yang segar bugar sebab nanti bila dah direndam dalam air petai anda akan jadi bersinar dan segar semula. Jimat kan?
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.