Masa kini, kerap kali kedengaran bayi baru lahir disahkan menghidap jaundis. Para ibu hamil dan si bapa perlu ambil perhatian.
Perlu anda tahu bahawa jaundis terjadi kerana hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada tubuhnya. Oleh sebab itulah semua bayi berisiko untuk mengalami jaundis. Ia boleh terjadi kepada semua bayi. Tidak kira sama ada yang dilahirkan cukup bulan apatah lagi bayi yang dilahirkan pramatang.
Anda perlu faham bahawa biarpun bayi yang bakal dilahirkan nanti cukup bulan, belum tentu hatinya benar-benar matang. Selain daripada masalah hati tidak matang, jaundis turut boleh berlaku apabila anda tidak menyusukan dia tidak kira menggunakan susu ibu atau susu formula dengan secukupnya.
Jaundis terdiri daripada dua jenis. Salah satunya ialah physiological jaundis. Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan kira-kira 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selalunya akan bermula selepas tempoh 24 jam kelahiran. Manakala satu lagi jenis jaundis berlaku sebelum bayi berumur sehari. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor risiko yang lainnya. Walau bagaimanapun, jaundis jenis amat jarang sekali berlaku di negara kita.
Ads
Selepas 24 jam bayi dilahirkan, jaundis akan berlaku. Pada hari ketiga hingga kelima, parasnya akan meningkat naik. Namun, pada hari keenam dan ketujuh ia akan menurun. Jika situasi ini yang berlaku kepada bayi, maka keadaan ini diandaikan sebagi normal ataupun jaundisnya sedikit.
Walau bagaimanapun, jika jaundis berlanjutan selepas tempoh seminggu, masalah ini akan dipanggil sebagai prolong jaundice. Sekiranya tahap jaundis yang berjaya dikesan oleh doktor berada pada tahap yang tinggi, maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilirubin dengan lebih baik.
Ads
Anda boleh mengenal pasti kehadiran jaundis pada bayi ketika berada di rumah setelah dibenarkan pulang dari hospital hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah. Bagi bayi yang berkulit cerah, sememangnya amat mudah untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak berkulit sawo matang. Biarpun begitu, caranya tetap ada dan amat mudah sekali.
Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.
Lazimnya, jaundis bermula daripada bahagian atas anggota tubuh bayi dan turun ke bahagian bawah tubuh. Sekiranya warna kekuningan dapat dikesan ada di bahagian dada, ia menunjukkan bahawa paras jaundis adalah tinggi iaitu sekitar 200 mikromil/l. Oleh yang demikian, bayi perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Jika jaundis berjaya dikesan di bahagian perut dan paha pula, ia petanda jaundis adalah sangat tinggi dan bayi perlu segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Ads
Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi tidur lena selepas dilahirkan. Namun, bayi yang mengalami jaundis tidak elok dibiarkan tidur terlalu lena. Keadaan ini akan merangsang bilirubin meningkat lebih tinggi.
Apabila terlalu kerap tidur, dia kurang menyusu. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin iaitu dua ke tiga jam sekali. Kekerapan bayi menyusu dengan baik akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Jadi, pastikan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari.
Pihak hospital swasta biasanya akan menahan bayi untuk menjalani rawatan fototerapi apabila paras jaundis mencecah angka 200 mikromil/l. Sementara itu, doktor di hospital kerajaan lazimnya menahan bayi yang mencatat bacaan pada paras 280 mikromil/l. Perlu diketahui bahawa adalah bahaya jika jaundis berada pada paras 340 mikromil/l atau 20mg/dl
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada keinginan untuk hamil selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana namun ada sedikit kebimbangan.
Menerusi entri di laman Instagram miliknya, Che Ta, menjelaskan usianya menjadi salah satu faktor yang membuatkan dia risau untuk hamil anak seterusnya.
“Bukan tak teringin nak beranak lagi, tapi dah tua-tua ni tak larat la nak dok berligan anak kecik, lari alignments,” tulisnya.
Kapsyen yang dimuat naiknya bersama sekeping gambar memegang seorang bayi itu tak dipersetujui oleh pengikutnya.
Rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan kebanyakan mereka memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya tidak memandang usia sebagai halangan.
Ramai je yang hamil lagi di usia 40-an. Jika Allah nak bagi rezeki apa salahnya. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka hamil di usia yang lewat dan berjaya membesarkan anak tanpa halangan.
“@azian_naizashop: Tak pa Che Ta. Asal badan sihat. Ada je kes kat tempat kita umur 50 tahun beranak. Bukan luaq negara je. Lanikan macam-macam supplement moden dan tradisional ada masa hamil dan berpantang. Dalam pantang pun ada orang masak, jagakan ibu dan baby. So get ready for Zain junior.”
“@hazela85: Orang cakap kalau gen cantik-cantik ni rugi tak beranak ramai-ramai Che Ta.”
“@naufalaimar16: Kuatkan semangat Che Ta. Kalau Allah nak bagi, kekuatan akan datang bila lihat anak dipangku nanti.”
Mungkin Che Ta ada alasan kukuh untuk takut nak hamil lagi. Kadang-kadang kita tak tahu sebab disebaliknya.
Namun jika dah memang Allah tetapkan yang Aaisyah akan dapat adik, siapa kita nak menidakkan perancangan-Nya. Apa yang pasti Che Ta dan Zain lebih tahu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mempunyai anak yang ramai memang dapat memeriahkan kehidupan dalam rumah tangga. Lebih menyeronokkan apabila suami turut sama-sama menolong menguruskan anak yang ramai kerana masing-masing sibuk mencari rezeki. Tak dinafikan bila mempunyai ramai anak, rezeki yang ada juga tentunya bakal bertambah, tapi bagaimana pula dengan kesan pada badan seorang isteri dan didikan pada anak-anak kelak?
Bukan itu sahaja, anak-anak juga mungkin akan tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu dan ayah kerana perlu berbagi perhatian dengan adik yang baru dilahirkan. Menurut perkongsian Doktor Erna Nadia, antara risiko yang bakal dihadapi oleh ibu yang kerap hamil adalah:
Anemia
Wanita biasanya akan kehilangan antara 20 hingga 400 ml darah setiap kali melahirkan anak (bersalin normal). Kehilangan darah yang banyak ini perlu di ganti semula. Darah merah memerlukan masa 90 hingga 120 hari untuk terbentuk semula. Kelahiran yang rapat akan membuatkan darah merah belum sempat terhasil dan risiko semakin tinggi kerana ibu perlukan darah yang cukup semasa mengandung.
Tombong atau rahim jatuh
Salah satu faktor terjadinya tombong atau rahim jatuh adalah kelahiran yang ramai. Perlu anda Ingat, rahim wanita adalah otot yang fleksibel. Semakin kerap anda bersalin, semakin tinggi risiko untuk mendapat tombong. Semasa melahirkan anak, banyak otot yang luka dan trauma. Setiap otot yang luka itu tentunya memerlukan masa untuk pulih.
Rahim pecah
Hal ini banyak berlaku pada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan. Rahim yang dipotong memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih. Tambahan pula jika ibu mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis dan komplikasi kehamilan yang lain. Ia jarang berlaku namun tidak mustahil berlaku kerana kehamilan yang rapat.
Kelahiran pramatang
Rahim yang masih lemah selepas kelahiran terdahulu ditambah dengan beban pada kelahiran baru. Akibatnya rahim kekal lemah sepanjang kehamilan baru.
Bayi kurang berat badan
Ini adalah kerana ibu senang mendapat anemia. Kekurangan nutrisi menyebabkan bayi kurang mendapat zat semasa di dalam rahim.
Depressi
Ibu yang kerap hamil juga berisiko untuk mengalami depressi atau tekanan. Suami perlu peka dengan keadaan fizikal dan mental isteri sebelum meminta isteri untuk hamil buat kesekian kalinya. Menjaga bayi yang masih kecil pastinya bukan mudah, ditambah pula dengan luka dalaman yang masih belum sembuh. Oleh yang demikian perbincangan perlu dibuat sebelum ingin hamil lagi.
Anak Autisme
Bayi yang dilahirkan oleh ibu dengan jarak kehamilan kurang dari setahun setengah adalah sangat berisiko menjadi autisme. Perkembangan di dalam rahim menjadi terbantut jika nutrisi tidak mencukupi.
Anak terabai
Biasanya apabila mengandung, wanita akan mengalami perubahan emosi yang tidak menentu akibat daripada perubahan hormon, penat atau morning sickness. Dengan keadaan emosi yang tidak stabil, perasaan rimas dan cepat marah biasanya akan dialami oleh ibu-ibu hamil. Ketika anak-anak masih kecil memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang ibu.
Masalah tulang rapuh
Apabila hamil, wanita memerlukan kalsium yang cukup untuk dirinya dan anak yang dikandung. Bayangkan ketika sedang mengandung dan anda masih menyusukan anak yang lain. Hormon estrogen amat penting untuk penyerapan kalsium. Gangguan pada hormon boleh menganggu struktur tulang pada badan manusia terutamanya wanita hamil.
Rumah tangga terabai
Apabila anak masih kecil dan berderet dan anda mengandung lagi, kesihatan anda akan sedikit terjejas. Bukan kesihatan fizikal sahaja tetapi juga mental. Nak uruskan rumah, suami, anak-anak dan dalam masa yang sama diri sendiri serta bayi dalam kandungan. Akhirnya semua urusan jadi kucar-kacir dan diri sendiri tidak selesa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres, Datin Elvina Mohamad berkongsi berita gembira dengan mengumumkan kehamilan cahaya mata kedua melalui sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik sekeping gambar ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama keluarga kecilnya.
“Kami tak sabar untuk berjumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua). Karl (anak pertama) akan menjadi abang,” tulisnya.
Gambar berkenaan memaparkan suaminya Datuk Haniff Borhan dan anak mereka, Karl Mateen memegang bahagian perut pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu yang menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut meluahkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah selain mendoakan Elvina dipermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah tahniah!
Seri ibu mengandung
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Untuk rekod, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan putera sulung tersebut yang kini berusia empat tahun.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...