Masa kini, kerap kali kedengaran bayi baru lahir disahkan menghidap jaundis. Para ibu hamil dan si bapa perlu ambil perhatian.

Perlu anda tahu bahawa jaundis terjadi kerana hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada tubuhnya. Oleh sebab itulah semua bayi berisiko untuk mengalami jaundis. Ia boleh terjadi kepada semua bayi. Tidak kira sama ada yang dilahirkan cukup bulan apatah lagi bayi yang dilahirkan pramatang.

Anda perlu faham bahawa biarpun bayi yang bakal dilahirkan nanti cukup bulan, belum tentu hatinya benar-benar matang. Selain daripada masalah hati tidak matang, jaundis turut boleh berlaku apabila anda tidak menyusukan dia tidak kira menggunakan susu ibu atau susu formula dengan secukupnya.

Jaundis terdiri daripada dua jenis. Salah satunya ialah physiological jaundis. Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan kira-kira 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selalunya akan bermula selepas tempoh 24 jam kelahiran. Manakala satu lagi jenis jaundis berlaku sebelum bayi berumur sehari. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor risiko yang lainnya. Walau bagaimanapun, jaundis jenis amat jarang sekali berlaku di negara kita.

IKLAN

Selepas 24 jam bayi dilahirkan, jaundis akan berlaku. Pada hari ketiga hingga kelima, parasnya akan meningkat naik. Namun, pada hari keenam dan ketujuh ia akan menurun. Jika situasi ini yang berlaku kepada bayi, maka keadaan ini diandaikan sebagi normal ataupun jaundisnya sedikit.

Walau bagaimanapun, jika jaundis berlanjutan selepas tempoh seminggu, masalah ini akan dipanggil sebagai prolong jaundice. Sekiranya tahap jaundis yang berjaya dikesan oleh doktor berada pada tahap yang tinggi, maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilirubin dengan lebih baik.

IKLAN

Nak Mudah Kenal Pasti Jaundis Bakal Bayi Yang Akan Lahir, Ikut 3 Cara Mudah IniAnda boleh mengenal pasti kehadiran jaundis pada bayi ketika berada di rumah setelah dibenarkan pulang dari hospital hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah. Bagi bayi yang berkulit cerah, sememangnya amat mudah untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak berkulit sawo matang. Biarpun begitu, caranya tetap ada dan amat mudah sekali.

  1. Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
  2. Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
  3. Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.

Lazimnya, jaundis bermula daripada bahagian atas anggota tubuh bayi dan turun ke bahagian bawah tubuh. Sekiranya warna kekuningan dapat dikesan ada di bahagian dada, ia menunjukkan bahawa paras jaundis adalah tinggi iaitu sekitar 200 mikromil/l. Oleh yang demikian, bayi perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Jika jaundis berjaya dikesan di bahagian perut dan paha pula, ia petanda jaundis adalah sangat tinggi dan bayi perlu segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

IKLAN

Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi tidur lena selepas dilahirkan. Namun, bayi yang mengalami jaundis tidak elok dibiarkan tidur terlalu lena. Keadaan ini akan merangsang bilirubin meningkat lebih tinggi.

Apabila terlalu kerap tidur, dia kurang menyusu. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin iaitu dua ke tiga jam sekali. Kekerapan bayi menyusu dengan baik akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Jadi, pastikan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari.

Pihak hospital swasta biasanya akan menahan bayi untuk menjalani rawatan fototerapi apabila paras jaundis mencecah angka 200 mikromil/l. Sementara itu, doktor di hospital kerajaan lazimnya menahan bayi yang mencatat bacaan pada paras 280 mikromil/l. Perlu diketahui bahawa adalah bahaya jika jaundis berada pada paras 340 mikromil/l atau 20mg/dl

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI