Add a heading (10)

Bersukan memang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Malah kanak-kanak memang sudah azalinya sentiasa aktif dan cergas. Namun mungkin yang ibu bapa kurang arif tentang sukan yang bersesuaian dengan usia si kecil anda. Ternyata memang banyak jenis sukan yang boleh diiukuti oleh anak-anak sesuai dengan usia, kemampuan dan kesukaan mereka. Dengan sedikit pengetahuan dan sokongan yang boleh anda berikan, anak-anak semestinya tertarik dan mahu menjadikan aktiviti yang sesuai sebagai salah satu gaya hidup mereka.

berikut adalah beberapa cara agar anak anda tertarik dengan sukan menurut Mayoclinic.org:
1. Jelaskan apa itu sukan dan beritahu apakah manfaat dan kebaikannya.
2. Kunjungi pertandingan sukan yang diadakan di sekitar anda agar mereka dapat melihat keseronokkannya.
3. Minta si kecil menemani anda ketika anda beriadah atau bersukan.
4. Berikan sokongan moral dan fizikal ketika anak-anak menyertai sukan yang mereka sukai.

Usia 2 hingga 5 tahun

Pada usia ini anak anda baru sahaja mengenal pergerakan asas yang mana mereka belum mampu melakukan sukan yang agak lasak. Anak-anak di usia ini biasanya akan menyertai sukan yang lebih menjurus kepada keseronokkan dan juga bagi mengasah kemahiran sosial mereka. Antara sukan dan juga riadah yang sesuai untuk kanak-kanak pada usia ini adalah:
– Berlari
– berguling
– melempar
– menangkap
– berenang

IKLAN

Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil, Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak
Usia 6 hingga 9 tahun

Semakin meningkat usia si kecil anda, semakin banyak kemampuan fizikal yang boleh mereka terokai. Pada usia ini mereka sudah boleh menerima arahan yang diberikan oleh guru atau jurulatih. Bagi kanak-kanak yang berusia 7 hingga 8 tahun pula mereka sudah boleh didedahkan bagaimana untuk mengawal kekuatan mereka agar ia dapat melatih teknik atau pergerakan yang tepat dan sesuai dengan kemampuan fizikal mereka selain minat terhadap sukan yang dipilih.

IKLAN

Pada usia ini, sukan yang boleh anda perkenalkan kepada anak-anak termasuklah:
– bola lisut dan bola baling
– bola sepak
– gimnastik
– berenang
– tenis
– sukan mempertahankan diri seperti taekwando, silat dan lain-lain

IKLAN

Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil, Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak
Usia 10 hingga 12 tahun

Pada usia ini biasanya kanak-kanak sudah memiliki visi yang jelas tentang kebaikan daripada sukan yang mereka ceburi. Mereka juga sudah mampu mengatur strategi dalam bersukan. Usia 10 hingga 12 tahun juga adalah waktu yang tepat buat kanak-kanak melakukan sukan yang kompleks seperti bola sepak, bola keranjang, hoki, bola tampar dan banyak lagi. Kemampuan ini juga biasanya disebabkan oleh usia mereka yang sudah baligh dimana mereka dapat meningkatkan kemampuan mengimbangi kordinasi badan mereka. Pada usia ini kanak-kanak sudah boleh menyertai sukan yang lebih profesional seperti golf dan tenis.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI