Apabila bayi kita disahkan underweight atau berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan, kita tentu akan berusaha menaikkan berat badannya. Ikuti 7 tip daripada pegawai dietetik ini.
“Amar berumur 12 bulan tetapi berat badannya hanya 7.3kg. Dia lahir pramatang pada usia 35 minggu dan kini beratnya dikategorikan underweight.Ibunya Julie gusar dan tertanya-tanya bagaimana boleh naikkan berat Amar tetapi masih meneruskan dengan susu ibu dan memberi makanan pelengkap. Adakah nasi yang dimasak dengan mentega adalah cara sihat untuk menaikkan berat badan Amar? “
BERAT IDEAL BAYI PRAMATANG
Menurut pegawai dietetik, Puan Nurbaidurah Badzis, berat badan ideal untuk si kecil yang berumur 12 bulan dan lahir pra-matang (pada 35 minggu kandungan), bagi bayi lelaki berat badan normal adalah 7.6 kg hingga 9.4 kg, bagi bayi perempuan pula, berat badan normal adalah 7.4 kg hingga 8.8 kg.
7 TIP NAIKKAN BERAT ANAK UNDERWEIGHT
Mengikut kepada carta pertumbuhan Amar dikategorikan sebagai tidak cukup berat badan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan;
#1 TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan susukan mengikut kehendak si kecil iaitu breastfeeding on demand. Penyusuan susu ibu digalakkan sehingga bayi menjangkau usia dua tahun dan disertakan dengan makanan pejal apabila bayi berusia enam bulan.
#2 KALORI & KHASIAT MENCUKUPI
Pastikan si kecil mendapat khasiat yang mencukupi. Pada usia setahun, si kecil memerlukan 1360 kcal sehari dan 23gram protein. Bermula usia enam bulan sehingga usia setahun lebih adalah tempoh penyesuaian makanan buat si kecil terhadap makanan pejal.
Piramid di bawah menunjukkan saranan pengambilan pemakanan buat si kecil bermula usia dua tahun, namun boleh dijadikan panduan.
SARAPAN | MAKAN TENGAHARI | MINUM PETANG | MAKAN MALAM |
· 1/2 keping roti · 1/2 sudu teh marjerin lembut | · 1 senduk nasi lembut · 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa) · 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil. · 1 hidangan buah-buahan | · 1/2 keping roti Ads · 1/2 sudu teh marjerin lembut | · 1 senduk nasi lembut · 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa) · 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil. · 1 hidangan buah-buahan |
#3 PROTEIN PENTING UNTUK PEMBINAAN BADAN
Pastikan kuantiti protein mencukupi namun jangan diberikan berlebihan. Ini kerana diet tinggi protein boleh memudaratkan si kecil dan merosakkan beberapa organ penting seperti buah pinggang. 30-60gram isi ayam atau ikan memadai.
#4 GIVE MORE FAT? NO!
Tentang bolehkah dicampur butter di dalam nasi? Baidurah memberikan pendapat ia dibolehkan namun perlu dihadkan kuantitinya. “Saranan saya, 1/3 sudu kecil untuk makan tengahari dan makan malam adalah memadai. Lebihan lemak tidak membantu kenaikan berat badan yang sihat. Yang penting untuk dititikberatkan ialah keseimbangan nutrisi khususnya protein,” kata Baidurah.
#5 CUBA TEKNIK DOUBLE-FRYING
Antara tips lain adalah double-frying, contohnya menggoreng isi ayam, kemudian dicampur dengan nasi goreng; atau roti telur yang digoreng disapu dengan mentega dan lain-lain. Ini boleh diberikan sebagai cara untuk meningkatkan pengambilan tenaga si kecil namun cara ini sesuai jika si kecil memang tidak kerap makan atau makan sangat sedikit. Jika jadual menu di atas boleh diikuti, tips double-frying ini tidak digalakkan.
#6 MAKANAN YANG MENINGKATKAN SELERA MAKAN
Makanan yang kaya dengan Vitamin B12 boleh meningkatkan selera si kecil. Antaranya adalah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Namun, pada usia setahun ini makanan laut tidak digalakkan. Ini kerana sifat hiperallergenik yang boleh mengakibatkan alahan kepada si kecil.
#7 TERUSKAN USAHA
Galakan terhadap makanan perlu diteruskan. Don’t stop or give up. Bagi sesetengah kanak-kanak yang picky-eater (susah nak makan, makan sedikit, memilih makan), masa amat diperlukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI