Bila anak tidak naik berat badan, ibu bapa mula rasa runsing walaupun sudah diberikan vitamin yang mencukupi setiap hari. Hakikatnya, pengambilan multivitamin tidak membantu kenaikan berat badan anak. Ini ibu bapa harus tahu.

Menurut Dietitian, Puan Fizah Sobri, melalui info yang dikongsikan oleh Nurul Syahidah Ramli, pengambilan multivitamin tidak membantu kenaikan berat badan anak. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sememangnya membantu kenaikan berat anak. Jadi anak perlu diberikan rutin pemakanan yang sihat setiap hari.

Nak Naikkan Berat, Anak Perlu Ambil Makanan Berzat, Multivitamin Tak Naikkan Berat Anak!

Banyak soalan saya terima anak kurang selera, kurang makan, apa vitamin yang boleh diberi untuk naikkan berat anak. Jawapan saya TIADA.

Mak ayah perlu faham apakah itu multivitamin. Multivitamin adalah gabungan micronutrient (vitamin dan mineral) untuk bantu menambah kekurangan zat yanh dialami oleh anak.

Untuk naikkan berat badan anak perlu mendapat KALORI YANG MENCUKUPI yang terdiri dari gabungan macronutrient (carbohydrate,protein dan lemak). Micronutrient tidak menyumbang kepada kalori yang cukup untuk naikkan berat badan anak.

Ads

Nak Naikkan Berat, Anak Perlu Ambil Makanan Berzat, Multivitamin Tak Naikkan Berat Anak!

Habis tu kenapa bila beri multivitamin anak berselera makan? Jawapan saya sebab dengan pengambilan multivitamin anda telah betulkan masalah akibat pengurangan zat tadi yang secara tak langsung menyumbang pada kurang selera makan

Contoh 1
Kurang zat besi. Ini akan menyebabkan iron deficiency anemia dan menyebabkan anak cepat penat, mudah mengantuk dan ini akan membantut selera makan. Bila ambil multivitamin zat besi dapat cukup maka anemia dapat dibetulkan.

Ads

Contoh 2
Vitamin B complex,vitamin C dapat menguatkan immune badan dan mengurangkan kemungkinan anak senang kena sakit seperti demam,selsema dan batuk. Bila kurang kena sakit anak akan lebih berselera untuk makan.

Nak Naikkan Berat, Anak Perlu Ambil Makanan Berzat, Multivitamin Tak Naikkan Berat Anak!

 

Ads

Contoh 3
Kalsium,magnesium, vitamin D penting untuk pertumbuhan otot dan tulang. Bila anak rasa kuat tak lemah (muscle stength ok)akan lebih bertenaga dan nak makan

Semua condition di atas adalah akibat tak cukup zat bila anak tak cukup makan/ makanan tak balance. Mommies daddies pegang kepada prinsip setial kali makan berat mesti ada gabungan 3 komponen utama
– carbohydrate
– protein
– fiber

Nak makan roti boleh tapi buatlah roti sandwhich ke, french toast ke, jangan sekadar roti sapu margarin. Nak makan pasta boleh tapi buatlah pasta seperti carbonara, bolognese atau sup yang ada sayur dan ayam. Jangan sekadar pasta tuang sup kosong.

Nak Naikkan Berat, Anak Perlu Ambil Makanan Berzat, Multivitamin Tak Naikkan Berat Anak!

Saya bagi contoh menu menu yang boleh diamalkan oleh parents bagi memenuhi ketiga komponen di atas. Jika cukup makan multivitamin tidak diperlukan.
Jika tak cukup makan, ambil mutlivitamin pun tidak akan naikkan berat badan. Ambil la makan dengan cukup ye.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI