Pakaikan bayi dengan barut memang tidak salah. Asalkan ia tidak mengganggu tumbesaran dan perkembangan anak.Tapi macam-macam mitos yang timbul dengan pemakaian barut. Ikuti penerangan daripada jururawat ini.
Puan Bel Nawhen yang merupakan seorang jururawat telah berkongsi info tentang barut bayi terutamanya tentang mitos dan fakta sebenar pemakaian barut kepada bayi. Berikut ialah perkongsian beliau,
BARUT ooo BARUT
Pagi-pagi dapat screencap tulisan seseorang tentang barut, beginilah lebih kurang dia tulis.
“Barut ni kegunaannya untuk menyukat susu yang masuk ke perut baby, takut terlebih menyusu badan jadi banyak pula susu dia telan terkenyang, tersenak, dan lebih parah takut sakit perut, pecah pula perut baby.
Tu sebab baby diikat barut. Bila ibu tengok barut tu macam dah mengetat, cepat2 berhenti. Lepas sejam, barut tadi akan melonggar, kita tahu baby kita lapar. Bila dia nangis pon, kita tahu motif nangis dia nak menyusu lapar.
Selain dari tu, barut juga membantu baby kita tegak. Tidak merengkok. Membantu mendisiplin tulang belakang baby kita lurus”
Sebenarnya, barut ni apa?
Salah satu aksesori bayi selepas melahirkan adalah barut bayi. Hinggakan pelbagai kepercayaan tentang manfaat barut ini dibawa dari turun temurun.
Ads
Saya TIDAK melarang sesiapa untuk memakaikan barut kepada anak mereka tetapi anda perlu;
#1 PILIH MATERIAL SESUAI
perlu pandai memilih material yang sesuai untuknya selain tidak memakaikannya terlalu ketat pada bayi. Selain itu, pastikan anak tidak mempunyai alahan terhadap material barut tersebut.
#2 ELAK SAPU HERBA SEMASA BARUT BAYI
Ads
Elak juga dari menyapu pula pelbagai herba entah apa-apa semasa barutkan anak. Iritasi pula kulit si anak.
#3 JANGAN TUTUP PUSAT YANG BELUM TANGGAL
Memakaikan bayi dengan barut dan menutupi tali pusat yang belum tanggal BOLEH menyebabkan pengumpulan lembapan di tali pusat, melambatkan proses luruh tali pusat dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria kerana kelembapan tadi.
#4 JANGAN PAKAI TERLALU KETAT
Memakai BARUT tidak membantu dalam mengelakkan tulang dada bayi dari menonjol. Malahan, jika pemakaian barut terlalu ketat, maka akan menganggu dalam proses pembesaran organ bayi.
Ads
BARUT BUKAN PENGHALANG KEMBUNG PERUT PADA BAYI
Barut bayi bukan pelindung kepada kejadian kembung perut bayi. Masalah kembung perut bayi sering terjadi terutama pada 6 bulan awal kelahiran.
Ia berlaku kerana ruang dalam abdomen bayi masih kecil kalau nak dibandingkan dengan organ di dalamnya.
Sebab kembung perut bayi terjadi:
Cara penyusuan yang tidak betul. Bagi kes guna botol susu – Botol terlalu condong, lubang puting terlalu besar hingga bayi menelan udara bersama. Bagi kes kedua-dua menyusu botol dan direct feeding – Bayi tidak disendawakan selepas menyusu. Memberi botol susu kosong dengan alasan mahu bayi tidak menangis juga antara punca bayi kembung perut kerana menyedut udara sahaja.
Bayi menangis terlalu banyak pun boleh menyebabkan kembung perut
Penghadaman atau pemilihan susu yang kurang sesuai lalu menghasilkan banyak gas.
Tetapi, bagi kes kembung perut disertai dengan rasa abdomen yang keras disertai dengan muntah, tidak kentut atau tidak membuang air dalam tempoh masa yang lama ataupun cirit-birit dan bayi sering kelihatan lemah atau tidak bermaya, bawa bayi anda berjumpa doktor.
Notakaki:
Nak berbarut tidak menjadi masalah asalkan ia tidak menganggu keselesaan bayi anda.
Anak kerap demam, ibu bapa kena jadi orang yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Lagi-lagi anak kecil yang masih belum boleh beritahu yang dia tak sihat. Apa yang membuatkan ibu bapa cepat panik adalah waktu malam bila suhu badan anak tiba-tiba naik.
Ditambah dengan kurangnya pengalaman nak ‘handle’ anak yang sering alami demam panas yang tinggi.
Dr Ezairy M. Sallih kongsikan tiga langkah penting yang boleh ibu bapa buat dan elakkan dari awal supaya anak tak selalu demam panas.
Sentiasa sediakan tuala yang direndam dengan air suam. Ibu bapa perlu ‘alert’ apabila ada di kalangan anak saudara, anak jiran atau sesiapa yang ada di dalam rumah sedang alami demam.
Jika anak kita nampak lemah, mulai ada tanda-tanda demam panas, segera letakkan tuala basah di badan dan kepala. Elakkan suhu menjadi lebih tinggi. Susah untuk dikawal. Bahaya!
Jauhkan anak-anak anda daripada mereka yang sedang alami gejala flu dan selesema atau batuk. Ini penting, sebab usia kanak-kanak amat mudah bagi jangkitan untuk merebak.
Ia akan menular secara udara akibat bersin, batuk atau juga secara sentuhan.
Anak kita boleh alami demam panas akibat beberapa sebab. Sama ada jangkitan virus, bakteria dan sebagainya. Demam akibat jangkitan virus pada tekak biasanya akan disertai dengan batuk, selsema dan tidaklah menyebabkan masalah demam yang lebih serius. Ia tidak perlu kepada antibiotik.
Namun ia berbeza sekiranya disebabkan jangkitan bakteria yang perlukan ubat antibiotik. Doktor akan memberitahu anda jenis jangkitan yang dialami. Sebab itu, apabila anda dapati anak anda ada tanda-tanda awal jangkitan, segera bawa periksa doktor. Jangan terlewat.
Menurut sumber Astro Awani, Setakat ini seramai 48 ribu 261 orang bayi dan kanak-kanak telah dijangkiti COVID-19 di Malaysia. Daripada jumlah itu, 6,290 merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah.
Ini bukanlah satu angka yang kecil malah angka ini sepatutnya dipandang serius oleh semua pihak.
Menurut perkongsian Dr Rashdan Mohamed pula, doktor kanak-kanak banyak menyaksikan kes Covid-19 dikalangan kanak-kanak pada tahun ini terutama pada awal April 2021.
Kanak-Kanak Ada Pilihan?
Jangan Kita Jadi Asbab Anak Kita Menderita
Buat Pilihan Yang Tepat
Patuhilah SOP, jaga keselamatan anak anda dan juga keluarga.
Kredit: Astro Awani, Dr Rashdan Mohamed
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minum 5 liter sehari dan perlu bekalkan 50 auns susu ibu sehari? Ini lah pengorbanan seorang ibu. Ikuti perjalanan penyusuan yang dikongsikan oleh Dr Halina ini.
Sebagai seorang ibu yang bekerja sebagai seorang doktor dan masih menyambung pelajarannya, Datin Dr Halina Mohd Yunos memang hebat kerana masih boleh mengekalkan penyusuan susu ibu kepada bayi kembarnya, Adam dan Noah yang kini berusia hampir 9 bulan. Syabas!
Perkara ini dikongsikan beliau di dalam blog Barely Supermommy yang menceritakan tentang perjalanan penyusuan susu. Beliau pada awalnya tidak yakin untuk menyusukan bayi kembar tetapi bersyukur kepada Allah kerana masih mampu menyusukan kedua-dua anak lelakinya itu. Penyusuan tidak mudah bagi seorang ibu, sentiasa belajar tetapi jangan sekali-kali berputus asa.
MAKANAN LAKTOGENIK
Suri hati Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini juga telah berkongsi tentang isi kandungan sebuah buku mengenai tip menambah susu ibu. Buku yang telah ditulis oleh konsultan penyusuan Alicia C. Simpson itu telah membariskan makanan laktogenik yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Makanan laktogenik ini memberikan kesan yang berbeza kepada setiap ibu.
Dr Halina memetik beberapa jenis makanan laktogenik daripada buku tersebut. Antaranya ialah
Barley & malt : Ia adalah apa yang dilakukan oleh ibu Dr Halina. Kandungan beta glucan meningkatkan hormon prolaktin yang berfungsi dalam penghasilan susu ibu. Ibunya kerap menyediakan minuman malt semasa beliau di dalam pantang kerana kandungan malt di dalamnya. Malah semasa menyusukan anak pertamanya Bella, ia berkesan untuk menambah susu ibu.
Oats : Ia juga mengandungi beta glucan yang tinggi. Steel-cut oats & rolled oats ialah pilihan terbaik untuk ibu menyusukan, bukan oat segera. Pilih jenis oat yang betul. Dr Halina kerap mengambil overnight oats dengan mencampurkan pisang, chia seed, biji rami, mentega kacang & susu badam sebagai snek pada jam 10 pagi.
Bjirin penuh: Barli, oat, gandum penuh dan beras perang. Kesemua bijirin in kaya beta glucan.
Moringa atau merunggai: Dr Halina mengambil teh merunggai (dengan merendamkan daun merunggai ke dalam air) di mana kesan laktogenik terhasil apabila iamemberikan kesan kepada kelenjar pituitari anterior dan susu akan meningkat 48 jam selepas diambil. Beliau masih mengambil dan masih berkesan kepadanya.
Brewers’ yeast : Rasanya agak pahit dan hanya diletakkan di dalam overnight oats. Dr Halina mengingatkan Brewers’ yeast mungkin boleh menyebabkan kembung perut.
Halba : Dr Halina mengambil teh halba. Noah tidak mengalami apa-apa kesan tetapi Adam alami kembung dan sukar buang air besar. Jadi, beliau tidak lagi mengambil halba.
Milk thistle : belum pernah dicuba beliau sendiri
Betik : Buah ini juag makanan laktogenik tapi Dr Halina belum mencubanya untuk menambah susu ibu.
Fennel/ Adas : Selalu digunakan sebagai bahan penyediaan teh dan biskut untuk ibu menyusu.
Makanan penambah susu yang masih diamalkan Dr Halina sehingga kini ialah teh merunggai dan oat.
MINUM BANYAK AIR & PAM KERAP
Antara perkara yang dilakukan oleh beliau sehingga kini untuk memastikan susu ibu mencukupi untuk Adm & Noah ialah;
Minum banyak air untuk memastikan dirinya sentiasa terhidrat. Beliau sendiri meminum 5 liter air sehari untuk memastikan sentiasa terhidrat dan menghasilkan susu yang cukup. Tidak terkiranya ulang alik ke tandas kerana meminum air yang banyak, tetapi itulah pengorbanan ibu muda ini untuk menghasilkan susu yang cukup untuk anak kembarnya.
Dr Halina memerah dengan kerap. Pemerahan kerap amat penting untuk mengosongkan payudara. Apabila payudara kosong, maka otak akan merembeskan hormon prolaktin dan memberi isyarat kepada mammary gland pada payudara untuk menghasilkan susu. Tiga bulan pertama selepas bersalin, Dr Halina memerah setiap kali selepas menyusu si kembarnya. Walau pun pada mulanya hanya memperoleh 0.5 auns, tetapi dalam jangka masa panjang, jumlah susu makin meningkat, dengan izin Allah.
PERLU BEKALKAN 50 AUNS SEHARI UNTUK SI KEMBAR
Anak kembar beliau, Adam dan Noah memerlukan 5 auns susu setiap kali menyusu pada jam 5 hingga 6 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari (selepas makan tengah hari), 4.30 petang dan 8 malam. Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk kedua-dua bayinya ialah 50 auns sehari di samping makanan pelengkap! Sebab itu Dr Halina berusaha kuat untuk memerah. Inilah sebenarnya pengorbanan ibu!
MASIH MINUM KOPI
Dr Halina masih mengambil kopi walau pun menyusukan bayi kembarnya. Semasa bayi-bayinya kecil, jumlah yang diambil tidak banyak kerana bimbang kesan kafein kepada bayi yang boleh menyebabkan masalah sukar tidur atau gelisah. Beliau menyarankan kepada ibu yang mempunyai bayi yang masih kecil, kurangkan pengambilan kafein kerana organ dalaman bayi masih belum berfungsi dengan efisien untuk menyingkirkan kafein dalam badan mereka.
Beliau berharap perkongsiannya itu boleh memberikan manfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan.
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini,...