Susu lebat dan stok mencukupi selepas cuti bersalin adalah menjadi impian setiap ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Puas sudah memerah tetapi penghasilan susunya semakin sedikit. Stok susu ibu perahan menyusut ekoran pengumpulan susu di pejabat yang semakin sedikit. Dahulu boleh mengumpul 20oz sehari, kini hanya mampu mengumpul 10oz atau kurang. Mungkin keadaan sebegini pernah berlaku kepada anda.
Keadaan ini boleh menimbulkan kerisauan di kalangan ibu. Tambah-tambah lagi bagi ibu yang ingin menyusu eksklusif selama enam bulan, 8 tip ini amat berguna untuk anda.
Kaunselor laktasi, Faliyana Muda berkata punca kepada masalah ini ialah berpunca kepada masalah untuk memerah payu dara setiap tiga hingga empat jam sekali apabila mula bekerja.
Masalah ini selalunya berlaku selepas cuti bersalin kerana tuntutan tugas dan kekangan masa. Hal ini dan beberapa faktor lain berkemungkinan besar menjadi penyebab penghasilan susu oleh payudara menjadi perlahan dan sedikit.
Menyedari risiko penghasilan susu yang bakal menjunam selepas kembali bekerja ibu-ibu yang menyusukan perlu lebih kreatif dalam menangani isu ini menggunakan pelbagai kaedah.
#1. STIMULASI PAYUDARA
Lakukan stimulasi pada payudara. Perlu difahami penghasilan susu bergantung kepada supply and demand. Permintaan tinggi akan menyebabkan penawaran (penghasilan susu) meningkat. Cara untuk mengelakkan penghasilan susu ibu merudum ialah dengan sentiasa memberi stimulasi payu dara sama ada dengan menyusu secara terus ataupun memerah.
Ads
#2. PERAH TIGA JAM SEKALI
Wujudkan sesi memerah yang konsisten setiap tiga jam sekali dan jangan hanya memerah apabila merasa payudara sudah penuh. Sesi perahan yang dilakukan bukan semata-mata untuk mendapatkan susu ibu perahan tetapi adalah satu cara memberi signal kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu. Proses untuk menghasilkan susu baru tidak akan nampak dalam jangka masa singkat. Perlu diketahui, sekiranya hari ini ibu menambah sesi perahan,peningkatan penghasilan susu tidak akan dapat dilihat keesokannya. Ia akan mengambil masa seminggu atau dua minggu bergantung kepada individu.
#3. MIND SET
Elakkan daripada merasa perlunya tempat spesifik untuk memerah.
#4. KEMUDAHAN
Ads
Gunakan kemudahan yang ada seperti nursing cover yang boleh menutup bahagian dada ketika memerah. Maka sesi memerah tidak dirasakan sesuatu yang membebankan ibu-ibu kerana boleh memerah di mana sahaja.
#5. ALAT BANTU
Menggunakan peralatan bantuan memerah seperti Freemie iaitu alat untuk menakung susu ibu yang boleh digunakan dengan mana-mana pam yang mempunyai tubing. Dengan adanya alat ini dan pam payudara yang boleh dicas, proses memerah masih boleh dilaksanakan dengan bebas tangan semasa ibu bekerja.
#6. ELAK EMOSI CEMAS
Emosi cemas dan tertekan perlu dijauhi sebaliknya cari jalan penyelesaian dengan tenang. Misalnya sekiranya tidak boleh memerah kerana suntuk masa atau perlu berkursus, cuba cari jalan untuk melakukannya dengan cara lain. Misalnya memerah semasa berkursus tanpa perlu ke surau dengan cara memakai nursing cover, jaket atau menutupnya dengan tudung.
Ads
#17 SOKONGAN
Dapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti suami, ibu bapa, rakan-rakan, adik beradik, pengasuh dan majikan. Beri penjelasan dan penerangan kepada orang di sekeliling supaya mereka memahami dan menyokong amalan penyusuan susu ibu yang sedang anda lakukan.
FIKIRKAN SESUATU YANG INDAH
Fikirkan yang indah dan keseronokan semasa memerah. Tinggalkan segala masalah buat seketika. Relaks dan perahlah payu dara dengan gembira. Tatap gambar dan video bayi anda semasa memerah bagi membantu hormon oksitosin iaitu hormon kegembiraan yang membantu penghasilan maka susu bertambah. Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penghasilan susu merosot.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan memberikan bayi bijirin yang dicampurkan dengan susu menerusi botol boleh menyebabkan tersedak susu. Ini juga boleh meningkatkan risiko terjadinya jangkitan pada paru-parunya.
Keadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biru adalah tanda-tanda dia sedang tersedak susu. Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik.
BAYI BERISIKO UNTUK MENGALAMI TERSEDAK MAKANAN & MINUMAN
Bagi mama dan papa yang mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati-hati.
Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak seperti berikut;
Bayi yang mengalami keabnormalan pada struktur oral saluran penelanan dan pernafasan seperti klef bibir lelangit
Bayi yang mengalami kelewatan perkembangan global
Bayi yangmenghadapi masalah neurologi seperti Cerebral Palsy atau Down Syndrome
Bayi yang mempunyai masalah perubatan yang kompleks iaitu masalah jantung kongenital, paru-paru dan ginjal.
BOLEH AKIBATKAN PNEUMONIA
Antara risiko yang berlaku apabila bayi atau kanak-kanak tersedak ialah jangkitan pada paru-paru atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap.
KEMAHIRAN MENGHISAP
Kemahiran menghisap adalah satu kemahiran yang wujud pada bayi sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun.
Perkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.
Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.
Bayi akan menunjukkan refleks gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pepejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak.
JANGAN CAMPUR SUSU BAYI DENGAN BIJIRIN
Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan selain cecair selepas mencapai usia 6 bulan.
Oleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.
SISTEM PENGHADAMAN BAYI MASIH BELUM MATANG
Tambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal/ pelengkap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal memulakan sesi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Mei ini.
Jelas Siti, pembedahan minor yang dijalani selepas persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 beberapa minggu lalu adalah persiapan awal untuk rawatan terbabit.
“Saya dalam tempoh yang hampir pulih dah, pembedahan sebelum ini hanyalah pembedahan kecil sahaja.
“Doktor pun menasihati saya untuk bersenam dan menjalani rutin seperti biasa sebelum memulakan rawatan IVF.
“Insya-Allah jika tiada halangan saya akan memulakan rawatan itu selepas raya (Aidilfitri),” katanya kepada Gempak.
Siti ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan Haney D’Jiwa di EQ Plaza Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebelum ini Siti memberitahu niatnya untuk menimang cahaya mata lelaki pada tahun ini menerusi rawatan IVF.
Malah, pelantun lagu Terang itu bakal berehat panjang bagi memenuhi tuntutan proses berkenaan.
Pada 2015 Siti pernah mengalami keguguran dan kemudiannya berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang berusia 2 tahun.
Hampir tiga minggu bersalin, wajah anak comel, pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy dinantikan oleh peminatnya.
Terbaru, menerusi perkongsian terbaru, Fasha Sandha yang juga kakak kepada Elisya turut memberi bayangan wajah anak adiknya itu persis anak perempuannya, Aisha Amaira yang kini berusia satu tahun lebih.
Malah kata Fasha lagi, hampir 90 peratus wajah Bunga sama seperti anaknya dan apabila keduanya membesar kelak boleh dianggap seperti kembar.
“Gambar Aisha masa 18 hari, gambar Bunga belum boleh share lagi, tapi muka bunga 90 percent muka Aisha.
Nanti besaq jalan sama orang kata kembaq Aisha,” tulisnya berkongsi.
Menerusi perkongsian beberapa keping gambar terbaru, Aisya Amaira yang dilahirkan pada Ogos 2020 ini cukup comel, secantik ibunya.
Malah kongsi Fasha lagi, dia bersyukur kini adiknya Elisya semakin bertambah sihat. Malah baby Bunga juga kini membesar dengan baik di bawah jagaan insan tersayang, ibu mentuanya, Sheila Rosli.
“Syukur alhamdulillah baby Bunga membesar dengan baik dan Elisya pun dah sihat banyak.
“Thank you Natalis Mothecare yang memudahkan proses berpantang adik bongsuku,” tulis Fasha.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...