Susu ibu adalah susu yang terbaik di dalam dunia. Kadang-kadang kita tak dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk anak. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghasilkan susu ibu yang banyak seperti membuat sendiri milk booster.
Namun ada juga yang mempercayai dengan mengamalkan supplement boleh memekatkan susu ibu dan mampu membuatkan susu ibu lebih berkualtiti.
Menerusi soal jawab di instagram Puan Noorfazila, ada ibu yang bertanya tentang pengambilan supplement untuk penghasilan susu yang baik.
Puan, ada tak supplement untuk pekatkan susu.. dan kasi susu lebih berkualtiti?
“Tak ada satu pun supplement yang mampu pekatkan susu ibu, perlu faham..nampak pekat tak bermakna kandungan lemak dalam susu meningkat”
Jika makan supplement atau makanan tertentu susu nampak pekat ia hanya kesan dari vitamin B [RIBOFLAVIN] yang terkandung dalam makanan atau supplement tersebut.
Nak pekatkan susu ibu kena susukan anak dengan lekapan yang betul dan jarak penyusuan yang kerap.
Jika anak tak bersama, pam lebih kerap. Jangan biarkan breast terbiar dan tak dikeluarkan susu. Lagi kerap susu dikeluarkan lagi Allah pekatkan susu yang terhasil.
Berkenaan kualiti sebenarnya puan, Allah SWT dah cipta susu ibu terbaik untuk anak ikut keperluannya. Yang penting tugas puan jagalah makanan untuk kesihatan badan puan. Makan makanan berkhasiat supaya puan kekal sihat.
Bila si kecil baru ‘dapat kaki, makin aktif meneroka. Tapi kejadian yang menimpa bayi ini benar-benar memilukan boleh dijadikan pengajaran.
Keadaan sekeliling di rumah boleh menimbulkan bahaya kepada si kecil. Tanpa sengaja dan tidak dijangka, pelbagai kecederaan dan kemalangan berlaku.
Perkongsian daripada Puan Hawa ini boleh dijadikan teladan buat ibu ayah. Anak sulung, Nur Medina Arisha melecur 15% pada badan dan muka kerana tertumpah air panas.
Segalanya berlaku dengan pantas tetapi tindakan tangkas si ibu tanpa panik menyelamatkan si kecil daripada cedera lebih teruk.
MAAFKAN IBU
Dalam perkongsiannya di sebuah grup ibu-ibu, Hawa memberitahu anaknya mengalami lecur 15% pada mata dan badan dan akan terus mendapatkan rawatan susulan sehingga pulih. Dia juga mohon doa daripada semua agar Nur Medina terus kuat dan pulih.
IKLAN
“Ini keadaan terbaru ank saya, melecur 15%. ata ada luka ckit kata doktor selaput luar. Tapi kena tunggu lagi beberapa hari untuk follow up mata dan lecur pada badan. Doakan semoga anak saya kuat.”
CAPAI BEKAS AIR ATAS MEJA
Mengimbas kembali kejadian mencemaskan yang berlaku pada jam 10.30 pagi itu, Hawa tidak menjangka tindakan Media mencapai bekas berisi air panas yang diletakkan di atas meja.
“Anak sy capai tupware yang berisi air panas atas meja. Saya baru gerak dari meja bila saya berpaling tengok anak tengah berjengket nak capai bekas air panas tu…
IKLAN
“Saya berlari nak hlang tapi tak sempat air panas terus tersiram pada anak. Tak berlengah saya terus bawa anak ke bilik air masukkannya dia dalam tong berisi air sejuk untuk meredakan panas tu.
Dalam kekalutan dan tangisan Media, ibu ini terus berfikir dengan pantas. Tidak panik, Hawa bertindak cepat meminta bantuan jiran membawa dia dan anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
KESAN MELECUR
Menurut Hawa ketika dihubungi Pa&Ma, Medina mengalami lecur pada bahagian badan, tangan kiri dan kanan. Pada wajahnya pula, kesan melecur jelas kelihatan dari kening ke bawah.
IKLAN
Kejadian tidak diingini itu juga turut mencederakan mata si kecil ini. Menurut ibu ini, doktor memaklumkan terdapat kesan luka sedikit, bagaimana pun ia tidak begitu dalam. Diberikan ubat jenis titis, rawatan susulan terus diterima untuk memastikan permata hatinya itu sembuh seperti sedia kala.
HATI-HATI BILA ANAK DAPAT KAKI
Yang terjadi telah pun terjadi, ibu ini berharap kisahnya ini menjadi pengajaran buat ibu bapa lain khususnya yang mempunyai anak kecil yang baru boleh berjalan. Perlu sentiasa diperhatikan agar terhindar perkara yang tidak diingini. Hawa merayu ibu bapa supaya berhati-hati.
“Pesanan saya untuk ibu bapa lain, saya rayu berhati-hatilah menguruskn anak kecil yang ‘baru dapat kaki’ ni. Lasaknya lain macam… jangan sesaat kita cuai akibatnya menyesal. Jangan terjadi kejadian seperti saya ni.
BAGAIKAN TERSIAT KULIT UMMI……..
“Saya pun berhati-hati selama ni akhirnya saya kecundang beberapa saat terlepas pandang. Sakit yang anak tanggung bagaikan tersiat-siat nya kulit ummi ni,” kata Hawa mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kerap demam, batuk dan selsema terutama ketika cuaca tidak menentu. Hujan dan panas setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan anak-anak. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa buntu apabila anak mula sakit.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsi 10 tip penjagaan anak yang sedang sakit di laman facebook miliknya. Ikuti perkongsian beliau.
10 TIPS PENJAGAAN ANAK BATUK & SELESEMA
Saya beri beberapa tips penjagaan anak yang telah mendapat jangkitan pada salur pernafasan;
1. Perbanyakkan minum air kosong. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.
2. Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.
3. Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C dan madu (setahun ke atas). Bayi bawah enam bulan, tak usah beri selain susu badan/formula.
4. Bawa jumpa doktor jika simptom berterusan lebih 3 hari. Makan ubat yang diberi mengikut ketetapan yang ditentukan oleh doktor/ahli farmasi.
5. Jika doktor saran kuarantin anak, maka tak usah bawa mereka ke tempat awam. Tak usah juga hantar ke sekolah. Khuatir jangkiti orang lain.
6. Jika terpaksa ke tempat awam, maka pakaikan anak topeng penutup mulut untuk kurangkan risiko menjangkiti orang lain.
7. Boleh ambil pelalian(vaksinasi) terhadap influenza. Ia memberi sedikit perlindungan daripada jangkitan virus influenza. Perlindungan bertahan setahun.
8. Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda bersih diri sebaik sahaja pulang ke rumah. Tak usah terus bertandang pada anak-anak.
9. Jika anda seorang perokok, maka ini masa baik untuk mula usaha berhenti merokok. Demi kesihatan anak, isteri dan anda sendiri.
10. Selain ubat, anak yang sakit perlu diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Suami pula jangan lupa manjakan si isteri yang jaga anak tu. Hehe.
Semoga bermanfaat! Saya doakan semua yang sakit akan dikurniakan semula kesembuhan secepat ya!
Ramai ibu bapa yang mula risau apabila melihat pertumbuhan gigi susu anak yang jarang dan tidak rapat.
Namun dari sudut kesihatan pula, ianya petanda yang baik. Tapi kenapa? Ikuti penjelasan daripada Pakar Pergigian ini.
Puan A: Dr., kenapa gigi susu anak saya jarang-jarang? Masa baru keluar dulu elok je susun rapat-rapat.Ni dah jarang-jarang tak cantik la Dr..
Dr B: Baguslah kalau gigi anak puan jarang-jarang pada peringkat umur begini.
Puan A: Eyh, kenapa pula?
Jawapan:
Gigi susu yang semakin jarang adalah satu fenomena yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar, terutamanya antara umur 4 hingga 6 tahun.
Ini disebabkan oleh rahang kanak-kanak tersebut yang semakin membesar dan berkembang selaras dengan proses tumbesaran kanak-kanak tersebut.
Ini akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk gigi kekal keluar kerana saiz gigi kekal adalah lebih besar berbanding dengan saiz gigi susu.
Sekiranya ruang untuk gigi kekal keluar tidak mencukupi, risiko gigi kekal menjadi berlapis agak tinggi.
Gigi yang jarang juga mudah diberus (tidak perlu di’floss’) dan sisa makanan tidak mudah melekat dicelah-celah gigi, berbanding dengan gigi yang susunannya lebih rapat.
Kredit: Dr. Shuhud Zakaria (Pakar Pergigian Pedeatrik)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)