Rezeki yang ada kadang-kadang tak cukup untuk menampung perbelanjaan harian atau bulanan. Dah berhabis jimat, bercatu makan dan melupakan semua keinginan hati namun masih lagi ada yang kurang.
Sebenarnya ada perkara yang perlu anda perbaiki supaya rezeki makin mencurah-curah. Ikuti tip yang dikongsi ini.
7 TIP UNTUK MEMPERBAIKI REZEKI.
1. Bangun awal pagi.
Sebaik-baiknya sebelum pukul 5. Allah sentiasa membentangkan rezeki untuk mereka bersyukur dan berpagi-pagian.
2. Banyakkan istighfar sebelum waktu Subuh.
Dalam Surah Nuh ayat 10-12, Allah jamin rezeki kekayaan dan keturunan bagi mereka yang beristighfar dengan sepenuh hati.
Letak target istighfar minimum 100x sehari ya!
3. Solat di awal waktu.
Set azan di hp masing-masing. Cuba berhenti dan terus solat bila dengar azan. Anda akan rasa ketenangan yang sangat luar biasa!
4. Perbaiki silaturrahim.
Yang menghulurkan tangan tak semestinya kalah.
Menghulurkan tangan cuma bermaksud bersedia meleburkan ego demi mendapat Redha Allah!
5. Zakat dan sedekah secara sistematik.
Buat potongan gaji untuk zakat. Untuk orang bisnes, boleh kira zakat setiap bulan atau setiap hari jika itu lebih memudahkan.
Asingkan minimum 5% daripada pendapatan setiap bulan untuk diinfaqkan.
Elok sediakan tabung Subuh yang lutsinar dan letak di tempat yang mudah nampak supaya tak terlupa bersedekah setiap hari.
6. Tidur awal setiap hari.
Sebaik-baiknya tidur sebelum pukul 10 malam.
Mengikut kajian, kualiti tidur pukul 10-12 malam adalah 3 kali ganda lebih berkualiti berbanding dengan waktu lain.
Tidur awal akan membuatkan kita lebih cergas, cerdas dan lebih dekat dengan Allah bila betul caranya.
7. Belanja anak isteri dengan ikhlas.
Tak semestinya belanja-belanja yang mahal. Cukuplah dengan membeli sedikit makanan setiap kali balik dari kerja. Yang penting ia membahagiakan mereka.
Allah sayang dengan mereka yang penyayang. Apatah lagi dengan keluarga kita sendiri.
Usah malu untuk minta mereka doakan kita. Doa mereka selalunya makbul.
Terus amalkan 7 tip ini dan lihat perubahannya ya!
Saya doakan rezeki anda sentiasa berkat dan mengalir tanpa henti insyaAllah.
Kredit: Tuan Zuhairi Nopiah.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)