“Nak Pergi Rumah Sepupu, Nak Berkawan” Kesian Tengok Fatima Sunyi, Fazura Sedia Hamil Bila-Bila Masa!

Share

Tidak menolak untuk menimang cahaya mata kedua, pelakon, Fazura mengakui sudah bersedia bila-bila masa untuk hamil lagi.

Semuanya demi Fatima yang semakin membesar dan perlukan kawan untuk bermain bersama. Fazura bagaimanapun berkata dia hanya berserah kepada Tuhan.

“Sebenarnya soalan tentang zuriat ini agak peribadi buat saya. Rezeki Allah itu sudah tentu saya tidak akan tolak, saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

“Ada rezeki Insya Allah kami terima. Tambah pula dengan kekangan kesibukan kerja sekarang, saya hanya teruskan kehidupan seperti biasa. Kalau ada rezeki Insya Allah,” luahnya berkongsi.

Tambah ibu cantik manis ini lagi, adakalanya dia kasihan melihat anak sulungnya, Nur Fatima Aisya yang dilihat bermain seorang diri tanpa teman di rumah.

“Saya lihat Fatima pun kasihan dia seorang diri sekarang. Dia kalau dekat rumah selalu cakap nak pergi rumah sepupu sebab nak berkawan.

“Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa untuk menimang anak kedua.

“Doakan kami tapi kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tidak boleh beri komen. Insya-Allah kalau ada rezeki, kami tak tolak,” kongsi Fazura lagi.

Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia hampir tiga tahun.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM