Mula-mula menangis tak nak berpisah dengan ibu, lepas sekolah jumpa kawan-kawan terus seronok nak ke sekolah. Itulah anak-anak kecil kita yang baru melangkah ke alam persekolahan.
Gelagat anak kedua pelakon Mia Ahmad, mencuri perhatian ramai. Mana tidaknya, walau hari cuti persekolahan iaitu Sabtu Ahad, si comel Airis menangis kerana tetap mahu ke sekolah.
Menerusi Instagramnya, Mia memuat naik video gelagat anaknya yang menangis ketika di dalam kereta.
“Nangis teruk sebab nak school tapi harini cuti.
“Daddy dia pujuk suruh call Metin, kakak Medina dengan kakak Fatima tanya diorang school tak harini?,” katanya berkongsi.
Pening dibuatnya hendak memujuk bila mana anak tetap mahu ke sekolah malah bersiap cantik dan menaiki kereta untuk ke sekolah.
Kongsi Mia, mujur suaminya jadi penyelamat bila mana berhasil memujuk anak perempuannya itu yang menangis tanpa henti.
Mia yang kini menanti detik bersalin ini juga merasa lega bila mana anaknya serasi dengan sekolahnya malah tidak punya masalah untuk bangun awal ke sekolah. Dan ia pastinya satu kelegaan juga buat ibu bapa lain di luar sana.
Malah kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, ia tanda anak kita begitu suka hendak ke sekolah dan serasi bersama kawan-kawan baru.
“Menunjukkan your child suka dengan school environment. Nak bangun pun tak susah bila cakap nak pergi school.
“Alhamdulillah. Bukan senang nak cari sekolah yang serasi dengan anak-anak. Kalau anak suka pergi school dan happy, parents pun lapang dada. Thank you to the teachers yang melayan anak-anak kita dengan baik,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Sayf Issa dan Iris. Mia kini sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiganya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI