Sudah beberapa hari umat Islam berpuasa. Bagi ibu hamil dan menyusukan, pasti ia bukanlah sesuatu yang mudah. Memerlukan ekstra kalori, bila berpuasa mungkin ibu akan merasa kurang bertenaga dan sedikit lemah.
Sekiranya mampu, teruskan berpuasa tetapi pastikan kualiti sahur terjaga. Pemakanan sihat ketika makan awal pagi itu dapat membantu ibu untuk kekal bertenaga sepanjang tempoh berpuasa.
Bercerita tentang isu puasa untuk ibu hamil atau menyusukan anak, ikuti Dr. Afida Sohana Awang Soh, Obstetrics & Gynaecology Senior Registrar, yang kini berkhidmat di Klinik Pakar Wanita Metro Bukit Tinggi, Hospital Wanita Metro Klang.
BERPUASA SEMASA HAMIL
Alhamdulillah… Bertemu lagi kita, dengan Ramadhan yang Barakah. Setiap tahun, saya cuba kongsi berkenaan puasa dan kehamilan, insyaAllah. Mana tidaknya, masuk sahaja Ramadhan, soalan ‘favourite’ yang saya terima di klinik sepanjang minggu sebelum dan pertama Ramadhan adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan puasa semasa hamil/menyusu, atau tidak? Selamat ke?
Jadi, jom kita buat ‘revision’ bersama-sama.
Pertama kita lihat dari segi agama…
Sabda Nabi Muhammad SAW, إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.” (Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.)
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, dalam tulisan beliau dihttp://www.muftiwp.gov.my/…/irsyad-fatwa-umum/1969-31 ; beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka, kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu: 1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja. 2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehlah dia berbuka dan membayar fidyah.
Ads
Ha! Mudah dan terang bukti di atas. Dibolehkan bagi ibu yang hamil dan menyusu untuk berbuka. Cuma cara mengganti ditetapkan oleh sebab utama ibu tersebut berbuka, Saya selalu berpegang kepada ‘Islam itu mudah, (tapi jangan dipermudah-mudahkan)!’ Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan.
Dari segi perubatan, terdapat perubahan pada fisioloji ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya. Jom kita ulangkaji Biologi sekejap!
Dari segi fisiologi perubahan dalam badan seorang ibu yang hamil, termasuk:
* Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil. Jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa, * dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi
* Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat) KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL! MasyaALLAH!
* Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada 2/3 awal hamil, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah! * Darah ibu membekalkan gula kepada bayi. * Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih * Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil. * Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin. * Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE) * Risiko ini meningkat jika ibu kurang air, atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia * VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut! * Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit * Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.
Takut pula bila baca perubahan fisioloji dan implikasinya ini kan? Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa. Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa. Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri!
Ads
Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali, seperti : 1. Ibu yang mepunyai risiko VTE yang sederhana atau tinggi 2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama) 3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin 4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung) 5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran (IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios) 6. Ibu yang masih didalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)
Berpuasa semasa menyusu Bayi: *Tiada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu. * Tapi kadangkala Ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.
Yang penting, * Berbincang dengan doktor! * Minum air secukupnya. * banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama * Jangan paksa diri!
Moga penulisan ini membawa manfaat. Selamat Berpuasa buat semua!
Semoga perkongsian dari Dr. Afida Sohana ini dapat membantu para ibu yang mungkin mengalami kekeliruan sama ada untuk bertahan atau berbuka puasa sekiranya tidak mampu. Dapatkan nasihat dari doktor dan ikutlah kemampuan diri. Sekiranya boleh, teruskan berpuasa tapi kalau tak mampu, jangn paksa diri.
Pelakon Nad Zainal akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dan bakal bersalin pada pertengahan Oktober depan.
Berdebar menantikan kelahiran bayi ketiganya itu, akui Nad, dia terbuka untuk berkongsikan perkhabaran gembira itu apatah lagi baby bump tidak boleh disorok lagi.
“Insya Allah bersalin pada Oktober nanti. Alhamdulillah fasa hamil kali ini tenang-tenang saja, cuma sekarang musim panas. Demam dan batuk itu biasalah, tapi tak mengapa.
“Suami pun seloroh, dah tak boleh nak sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma nak buat pengumuman tidaklah,” katanya.
Tambah Nad lagi, berat badannya juga semakin bertambah. Tambah pula kata Nad dia paling gemar makan nasi kandar sepanjang hamil kali ini.
Pun begitu kata Nad lagi, doktor turut menasihatinya supaya mengawal pemakanan.
“Saya boleh nikmati hiadangan Nasi Kandar pada waktu tengahari atau malam. Cumanya saya kena kawal diet selepas dinasihati doktor susulan badan cepat sangat naik,” katanya lagi berkongsi.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini pasangan ini menantikan cahaya mata pertama mereka.
Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Nad dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Ramai yang anggap makan vitamin boleh buat ibu hamil gemuk dan bayi dalam kandungan besar. Itu salah! Sepatutnya jangan culas untuk mengambilnya kerana ini untuk elakkan masalah perkembangan janin.
Vitamin prenatal ni penting sebab ibu mengandung memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa untuk pastikan keperluan ibu dan janin dipenuhi.
Antara supleman yang sesuai untuk ibu-ibu hamil ialah :
✔ASID FOLIC > mengelakkan risiko spina bifia dan kecacatan tiub neutral
✔OBIMIN > multivitamin yang sesuai untuk wanita mangandung adalah yang tidak mengandungi Vitamin A atau retinol.
✔VITAMIN PRANATAL > amalan diet seimbang sememangnya amat mustahak dan wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau prenatal vitamin ini juga penting untuk menampung nutrien penting yang diperlukan oleh si manja. Vitamin pranatal seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya dibekalkan kepada bakal ibu oleh doktor mengikut keperluan kehamilan masing masing.
JANGAN RISAU IA TIDAK MENYEBABKAN KEGEMUKAN DAN BAYI BESAR
Wanita hamil akan berubah fizikal dan hormon dan kadang kadang tu boleh mnyebabkan perubahan dan ketahanan fizikal dan juga emosi. Pengambilan vitamin pranatal ni hanyalah sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung. Jadi, ibu-ibu tak perlu risau dan jangan culas ya.
TAPI
Tak semua vitamin boleh diambil oleh ibu mengandung tau. Jom baca vitamin apa yang ibu mengandung kena elak.
Antaranya :
vitamin A atau retinol > kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan juga keracunan hati.
Gamma Linolecic Acid atau GLA > dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya
kepada kandungan.
Waktu bila nak ambil vitamin?
Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan untuk diambil selepas makan pada waktu pagi.
Cara ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya dari fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari.
Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan
kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.
Jangan bertindak sendiri, dapatkan nasihat dari pakar farmasi atau doktor sebelum mengambil supplemen atau vitamin dan dapatkan maklumat berkaitan secukupnya.
Rancang kehamilan antara alternatif mengurangkan risiko ibu lahirkan bayi tidak cukup bulan. Persoalannya hal kehamilan ini ialah pilihan sendiri, dan kadang kala ada yang mempertikaikan ini bukanlah di bawah kawalan kita!
Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.
Menurut babycenter dari segi kesihatan, adalah lebih baik bagi seorang wanita itu sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin sebelum hamil semula.
Ulasan daripada beberapa kajian mengenai hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat risiko yang lebih tinggi anak yang dilahirkan tidak cukup bulan, berat kelahiran rendah, dan saiz bayi yang kecil berbanding usia bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan daripada kelahiran sebelumnya, berbanding bayi yang disenyawakan dalam tempoh 18 hingga 23 bulan daripada kelahiran sebelumnya.
Risiko ini masih kelihatan bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh tujuh hingga 17 bulan daripada kelahiran sebelumnya, tetapi pada tahap yang lebih rendah berbanding yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan.
Jika anda mensasarkan jarak di antara 18 hingga 23 bulan di antara dua kehamilan, anda mempunyai masa untuk mengembalikan tenaga dan sumber-sumber badan anda yang telah digunakan.
Jarak yang lebih dekat di antara dua bayi membolehkan saat-saat yang paling sukar berlalu lebih cepat, tetapi ini juga bermakna lebih banyak wang perlu dibelanjakan dalam tempoh masa yang dekat dan masalah ini mungkin berlanjutan apabila kepentingan setiap anak bertindan.
Jarak yang lebih jauh memberi peluang kepada anda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada setiap anak untuk beberapa tahun yang pertama. Ini juga bermakna anda dapat mengagihkan perbelanjaan membesarkan anak dalam tempoh masa yang lebih lama.
Walau bagaimanapun, perhubungan adik-beradik yang mempunyai jarak umur yang terlalu besar mungkin tidak begitu rapat. Kadang-kadang timbul rasa iri hati atau dengki dari abang ataua kakak yang merasakan kedudukannya telah diambil oleh si adik. Secara amnya, lebih baik jika anda tunggu sekurang-kurangnya enam bulan hingga satu tahun sebelum cuba untuk hamil semula untuk memberi permulaan yang sihat kepada bayi yang seterusnya.
Selain itu, tiada masalah besar yang dapat dilihat mengenai jarak yang dekat di antara kedua-dua bayi, walaupun dari segi emosi dan kewangan anda mungkin lebih tertekan untuk tempoh masa yang singkat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.