Ibu bapa mana nak lihat anak yang dilahirkan sakit. Namun takdir Allah, semua itu kena hadapinya dengan reda walaupun hakikatnya agak perit untuk dilalui.
Siapa sangka anak yang dilahirkan normal dan sihat masa lahirnya kini disahkan mengalami penyakit Biliary Atresia (Penyakit Hati Kronik / Kegagalan Fungsi Hati) selepas jaundis yang dialami tidak turun ke tahap bacaan sepatutnya.
Bagi ibu muda ini, Fatin Nabilah Ab Aziz, 26, walaupun di awalnya rasa tak kuat nak lalui tetapi demi Mohamad Faqish Aryan bin Mohamad Yuslin Affiq dia kena lebih kuat. Berikut antara perkongsiannya.
Tak sangka jaundis tinggi petanda ada masalah
Aryan adalah anak kedua dan anak lelaki yang dinantikan selepas ada anak perempuan sulung. Lahir pada 30/10/2019 di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu, Kelantan.
Pada awalnya tiada apa masalah. Hanya jaundis (kuning). Baby ditahan dalam wad. 3kali keluar masuk wad tapi kuning masih ada. Masa baby umur 40hari masuk wad sekali lagi tapi sebab demam dan jaundis.
Masa dalam wad doktor ckp mungkin baby aryan mengidap penyakit Biliary Atresia (Penyakit Hati Kronik / Kegagalan fungsi hati) berdasarkan kuning yg masih tinggi dan najis warna kuning pucat.
Buat ultrasound tapi doktor xdpt pastikan jgk. Masa umur 50hari kami ke Institut Kanser Negara setelah dirujuk dari HRPZ utk membuat satu scan HIDA, utk lihat lebih dlm keadaan hati baby.
Ads
Tapi keputusan masih sama tidak pasti. Kami balik ke HRPZ dan doktor ckp terpaksa operate jgk utk lihat sama ada betul atau tak mengidap biliary atresia. 52hari baby masuk wad dan telah membuat pembedahan pasa umur 55hari yg dinama kan Pembedahan Kasai iaitu membuat saluran hati.
Disahkan tiada saluran hempedu
Baby aryan disahkan tiada saluran hempedu. Alhamdulillah tiada komplikasi semasa pembedahan dan jaundice mula turun, najis warna kuning terang. Alhamdulillah baby sihat sehingga masuk umur 6bulan.
Baby demam buat kali pertama selepas pembedahan Kasai tu. Dan masuk wad di HRPZ. Doktor ckp kemungkinan pembedahan Kasai tu tak berjaya. Dan telah dirujuk ke PPUM pada umur 8bulan utk persediaan awal Liver Transplant. Dari situlah kami mula berulang alik dari kelantan ke ppum.
Kali pertama masuk wad di ppum baby aryan telah buat semua prosedur utk liver transplant dan sy juga sebagai penderma utk baby. Baby aryan mula minum susu khas melalui tiub disebabkan berat badan baby aryan tidak bertambah. 2minggu kami di ppum utk persediaan awal liver transplant.
Ads
Keadaan Aryan merosot, perlukan pembedahan segera
Pada 4/8/2020. Doktor minta baby aryan masuk wad utk persediaan terus dan nak naikkan berat badan baby dgn cepat. Doktor bgtahu keadaan baby aryan merosot, kuning meningkat dgn cepat dan fungsi hati baby aryan makin menurun dan perlu mmbuat liver transplant dgn segera. Kami dah sebulan di ppum dan kemungkinan akan terus di sini utk persediaan liver transplant yg dijadualkan pada awal Oktober. Tapi berat badan baby aryan masih tidak stabil utk liver transplant.
Sekarang beratnya baru 6.3 kilogram dan untuk membuat pembedahan ini sekurang-kurangnya perlukan berat antara 8-10 kilogram.
Doktor mungkin akan menunda tarikh liver transplant atas sebab berat badan baby aryan masih kurang. Utk liver transplant, baby aryan perlu mempunyai berat yg stabil. Dan sy sebagai penderma perlu kurangkan berat badan dan exercise.
Ads
Sekarang baby aryan dlm proses naikkan berat badan. Harap baby aryan bertahan sehingga liver transplant nnti.
Kos pembedahan belum cukup
Menurut Fatin, kos pembedahan untuk Aryan masih belum cukup kerana untuk keseluruhan pembedahan sebanyak RM120,000 belum termasuk lagi kos rawatan susulan selepas pembedahan nanti.
“Agak buntu juga namun alhamdulillah atas sumbangan orang ramai dah berjaya kumpul RM80,000.
“Disebabkan kami suami isteri berasal dari Kelantan dan terpaksa duduk sementara di PPUM, kos perbelanjaan yang lain juga diperlukan. Suami pula dah tak bekerja sejak PKP dan ini menyebabkan sedikit kekangan.
“Kami susah tak apa, yang penting rawatan Aryan dapat berjalan lancar dan dia kembali sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain. Tiada apa yang saya inginkan cuma nak melihat baby Aryan sihat dan dapat bermain dengan kakaknya,” katanya.
Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan untuk kos rawatan pembedahan adik Aryan boleh salurkan terus ke akaun CIMB 7611143446 (Fatin Nabilah Ab Aziz) atau boleh hubungi 016-7840085
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi telah selamat melahirkan bayi keempatnya secara pembedahan pagi semalam. Menerusi instagramnya, Oki memaklumkan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya.
Sungguh pun begitu, kesihatan bayi keempat yang diberikan nama indah, Sulaiman Ali Abdullah itu tidak memberangsangkan kerana mengalami sedikit masalah pernafasan. Bayi Sulaiman kini masih dirawat di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal).
“Alhamdulillah telah lahir putra ke-4 kami, Sulaiman Ali Abdullah pagi tadi (semalam), Isnin, 16 November 2020 pukul 5.46am.
“Berbanding kakak-kakaknya yang cenderung besar, Sulaiman tergolong agak kecil iaitu lahir dengan berat 2.9 kilogram (kg).
“Alhamdulillah proses persalinan berjalan sangat baik, saya sangat sihat, semua berjalan lancar,” katanya berkongsi.
Biar pun masih belum berkesempatan bertemu dengan bayinya disebabkan masalah itu, namun Oki tetap cekal. Sehingga ke hari ini yang sudah memasuki hari ketiga, bayi Sulaiman masih berada di NICU bagi meneruskan rawatan sehingga pulih.
Kata Oki, dia sebolehnya tidak mahu menangis mengenangkan anaknya. Namun sokongan suami yang tanpa henti meredakannya, keluarga serta teman-teman membuatkan dia semakin kuat sambil mendoakan agar bayi keempatnya itu segera dibenarkan keluar hospital.
“Qadarullah, Sulaiman memiliki masalah masalah adaptasi pernapasan atau secara perubatan disebut dengan Transient Tachypneu of the Newborn (TTN).
“Sampai saat ini saya belum bertemu Sulaiman, kerana Sulaiman dirawat di NICU dengan menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi satu entri terkini, Oki memaklumkan perkembangannya dan bayi Sulaiman yang masih lagi berada di NICU.
“Saya dan Sulaiman masih di sini. TTN nya sudah membaik, namun ternyata harus ada pemeriksaan lanjutan. Kemarin dokter anak mendatangi saya dan menyampaikan bahwa Sulaiman harus diobservasi oleh 6 dokter. Sampai hari ini.. selalu berdebar dada ini saat ada dokter yang mengumumkan hasil pemeriksaannya.
“Walaupun tak ingin menangis, nyatanya saya masih terus menangis sementara suami menenangkan dan berkata, “ Kemarin Allah sudah memberikan begitu banyak kebahagiaan, kita jalani skenario Allah ini,” katanya lagi.
Oki juga turut memohon para pengikutnya agar mendoakan kesejahteraan bayi keempatnya itu. Semoga bayi Sulaiman semakin menampakkan perkembangan yang positif. Doakan yang baik-baik sahaja buat Oki dan bayinya.
Terdahulu, Oki Setiana Dewi berkahwin dengan suaminya, Ory Vitrio Abdullah pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan empat orang cahaya mata, dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 5, dan Khadeejah Fatimah, 4 serta dua orang anak lelaki, Ibrahim Muhammad Abdullah, 3 tahun dan Sulaiman Ali Abdullah.
Kita mula bising bila anak buat sepah ketika mengasah pensel. Jangan bising dan marah-marah kerana aktiviti sekecil ini amat baik untuk anak kita.
Menurut kata Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Aisyah Rozalli, aktiviti mengasah pensel terutama menggunakan pengasah manual melatih kekuatan tangan anak dan beberapa perkara lain. Ini mak ayah perlu tahu.
Pakai pengasah pensel elektronik yang bunyi “treeeeettttt” tu ke kat rumah? Hehehe….
Sekali sekala, latih juga anak guna pengasah pensel manual tau. Kenapa?
Sebab sangat bagus untuk kekuatan otot tangan anak-anak. Bagus juga untuk latih eye-hand coordination dan bilateral integration anak.
Ni saya ada share infografik berkaitan kebaikan mengasah pensel secara manual. Apa?
Anak kata dia lenguh kalau asah pensel manual? Itulah tandanya otot tangan anak tak cukup kuat tau.
Kelebihan aktiviti mengasah pensel
1. Latihan fokus mata-tangan Semasa anak mengasah pensel, anak akan belajar menggunakan koordinasi mata-tangan secara efisyen.
2. Latihan koordinasi bilateral Koordinasi bilateral merujuk kepada tangan kanak dan kiri bergerak serentak. Kemahiran ini penting untuk anak boleh cekap menulis kelak.
3. Latihan kecekapan otot tangan Semasa anak pusingkan pensel untuk mengasah, anak akan gunakan kekuatan otot tangan dan kawalan koordinasi otot menulis.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Datin Fouziah Gous mendedahkan dia terpaksa menceraikan susu anak keduanya, Zaheen Yusof, 2, selepas payudaranya mula bernanah.
Menurut Fouziah apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum dia dan suami, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof berangkat ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan umrah pada awal tahun ini.
“Saya menyusu penuh anak kedua saya sejak dia lahir namun saya terpaksa memberhentikannya selepas payudara saya didapati bernanah.
“Mungkin ia berlaku kerana anak saya menyusu dengan banyak dan agak kasar, biasalah anak lelaki.
“Tapi apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum kami sekeluarga mengerjakan umrah.
“Jadi ibadah saya di sana juga menjadi lebih mudah dan saya mula memberikan anak saya susu formula. Alhamdulilah ia dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.
Pengasas FG Walet itu ditemui selepas sambutan hari jadinya yang diadakan di Artelia, Bangsar Shopping Centre, beberapa hari lalu.
`
Fouziah berkahwin dengan Datuk Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 4, dan Zaheen Yusof,2.
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.