Proses kehamilan menjadi detik terindah bagi semua ibu. Biarpun penuh onak dan duri selama sembilan bulan, pelbagai ragam namun itulah detik paling membahagiakan wanita.
Pempengaruh media sosial, Syamimi yang cukup disenangi dengan aura positifnya di Tik Tok tidak terkecuali melalui detik indah ketika mengandungkan anaknya, Malik empat tahun yang lalu.
Berkongsi kisah kehamilannya dalam satu sesi bersama Pa&Ma, jelas ibu yang sentiasa dengan aura positif ini ia adalah perjalanan yang paling membahagiakan.
Walaupun diketika itu hidupnya tidak senang seperti orang lain, namun dia melalui detik kehamilannya dengan baik.
Kongsi Syamimi lagi, ketika mengandungkan Malik, dia ketika itu tidak bekerja malah suami juga menjadi pemandu e-hailing yang membuatkan segala keinginan agak terbatas.
Malah akui Syamimi lagi, disebabkan kekangan kewangan waktu itu, dia memadamkan hasratnya untuk melakukan imbasan bayi sekaligus tidak pernah mengetahui jantina bayi di dalam kandungannya.
“Sebenarnya saya tak tahu apa jantina anak saya sebab masa tu pendapatan kami hanya bergantung kepada suami sebab saya tak bekerja. Suami pula bawa Food Panda.
Ads
“Jadi nak scan 6D atau 4D tu memang kami tak mampu.
“Pergi ke Klinik Kesihatan mengharapkan saya boleh nampak jantina anak saya waktu itu tapi tak boleh nampak.
“Masa dalam operation theatre tu doktor tanya nak tengok anak ke, jadi waktu itulah baru saya tengok anak saya,” kongsi Mimi bercerita.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dek kerana tidak tahu jantina anak, dia dan suami membeli peralatan bayi berwarna putih sahaja.
Ads
“Waktu itu saya beli warna selamat, putih atau krim sahaja,” katanya lagi.
Malik bagi kekuatan masa hamil
Ketika ditanya momen sewaktu hamil, Syamimi berkongsi kisahnya ketika mahu mengambil gambar bayi yang sedang bergerak dalam perut.
“Bila saya nak ambil gambar perut tengah bergerak dia terus akan diam. Jadi setiap kali nak ambil gambar mesti tak jadi.
Ads
“Tapi bila saya duduk santai, relaks atau tengah mengaji ke barulah dia bergerak.
“Tapi yang paling ketara sekali kalau saya sedih, saya boleh rasa dalam perut seolah-olah Malik cakap pada saya, “Mama jangan sedih. Mama you have to be strong”.
“Jadi saya rasa waktu itu kekuatan Malik datang dari saya dan dalam masa yang sama, saya pun bagi kekuatan itu pada dia juga dalam perut. Itulah momen yang paling saya tak boleh lupakan,” ceritanya lagi.
Syamimi yang diundang bersama sesi video Pa&Ma turut sama ditemani suami dan anak kesayangannya, Malik.
Soal penyebab air ketuban pecah tidak boleh dipandang ringan. Jika berlaku tanda tanda mekonium, ia perlu diuruskan dengan segera. Kalau terlambat, bayi anda boleh mengalami masalah sukar bernafas. Jika air ketuban pecah ini bermakna anda hampir bergelar seorang ibu.
Apa yang perlu dilakukan jika air ketuban pecah? Ikuti perkongsian daripada doktor perbidanan dan sakit puan ini.
Air ketuban boleh pecah bebila masa. Baby dalam rahim dikelilingi oleh air ketuban dalam sejenis kantung. Air ini berfungsi menyerap hentakan and keep your baby protected dan dalam masa yang sama membolehkan baby bergerak bebas – berenang ke sana ke mari.
Bila ada lubang pada kantung ni – air ketuban boleh bocor. Kalau ada lubang kecil somewhere sepanjang kantung tu, air akan turun sedikit demi sedikit. This fluid will trickle down – mak mak akan rasa macam ehhh napa basah je seluar dalam ni? Eh, aku terkencing ke? Remember, this fluid adalah jernih dan takda bau, so boleh bezakan dengan air kencing.
Bila lubang terjadi kat bahagian depan baby( kepala ) – air ketuban boleh turun laju seolah-olah macam hujan lebat. The typical description is gush of warm fluid till wet your sarong atau seluar atau kain. Keadaan ni a bit dramatic dan biasa nampak kat TV/drama. Small pocket of water yang terkumpul di kepala baby, so bila bocor, pressure dari kepala baby and sometimes pressure from uterine contraction boleh menolak more air ketuban keluar dan banjir laaa lantai dengan air ketuban.
Kekadang ada bunyi ‘pop’ followed by trickle of water, then tetiba air mengalir deras sehingga wet your panties/underwear.
So pesanan saya, bila pecah air ketuban;
1) Tengok pukul berapa leaking – inform this time to your Dr
2) Evaluate the colour – normal air ketuban colour jernih dan kekadang campur darah sikit memberikan colour pink ( this is true once a woman in labour ). Also note if colour air ketuban colour hijau atau brown – this one indicate baby dah berak kat dalam
3) Pakai pad – monitor your leaking and colour. Kat pad juga boleh tengok colour air tu
4) See your Dr. Jangan tanya saya kat fb/instagram nak buatpa 😂
*some babies prefer nak keluar sejurus sahaja air ketuban pecah. Some not. So bila dah lebih 24 jam baby tak keluar lagi in a term pregnancy- Dr akan advice untuk induce untuk reduce risk of infection
*sometimes Dr pecahkan air ketuban ( Artificially rupture of membrane ) as part of induction process ataupun untuk percepatkn proses bersalin
So macam mana your experience dengan pecah air ketuban?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, tidak berapa lama lagi, pelakon Nad Zainal bakal melahirkan anak keduanya selepas mengumumkan kehamilannya pada penghujung tahun lalu.
Kini Nad sedang menanti detik kelahiran keduanya itu. Biarpun sudah mengetahui jantina bayi yang dikandungnya namun bintang drama bersiri, Takdir Yang Tertulis itu lebih selesa berahsia mengenai jantinanya buat masa ini kepada umum.
Namun cerita Nad di Instagram mengenai anak sulungnya, Fahad Ibrahim atau Yem yang ada waktunya ‘terbocor’ rahsia buat Nad panik namun terhibur dengan gelagat anaknya itu.
“Me: tiap kali orang tanya anak apa kali ini…i refused to jawab…ahahaha suprise!
“Tapi..Yem Boy tak boleh simpan rahsia. Semalam dia main sebut kuat-kuat di public,” kongsi Nad.
Namun menariknya bukan hanya mendedahkan jantina bahkan Yem turut mendedahkan nama yang bakal diberikan kepada adiknya kelak. Cute!
” Siap nama penuh! Nasib dia tak pandai pakai hp, kalau tak reporter call dia je,” selorohnya lagi.
Rupanya Nad dan suami sudah pun mempersiapkan nama untuk bayi kedua mereka dan hanya menanti dilahirkan sedikit masa lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut sama mendoakan agar urusan kelahiran Nad dipermudahkan kelak.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Falliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Fahad Ibrahim, yang kini berusia 4 tahun. Kini, Nad sedang menanti detik kelahiran bayi keduanya sedikit masa lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @nad.zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda terutamanya untuk ibu-ibu yang sedang hamil? Anda sebenarnya memerlukan kalori tambahan lebih daripada keperluan harian anda sebelum anda hamil. Ini boleh didapati daripada diet atau makanan untuk ibu mengandung, lebih-lebih lagi jika anda sedang berada dalam trimester kedua dan ketiga. Semasa anda hamil, anda sebenarnya memerlukan nutrien tambahan, vitamin dan juga mineral. Semasa anda berada dalam trimester kedua dan ketiga pula, anda mungkin memerlukan sekitar 350 hingga 500 kalori tambahan setiap hari.
Anda perlu beringat bahawa diet yang kurang nutrien akan memberikan kesan atau impak yang negatif terhadap perkembangan janin atau bayi anda. Selain itu, tabiat pemakanan yang buruk dan penambahan berat badan yang berlebihan turut meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes gestasi dan komplikasi semasa hamil atau melahirkan anak. Oleh itu, pemilihan jenis makanan yang sihat dan berkhasiat akan memberikan kesan positif terhadap kedua-dua ibu hamil dan juga bayi di dalam kandungan. Apakah makanan untuk ibu mengandung yang perlu anda amalkan dalam pemakanan harian? Ikuti selanjutnya melalui artikel ini.
#1. Produk tenusu
Semasa kehamilan, ibu hamil perlu mengambil jumlah protein tambahan dan juga kalsium untuk memenuhi keperluan janin yang sedang berkembang. Produk tenusu adalah sumber pemakanan kalsium yang terbaik kerana ia juga memberikan sejumlah kandungan fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan juga zink. Makanan untuk ibu mengandung ini juga boleh diambil dalam bentuk makanan berasaskan tenusu seperti yogurt yang diketahui kaya dengan kandungan probiotik.
#2. Legum atau kekacang
Jenis makanan ini termasuklah lentil, kacang pis, kekacang, kacang soya dan juga kacang tanah. Untuk pengetahuan pembaca semua, legum atau kekacang adalah sumber berasaskan tumbuhan yang baik untuk anda mendapatkan serat, protein, zat besi, folat dan juga kalsium. Kesemua nutrien ini amat diperlukan ketika anda sedang hamil. Sebagai contoh, folat amat diperlukan untuk kesihatan ibu dan juga janin, terutama sekali semasa trimester pertama.
#3. Ubi keledek
Ubi keledek adalah sejenis makanan yang kaya dengan kandungan beta karotena. Beta karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam tubuh badan anda. Vitamin A amat diperlukan untuk tumbesaran janin yang sihat. Wanita hamil disarankan untuk meningkatkan pengambilan vitamin A sebanyak 10 hingga 40 peratus dalam pemakanan harian mereka. Ubi keledek adalah sumber terbaik bagi beta karotena kerana sebanyak 100 – 150 gram ubi keledek yang telah dimasak mampu memenuhi keperluan harian anda.
#4. Ikan salmon
Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar mengenai ikan yang satu ini. Ikan ‘berkelas tinggi’ ini diketahui agak mahal kerana kebanyakan sumber ikan salmon di negara ini adalah diimport selain disebabkan oleh kualitinya yang amat baik. Ikan salmon sangat kaya dengan kandungan asid lemak omega-3, iaitu sejenis sebatian yang membantu meningkatkan fungsi otak dan juga kesihatan mata bayi anda. Walaupun asid lemak omega 3 ini diketahui banyak diperoleh daripada sumber makanan-makanan laut, wanita yang sedang hamil disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan laut sebanyak 2 kali dalam seminggu. Ini bertujuan untuk mengelakkan pencemaran merkuri dan juga bahan pencemar lain yang terdapat dalam ikan berlemak seperti ikan salmon ini.
#5. Telur
Telur mengandungi setiap nutrien yang anda perlukan. Sebiji telur bersaiz besar mengandungi sebanyak 77 kalori, selain lemak dan protein yang berkualiti tinggi. Selain itu, telur juga mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral. Telur juga adalah sumber terbaik bagi kolin, yang mana ia sangat penting dalam kebanyakan pemprosesan tubuh badan anda termasuklah pembangunan dan kesihatan otak. Pengambilan kolin yang rendah semasa anda sedang hamil akan meningkatkan risiko kecacatan tiub saraf dan berkemungkinan menyebabkan penurunan fungsi otak janin anda.
#6. Brokoli dan sayuran berdaun
Brokoli dan juga sayuran berdaun seperti kale dan bayam mengandungi banyak kandungan vitamin yang amat diperlukan oleh seorang wanita hamil. Makanan untuk ibu mengandung ini mengandungi serat, vitamin C, vitamin K, vitamin A, kalsium, zat besi, folat dan juga kalium. Selain itu, sayur-sayuran jenis ini juga kaya dengan kandungan antioksidan dan juga sebatian tumbuhan yang memberi manfaat terhadap sistem imun dan juga pencernaan. Disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi, sayuran ini juga sangat membantu dalam mengelakkan sembelit.
#7. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak seperti daging ayam, lembu dan kambing adalah sumber terbaik bagi protein berkualiti tinggi. Tambahan lagi, daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan juga vitamin B. Zat besi adalah mineral yang sangat penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai sebahagian daripada hemoglobin. Ia amat penting untuk penghantaran oksigen kepada semua sel dalam tubuh badan anda. Wanita yang sedang hamil amat memerlukan lebih banyak zat besi memandangkan jumlah darah mereka sedang bertambah. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil tersebut sedang berada dalam trimester ketiga.
#8. Buah beri
Walaupun buah beri boleh dikategorikan sebagai jenis buah yang mahal harganya, namun sesuailah dengan manfaat yang dimilikinya. Buah beri mengandungi kandungan air, karbohidrat sihat, vitamin C, serat dan juga antioksidan. Ia sebenarnya mengandungi kandungan vitamin C yang amat tinggi yang membantu tubuh badan anda untuk menyerap zat besi. Selain itu, vitamin C yang terdapat dalam buah beri juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit selain untuk fungsi imun tubuh. Tambahan pula, buah beri mengandungi nilai indeks glisemik yang rendah, yang tidak menyebabkan peningkatan mendadak gula darah tubuh anda. Selain kaya dengan nutrisi dan juga rasa yang enak, ia juga amat rendah kalori.
#9. Bijirin penuh
Berbanding daripada bijirin yang telah diproses, bijirin penuh kaya dengan kandungan serat, vitamin dan juga sebatian tumbuhan. Sebagai contoh, bijirin oat dan juga quinoa mengandungi kandungan protein yang amat penting semasa fasa kehamilan. Bijirin penuh juga kaya dengan vitamin B, serat dan juga magnesium yang sememangnya sangat diperlukan oleh wanita yang sedang hamil
Kebanyakan daripada makanan untuk ibu mengandung yang disenaraikan seperti di atas adalah murah dan amat mudah untuk didapati. Walau bagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan jumlah yang terlalu banyak atau melampau-lampau. Dapatkan nasihat doktor berkenaan jumlah harian yang perlu anda ambil bagi setiap jenis makanan yang dicadangkan diatas. Selamat mencuba yea!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.