Nak Seronok Bawa Anak Mandi Kolam, Tak Sangka Boleh Buat Sakit

Share

Musim cuti persekolahan sudah bermula. Selain bawa anak bercuti di hotel, biasanya ibu ayah cenderung untuk membawa mereka bergembira di taman tema air. Kalau di hotel pun, biasanya anak-anak akan dibawa berenang di kolam.

Sekiranya anak-anak diserang selesema atau demam selepas mandi di dalam kolam air, situasi ini dikenali sebagai Recreational Water Illness (RWI). Di laman Facebook Public Health Malaysia, mereka telah menjelaskan tentang hal ini.

Artikel Menarik: [Ubat Demam Tak Habis Simpan Dalam Peti, Cepatkan Pembiakan Bakteria. Tak Elok Bagi Anak]

Jika anda perasan, anak anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi.

Situasi ini di kenali sebagai, Recreational water illness (RWI) iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam renang,kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.

Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, anak anak akan mengalami gejala muntah dan cirit birit. Kuman yang masuk ke mata dan telinga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian bahagian tersebut. Mata akan menjadi pedih dan kemerahan.

Selain itu, sekiranya kulit ada luka dn kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.

Jangkitan pernafasan seperti batuk, sakit tekak dan selsema juga boleh berlaku apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan.

Artikel Menarik: [Jangan Bagi Anak Makan Kicap, Nanti Parut Hitam. Eh, Betul Ke?]

Bukankah Klorin Boleh Membunuh Kuman-Kuman?
Ya, bahan kimia yang di masukkan ke dalam kolam renang seperti Klorin sepatutnya dapat membunuh segala macam kuman di dalam kolam renang.
Namun begitu, sekiranya kolam renang di cemari dengan najis, air kencing dan kekotoran, bahan kimia ini tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna.

Bau bahan kimia yang kuat?
Sekiranya anda menghidu bau “bahan kimia’ yang kuat di kolam renang, ia sebenarnya bau kekotoran, najis dan kencing yang telah bercampur dengan klorin!
Oleh itu, sila peka kepada bau dari kolam renang, sekiranya anda menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan, ia bermakna kolam tersebut mugkin boleh menjadi punca penyakit berjangkit.

Peranan semua pihak amat penting untuk memastikan kebersihan kolam renang!

PALING PENTING:
Jangan kencing atau berak didalam kolam renang
Jangan biarkan anak anak mandi sekiranya mereka tidak sihat
Bersihkan badan di pancuran air sebelum masuk ke kolam renang (ini ramai yang tidak buat)
Jangan mandi sekiranya anda mempunyai sebarang luka terbuka
Jangan minum air kolam atau berkumur didalam kolam
Gunakan lampin pakai buang khas untuk berenang

Artikel Menarik: [Tanda Anak Lasak, Kepala Naik Benjol Tapi Selalu Terhantuk Pun Bahaya Juga]

Air yang biru jangan di sangka tiada kuman!
Jangan jadikan percutian ke kolam renang dan taman tema air sebagai punca jangkitan penyakit anak anak anda.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham