“Nak Sihat Bukan Hanya Jaga 44 Hari Lepas Bersalin.” Dr Amalina Kongsi Tip Berpantang

Share

Selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Arabella Mia baru-baru ini, doktor pakar bedah, Dr Amalina Bakri telah berkongsi ilmu penjagaan lepas bersalin setelah ramai yang bimbang akan dirinya sudah keluar bersiar-siar selepas empat hari melahirkan anak.

Menerusi perkongsian Dr Amalina di instagramnya, dia menjelaskan caranya berpantang adalah seperti yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sebagai seorang doktor.

“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan.

ARTIKEL BERKAITAN [“Di Usia 4 Hari, Pertama Kali Bersiar-Siar Dengan Mummy Daddy” Kecomelan Arabella Mia Curi Tumpuan]

BACA JUGA [Akui Tak Cukup Tidur, Dr Amalina & Suami Buat Sistem Syif Jaga Anak Tengah Malam]

“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” tulisnya.

Menurut Dr Amalina, dia banyak mengamalkan pemakanan yang sihat serta melakukan aktiviti dan senaman ringan serta melakukan aktiviti seharian secara konsisten mengikut tahap kesihatan diri.

Pemakanan

Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran dan buah. Kurang garam, gula dan minyak  Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan.

“Selain itu, minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis seperti air boba, milo.

Aktiviti seharian

Tingkatkan intensiti aktiviti secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 6 minggu.

Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut.

Anda digalakkan untuk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat banyak rehat. (Baca link di IG story tentang senaman). Pakai compression TED stockings untuk elak blood clots.

Jaga bahagian perineum

Basuh dengan air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam cotton dan ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation.

👉🏽Buat kegel exercise untuk menguatkan otot pelvis.

👉🏽Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.

Kesihatan mental

Jaga kesihatan mental, jangan stress dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan daripada suami dan keluarga.

Di akhir perkongsiannya, Dr Amalina mengingatkan gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.

Kredit: IG Dr Amalina Bakri

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy