Nak Stok Susu Kekal Meriah Masa Puasa, Taktik Ni Kena Praktik

Share

Pasti ramai ibu menyusu berasa risau penghasilan susu terganggu kerana berpuasa. Jangan khuatir ya.Taktik ini boleh membantu anda.

Paling penting, jangan lupa berdoa dan memohon kepadaNya agar susu ibu tetap banyak seperti biasa. Selain daripada itu, yakinlah bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan susu ibu.

Pam mengikut jadual

Pam susu setiap hari dan ikut jadu mengepam seerti biasa. Hal ini sangat membantu kerana badan akan bersedia mengikut masa mengepam tersebut dan menghasilkan susu ibu yang lebih banyak.

Walaupun kadangkala apabila mengepam pada waktu petang, susu ibu tidak banyak, yakinlah ia ada. Apa yang penting badan terus mengikut momentum.

Berfikiran positif

Proses penghasilan susu ibu berkait rapat dengan emosi anda. Amat penting untuk anda berfikiran positif dan yakin bahawa susu ibu banyak.

Jika berasa risau, segera buat sesuatu untuk mengembirakan perasaan sendiri. Mungkin anda boleh letakkan gambar anak di meja mengepam atau di pam susu anda. Boleh juga melihat gambar-gambar dan video anak ketika mengepam.

Ambil makanan beri tenaga semasa sahur

Proses mengepam berlaku ketika siang hari. Jadi penting untuk anda mengambil air yang cukup dan makanan yang boleh memberikan tenaga. Contohnya makanan berprotein, berkabohidrat dan ada potassium tinggi untuk mengelakkan dehidrasi.

Buah kurma adalah antara makanan yang mampu memberikan tenaga. Bila bertenaga, anda akan lebih gembira. Bila gembira, susu ibu akan lebih banyak.

Ambil makanan berkuah semasa berbuka

Digalakkan anda mengambil makanan utama yang mengandungi kuah seperti sup, tomyam dan lain-lain. Dengan yang demikian, anda dapat menambah bendalir ke dalam tubuh.

Sehubungan itu, jangan lupa ambil minuman yang mencukupi. air kosong adalah lebih baik bertanding air yang manis

Published by
Intan Jastina