Rumah yang sentiasa tenang dan sejuk mata memandang menjadi impian semua. Tidak kira ibu, ayah dan anak-anak sukakan suasana yang tenang ketika di rumah. Tapi bagaimana ia boleh dicapai? Mudah je tapi kena tahu caranya.

Bagi mama papa tidak kira yang bekerja, surirumah atau menjalankan kerja dari rumah, keadaan dalam rumah yang terkawal menjadi antara sebab suasana tenang dapat diwujudkan.

Nak Suasana Tenang Dalam Rumah, Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini. Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan!

Tatkala suasana menjadi tenang, kesan menakjubkan akan dirasai setiap penghuninya. Hati jadi lapang dan kurang stres. Pendek kata semua orang jadi seronok dan happy!

Dr Taufiq Razif berkongsi 5 tip yang menjadi rumah zon tenang dan bahagia. Ibu bapa dan anak-anak boleh cuba. Elok juga dimulakan dari awal perkahwinan atau seawal mungkin kerana sekurang-kurangnya pasangan kita atau si manja boleh dilatih dari kecil. Apa pun, bagi yang sudah lama berkahwin masih belum terlambat untuk cuba mempraktikkannya.

5 Tips Untuk Bagi Rumah Jadi Lebih Sejuk & Tenang

#1. JANGAN BAWA SERABUT MASUK DARI LUAR

Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja.

Nak Suasana Tenang Dalam Rumah, Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini. Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan!

Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya

Nak Suasana Tenang Dalam Rumah, Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini. Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan!

Ads

#2. BACA DOA SEBELUM MASUK RUMAH

Sebelum masuk rumah baca doa dulu. Jangan main masuk je.

Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan ‘. Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan.

Baru la anak kita tak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!

Nak Suasana Tenang Dalam Rumah, Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini. Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan!

#3. DIDIK ANAK MENGEMAS DAN URUS DIRI

Sesekali tu ajar anak kita organizational skills juga :

  • Bila dah habis main, kat mana nak simpan
  • Bila dah buka baju, kat mana nak letak
  • Bila dah mandi, nak simpaj tuala kat mana
  • Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana

Bukan rumah je kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!

Ads

Nak Suasana Tenang Dalam Rumah, Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini. Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan!

 

#4. HADKAN BILANGAN MAINAN

Hadkan bilangan mainan di rumah. Mainan tu bagus untuk anak kita tapi sebenarnyaless is better ‘

Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ni, bukan kita je pening. Anak pun naik pening nak memilih!

Nak Suasana Tenang Dalam Rumah, Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini. Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan!

#5. KENAL BAHASA BADAN & TON SUARA PASANGAN

Kita kena mahir membaca raut wajah, tonsuara dan bahasa tubuh pasangan kita

Ads

Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu :

  • 7% je yang sampai melalui PERKATAAN (verbal communication)
  • 38% maksud perkataan tu terkandung dalam NADA SUARA
  • dan 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka.

 

Bila isteri kata “ Takpe. Saya ok je. Abang rehat la “. Aduiii..Jangan la terus percaya! Tu baru 7% daripada hal yang sebenar je tu!

Nak Suasana Tenang Dalam Rumah, Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini. Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan!

Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat KEPENATAN?

Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan STRESS yang melampau?

Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!

Sumber: Dr Taufiq Razif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI