Dalam menjayakan penyusuan anak, suami main peranan paling penting sebagai ‘support system’ isteri. Daripada penyelidikan yang dibuat, sebab utama ramai yang tak berjaya susukan anak kerana tidak mendapat sokongan daripada suami.
Isteri tertekan kerana susu tidak keluar tapi suami pula semakin menambah tekanan. Inilah yang sering berlaku kepada isteri.
Suami sebenarnya adalah orang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ketika membuat pemeriksaan bayi, betapa sedihnya seorang ibu bila susu yang dipam tumpah. Betapa struggle mereka untuk mengumpul susu bagi diberikan kepada bayi.
Nak bagi susu ibu banyak dan anak-anak pun mendapat khasiat yang terbaik, ini yang boleh dibuat oleh suami jika isteri bakal melahirkan anak nanti.
Pagi tu saya ditugaskan memeriksa bayi-bayi yang baru dilahirkan di wad ibu bersalin.
Dah lebih sejam saya duk belek bayi yang ada, akhirnya sampai ke bayi yang terakhir.
Saya kenalkan diri sebagai doktor kanak-kanak dan minta izin ibu untuk periksa bayi. Dia mengangguk perlahan. Wajahnya nampak sangat tertekan.
Saya fikir mesti sebab sakit atau letih. Tiba-tiba dia menangis.
Rupa-rupanya sebelum saya datang, dia terlanggar bekas berisi susu ibu yang dia baru pam. Bekas tu jatuh dan habis semuanya tumpah ke lantai.
Banyak mana yang tumpah, saya pun tak tahu. Itu pun saya tahu dari jururawat. Kalau tak, sampai ke sudah saya tak tahu kenapa dia nangis.
Memang tak mudah nak menyusu anak selepas bersalin.
Lagi-lagi bila saya tengok ibu yang baru sehari selepas pembedahan Caesar cuba untuk susukan anak.
Nak angkat bayi pun terketar-ketar. Syukur ada banyak jururawat yang sedia membantu.
Kuatnya semangat ibu-ibu yang baru lepas bersalin ni.
Ikut 1 kajian pada tahun 2000, ada beberapa faktor yang buatkan ibu rasa sangat susah nak menyusu anak dengan susu badan.
- Sifat suami yang tak menyokong isteri sepanjang penyusuan susu ibu (36.5%).
- Ibu ada persepsi yang beri susu ibu sahaja tak cukup untuk anak (35.1%).
- Mak yang ada kerja hakiki dan akan kembali bekerja selepas tamat tempoh berpantang (29.4%).
Dari kajian ni jelas yang semasa berpantang, ibu kena dijaga dan disokong oleh suami atau ahli keluarga lain sebaiknya.
Antara perkara yang suami dapat bantu isteri:
- Dapat rehat dan waktu tidur yang cukup.
- Kerja rumah diagih atau diambil alih oleh orang lain. Makan makanan berkhasiat dengan tambahan 1 gelas susu dan 1 hidangan nasi atau “cereal” setiap hari.
- Minum 8 gelas air setiap hari.
- Elakkan minuman yang ada alkohol dan kafein.
- Suami yang cuba memahami kehendak isteri semasa tempoh berpantang.
- Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI