Amalan penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia tidak juga susah! Asalkan anda tahu teknik yang betul, amalan ini dapat dilaksanakan dengan tenang dan dan lancar.
Bagi anda yang berazam mahu menyusukan bayi dengan susu ibu sehingga umurnya dua tahun, berikut adalah panduan penting yang perlu diambil peduli. Kalau nak berjaya lengkapkan penyusuan susu ibu, tip ini anda kena buat ya.
Sepanjang tempoh dua tahun ini, pasti akan ada cabaran-cabaran yang perlu ditempuh sehingga boleh menyebabkan anda jadi putus asa. Sistem sokongan di sekeliling anda banyak mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu. Diri anda sendiri perlu siap secukupnya daripada sudut mental dan fizikal. Oleh itu, kena ada tekad dan kekalkan semangat.
Perlu sediakan mental
Anda dan suami perlu merancang dari awal. Sejak sebelum kelahiran bayi. Tanamkan niat hanya mahu susukan bayi dengan susu ibu sebaik sahaja dia dilahirkan dan diteruskan sehingga umurnya dua tahun.
Tambah ilmu
Kalau sudah pasang niat tetapi tidak tahu cara-caranya, susah juga. Jadi, anda perlu cari dan tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu. Baca artikel-artikel di internet, rujuk di blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan sertai forum penyusuan susu ibu.
Buku dan majalah yang mempunyai informasi tentang penyusuan susu ibu pun perlu dibaca. Bila ada ilmu, sudah pasti anda lebih faham dan yakin apabila berdepan dengan apa-papa pun masalah yang berkaitan.
Ads
Sokongan suami dan orang terdekat
Apabila tekad menyusukan bayi dengan susu ibu, jangan malu untuk berkongsi niat kepada suami, keluarga dan orang terdekat. Sokongan mereka penting!
Mungkin ada di antara mereka yang tidak begitu memahami tentang konsep penyusuan susu ibu. Tidak mengapa. Anda perlu teguh dengan pendirian dan ilmu yang telah anda kumpulkan. Dalam masa sama, kongsi ilmu yang ada pada anda.
Persediaan material
Antara kelengkapan penting yang perlu ada apabila mahu menyusukan bayi ialah pam payudara, pad payudara, bantal menyusu, coli menyusu dan macam-macam lagi.
Apabila kelengkapan ini ada, proses penyusuan akan jadi lebih selesa dan mudah. Barulah seronok menyusukan anak. Walaupun begitu, tidak perlu membazir wang membeli yang bukan-bukan. Utamakan keperluan asas terlebih dahulu.
Persediaan rohani
Semasa mengandung, sentiasalah berdoa semoga Tuhan permudahkan urusan mennyusukan anak. Bagi Muslim, boleh amalkan zikir Ya Matin. Caranya ambil segelas air dan baca Bismillah sama ada tiga, sepuluh atau 100 kali. Kemudian baca zikir Ya Matin 70 kali. Akhiri dengan selawat. Minum air itu dengan niat mahu menyusukan anak.
Ads
Selain daripada itu, amalkan juga surah Al-Hujurat. Ia adalah ikhtiar memperbanyakkan susu ibu.
Persediaan fizikal
Ibu menyusu perlu menjaga kesihatan fizikal. Jika tidak sihat mahupun badan penat, proses penyusuan akan jadi mencabar. Untuk itu, jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu rasa gembira dan bersikap positif.
Pemakanan sihat
Pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Ada baiknya, anda kurangkan ataupun elakkan makanan proses dan tidak berkhasiat.
Setiap hari, anda digalakkan untuk minum lebih kurang tiga liter air di samping mengamalkan makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu ibu.
Elakkan stres
Tertekan itu perkara biasa. Namun, penting untuk anda mengurus tekanan yang dialami. Jangan terlalu ikutkan hati. Ia boleh ganggu penghasilan susu ibu. Ada baiknya anda bertenang setiap kali berdepan masalah atau apa-apa jua jenis tekanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurunkan berat badan memang menjadi cita-cita sesetengah ibu ketika berpantang. Namun tindakan Datin Almy Nadia memotong saram, gula & minyak dalam hidangan makanan buat netizen risaukan keadaannya.
Datin Almy Nadia memuatnaik gambar hidangan nasi beras perang dalam kuantiti kecil bersama seketul ayam & beberapa potongan memanjang lobak merah dengan kapsyen yang mengatakan dia memotong garam, gula dan minyak dalam sajiannya. Turut dinyatakan luahan hatinya yang tertekan kerana ada yang mahukannya kurus hinggakan pengeluaran susu ibu merudum.
fizzalmy Day 39 pantang.. yesssss u can do it almy nadia.. “brown rice + carrot + ayam rebus “ no salt,no garam ,semua tak ada rasa.. potong habis. Potong gula,potong garam,potong minyak,semua potong lantak,last2 susu drop.. hampa semua nak sgt aku kurussskannn.,,,, ambikkkkk kauuuu org semua.. mam*** lantakkk…
Para peminat yang rata-rata dikalangan ibu-ibu prihatin dengan keadaan Almy dan memberikan pandangan. Ada yang menyarankan Almy agar mencuba sajian yang lebih sihat dan diet yang tidak mengganggu penghasilan susu ibu dan mengabaikan kata-kata netizen.
Buah-buahan sangat baik untuk kesihatan anak. Rasanya yang manis dan lembut membuatkan buah menjadi antara makanan kegemaran si kecil. Namun buah yang lembut juga boleh membahayakan si kecil jika ibu ayah tidak memotongnya dalam saiz yang kecil.
Banyak kes melibatkan anak kecil yang tercekik disebabkan buah-buahan yang tidak dipotong dalam saiz yang sesuai. Untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku, Doktor Kamarul berkongsi sedikit ilmu tentang buah-buahan dan risiko bayi tercekik.
Beri anak kecil makan buah-buahan dan sayuran adalah sesuatu yang amat digalakkan. Namun, ia boleh jadi berbahaya jika kita tidak berhati-hati.
Semasa saya bertugas di Jabatan Kecemasan, saya ada terima beberapa kes kematian kanak² kerana tercekik buah-buahan. Jom baca!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara yang menakutkan ibu bapa yang ada anak kecil adalah bila sesuatu berlaku sehingga memudaratkan keadaan anak. Maklumlah dalam keadaan berjaga-jaga pun, ‘kelicikan’ anak sukar nak jangka.
Sebab itu dalam rumah kena ‘extra careful’. Sebab benda kecil pun anak boleh nampak dan masuk dalam mulut, hidung atau telinga. Ini yang sangat dirisaukan. Seperti kisah ibu ini, Puan Hidayu Zahemi apabila anak lelakinya tertelan pin tudung hingga tersedak keluar darah.
Ayu nak share 1 pengalaman pahit anak Ayu, Yusuf Harith yang TERTELAN PIN TUDUNG. Selepas 3 bulan baru ada kekuatan nak share.
Pin ada dalam perut
22.06.2021 11am
Anak lelaki Ayu umur 1 tahun 10 bulan(baru masuk 2tahun) tertelan PIN TUDUNG JENIS BULAT. Benda berlaku sepantas kilat. Tahu-tahu dia dah tersedak keluar darah. Terus bawa ke hospital. Lepas dapat keputusan x-ray terus terduduk. Yess pin tu dah ada kat perut.. Dr cakap nasib tak tersangkut kat paru-paru, terus admit wad.
23.06.2021
Pakar datang tengok dia cakap usia budak nie tak sesuai nak buat scop…cuma pakar harap pin boleh keluar dengan selamat tanpa melukakan apa-apa organ dalam sebab pin tu terbukak, so Dr nak pantau 48jam start dari dia telan pin tu…bermula la episod ibu picit-pict yak dia sebab nak cari pin.
24.06.2021 (lepas 48jam dari dia telan pin)
Pagi-pagi Yusuf dah kena puasa. Incase kalau pin tu masih dalam perut Dr nak terus oprate/scop. Luluh hati seorang ibu. Masa otw ke bilik x-ray mulut non stop berzikir…lepas balik x-ray, Yusuf menangis nak susu..sebab dia kena puasa kan…
10.48 Dr panggil..masa tu mengigil nak jumpa Dr..alhamdulillah pin dah selamat masuk ke usus. Doktor bagi balik.
Pin terbukak….dah ada dalam usus…
25.06.2021
Tepat 9am pin selamat keluar dari badan Yusuf. Dalam keadaan terbukak, tajam..Allah permudahkan semua, sampai sekarang (2bulan dah berlalu) Yusuf okay tiada sakit/apa-apa lepas dari kejadian tersebut…
Salah saya sebab lalai biarkan pin merata. Ibu-ibu yang ada anak kecil hati-hati ya. Pengalaman pahit saya akan tersimpan dalam hati sampai bila-bila. Terima kasih Allah masih lagi bagi peluang kedua untuk ibu membesarkan Yusuf.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.