Berbunga hati mama papa bila bayi mula tunjukkan yang dia sukakan anda. perhatikan 8 tanda ini. Dia memang sedang obses tentang apa sahaja berkaitan anda.
Bayi ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa sayang dan sukanya kepada kita. Bertuahlah mama dan papa yang telah kalau bayi dah tunjukkan tanda-tanda ini. Itunya tandanya dia memang suka dan obses dengan anda.
1.MEMANDANG KE WAJAH ANDA
Jika bayi selesa dengan anda, mereka akan suka memandang ke wajah anda dan curi-curi mellihat berkali-kali. Seolah-olah anda lah pelakon utama atas pentas. Dalam perbuatan ini dia sebenarnya cuba untuk mengenali wajah anda.
2.SENYUM KEPADA ANDA
Bayi akan senyumkepada anda walau pun sebentar pada usia enam hingga lapan minggu. Ini bermakna dia makin selesa dengan mama dan papa. Bonding antara anda semakin mendalam.
3.KENAL BAU & SUARA ANDA
Si kecil makin mengenali bunyi suara dan bau badan anda. Malah dia sudah kenal bau badan dan suara anda. Setiap kali bersama dengan anda, dia akan rasa selesa.
4.SUKA CIUM MAMA PAPA
Bila mencecah usia setahun, bayi sudah berupaya memberikan anda ciuman ke pipi anda. Ia juga salah satu tanda bonding antara anda berdua berjaya.
5.MINTA DIDUKUNG
Bayi tidak pandai memberitahu anda yang dia menyayangi anda. Kalau dia minta anda mendukungnya, itu bermakna dia semakin percayakan anda. Selain mendepakan tangan meminta didukung, mereka juga akan mengangkat tangan mama dan papa dan meletakkan pada badan mereka sebagai tanda minta didukung.
6.ACAH-ACAH DIKEJAR
Bila bayi mula boleh merangkak, dia makin pandai bermain dengan anda. Bayi mungkin akan acah-acah lari daripada anda dan mahu anda mendapatkannya.
7.CUBA TARIK PERHATIAN ANDA
Sekiranya dia melihat anda ada disampingnya, dia akan cuba menarik perhatian anda kepadanya dengan menunjukkan protes jika anda meninggalkannya. Bila anda mula menyentuhnya dan mendukung, bayi bertambah gembira, tersenyum dan ketawa.
8.MENIRU APA YANG ANDA LAKUKAN
Semakin besar, bayi akan meniru apa yang anda lakukan. Ini adalah luahan kasih sayang yang ditunjukkan olehnya kepada anda. Misalnya meniru aksi anda membuat mimik muka, bercakap telefon dan sebagainya.
Anda juga boleh mempelajari aktiviti yang bayi suka lakukan dengan membaca artikel ini [Happy Baby, Happy Parent. Mama Papa Perlu Tahu 12 Perkara Bayi Suka Buat Ini!]