Kanak-kanak usia 5 tahun ke bawah susah nak fokus adalah perkara normal. Ini kerana daya fokus setiap anak itu berbeza-beza.

Jangan terkejut jika anda lihat anak-anak hanya boleh beri fokus tak sampai seminit pun bila buat satu-satu perkara. Tapi jangan risau sebab daya fokus anak ini boleh dirangsang supaya boleh jadi semakin baik.

Disebabkan hal ini juga tadika dan taska tidak terlalu memberi tumpuan kepada konsep belajar semata-mata. Kebanyakannya akan melakukan aktiviti sampingan bagi menambah baik fokus anak-anak dari semasa ke semasa.

Nak Tahu Fokus Anak Usia 3-6 Tahun Di Tahap Mana, Buat Aktiviti Ini. Baru Mudah Faham!

Bagi ibu bapa yang nak tahu fokus anak berada di tahap mana, Penulis Buku Genius Dari Syurga, Puan Ainizal Abdul Latif ada berkongsikan panduannya untuk ibu bapa menilai sendiri.

Panduan ini sesuai untuk anak 3 hingga 6 tahun. Ingat ya tak perlu nak terus melabelkan anak kita bermasalah bila anak tak dapat fokus sepenuhnya tapi banyakkan aktiviti yang menyeronokkan tetapi mengasah kemahiran motor mereka.

IKLAN

Cuma jika anak masih lagi tak menunjukkan perkembangan positif hasil daripada aktiviti yang dilakukan bersama, bolehlah rujuk kepada pakar yang berkenaan.

1) MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN

– Jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.

2) MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN

IKLAN

– Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.

3) MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)

– Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.

Nak Tahu Fokus Anak Usia 3-6 Tahun Di Tahap Mana, Buat Aktiviti Ini. Baru Mudah Faham!

IKLAN

4) MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN

– Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukan ke atasnya.

Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka.. Fokus dan kemahiran ni boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus.

Sumber : Puan Ainizal Abdul Latif 

Genius Dari Syurga

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI