“Nak tahu kehebatan bakat anak, beri mereka bermain diluar rumah bukan beri gajet”, admin rasa ini antara perkongsian yang menarik dari pakar motivasi yang terkenal, Dr. Tengku Asmadi di program tv Pa&Ma pukul 12 tengahari di Astro Prima & Astro Maya HD. Beliau juga turut berkongsi bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh mengetahui cara-cara untuk mencungkil bakat anak-anak.
Cara yang paling mudah untuk kita mengenali potensi atau kehebatan bakat anak-anak kita adalah pertama sekali kita perlu melihat bakat atau kecenderungan mereka dengan cara kita beri mereka peluang untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang ada diluar sana.
Ads
Jangan biarkan mereka terlibat dengan satu aktiviti sahaja. Ramai ibu bapa takut anak melakukan kesalahan atau kesilapan. Biarkan mereka gagal atau melakukan kesalahan sebab dari situlah kita belajar untuk membentuk karakter dalam diri.
Ads
Kita sebagai ibu bapa kita perlu memanfaatkan fasiliti-fasiliti yang ada dan mengalakkan anak-anak kita keluar daripada dunia gajet dan pergi keluar untuk bersosial dan bergaul serta terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang positif.
Ads
Untuk ketahui lebih lanjut bagaimana kita sebagai ibu bapa berperanan untuk mencungkil bakat anak-anak boleh tonton episod ulangan Impian Si Jaguh Cilik di Astro Prima & Astro Maya HD pada pukul 9 malam nanti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum selalu salah faham mengenai konsep taat kepada suami. Ia tidak bermakna segala perihal rumah tangga perlu digalas sendirian. Untuk menjadi bidadari suami, bukan bererti anda harus mengabdikan diri kepada suami semata-mata.
Pastinya setiap pasangan yang berkahwin mengetahui hal menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan tolak-ansur dan rasa saling membantu antara pasangan suami isteri.
Jangan kerana terlalu sayangkan suami dan ingin dianggap sebagai isteri yang terbaik, anda merelakan diri anda untuk melakukan segala-galanya. Ia seolah-olah terlihat seperti anda ‘merajakan’ suami.
Adakah itu caranya untuk menjadi bidadari suami? Sudah tentulah tidak. Ini kerana jika begitu amalan anda, nescaya ia akan mendatangkan mudarat kepada emosi dan fizikal isteri.
Bagaimana untuk menjadi bidadari suami?
Terdapat beberapa cara yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk memperolehi keluarga yang bahagia. Sudah tentu ia memerlukan kerjasama daripada suami isteri dan bukan sekadar bergantung harap kepada isteri semata-mata.
Berikut adalah 3 cara utama yang perlu diamalkan setiap pasangan yang berkahwin jika ingin mempunyai rumah tangga yang bahagia, iaitu:
Melakukan tugasan rumah bersama-sama
Jika anda sedang melakukan sebarang tugasan rumah seperti mengemas, cuba untuk meringankan mulut meminta bantuan si suami. Ya, anda mungkin boleh melakukan segalanya sendiri tetapi jangan menjadikan diri anda sebagai kuli.
Rumah tangga yang dibina adalah milik anda berdua, maka atas sebab itu suami juga bertanggungjawab dalam menjalankan sebarang tugasan rumah. Tetapi elakkan daripada memberikan arahan kepada suami.
Berikan pilihan kepadanya untuk melakukan pekerjaan. Sebagai contoh, katakan kepadanya bahawa anda akan memasak, dan tanyakan sama ada si suami boleh membantu anda dengan menguruskan pakaian kotor.
Paling penting jangan melakukan segalanya sendirian. Lakukan segalanya bersama-sama pasangan.
Meluahkan secara jujur
Ada sesetengah isteri sukar untuk mengakui apa yang dirasainya dan memilih untuk memendam perasaan. Lebih parah lagi apabila anda memilih untuk menzahirkan apa yang anda rasai dengan mimik wajah anda.
Percayalah suami anda tidak akan dapat menangkap apa yang anda rasai melainkan anda melafazkan secara lisan kepada mereka. Malahan semakin lama anda memendam perasaan, akan semakin berat bebanan yang anda tanggung.
Jadi sebaiknya, sejak dari awal perkahwinan, cuba untuk jujur dengan pasangan tentang apa yang anda rasai. Tetapi luahkan dengan cara yang baik dan elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar, okay?
Dalam masa yang sama hindari daripada membuat sebarang andaian negatif kepada pasangan anda. Jika wujud perkara atau isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati, berterus-teranglah dengannya. Komunikasi adalah kunci utama kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Berterima kasih
Anda pasti tahu 2 perkataan paling ajaib adalah terima kasih dan maaf. Percayalah saat anda melafazkan 2 perkataan ajaib itu, hati individu yang menerimanya pasti rasa dihargai walaupun tidak ditunjukkan melalui reaksi wajahnya.
Jika pasangan anda melakukan sesuatu selepas anda memintanya, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih, walaupun mereka hanyalah sekadar membuang sampah ke luar atau menukar lampin si kecil.
Mungkin ada yang mengatakan, penghargaan itu boleh ditunjukkan melalui perbuatan seperti membalas pertolongan pasangan dengan menyediakan segelas air. Tetapi hakikatnya 2 patah perkataan ajaib, “Terima kasih, Sayang” pasti akan mendatangkan kesan di hati pasangan anda.
Anda pun pastinya akan berasa terharu dan dihargai jika mendapat ucapan terima kasih daripada pasangan selepas melakukan sebarang tugasan, bukan? Jadi, cuba untuk amalkannya.
Isu menjadi kuli atau bidadari suami tidak seharusnya timbul kerana setiap hubungan rumah tangga itu perlulah mempunyai sifat tolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Jika anda sayangkan rumah tangga anda, maka ringan tangan dan bantulah pasangan anda dalam melakukan setiap tanggungjawab dan tugasan di rumah.
Sumber:Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mengimpikan dikurniakan anak-anak yang soleh kan? Ini kerana ia adalah perkara yang paling membahagiakan hati setiap ibu bapa.
Cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda yang akan mendoakan anda apabila anda meninggal dunia kelak? Yang akan memimpin tangan kita untuk masuk ke syurga.
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Namun, keinginan tanpa usaha adalah sia-sia. Sudah menjadi lumrah, kita sebagai ibu bapa harus berkorban masa dan sepenuh tenaga dalam membentuk kehidupan anak-anak.
Berdoa termasuk usaha yang begitu dianjurkan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, “Berdoa kepada Allah dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai dan lengah.” – Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Berdoa untuk anak selepas azan dan iqamat juga pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Doa yang baik adalah amalan yang terpuji. Disamping itu, memberikan nama yang baik kepada anak juga termasuk sebahagian daripada doa.
Antara doa-doa yang ringkas tapi mustajab untuk diamalkan adalah:
“Ya Tuhan, berikan aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” (Surah Ali Imran, ayat 38)
“Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikan kami imam untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74).
“Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anak cucu aku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan perkenankan doa aku”(Surah Ibrahim, ayat 74)
“Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan jadikanlah diantara anak cucu kami yang tunduk kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau yang maha menerima taubat lagi maha penyayang.” (Surah Al-Baqarah, ayat 128)
Semoga doa-doa diatas boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan beriman.
InsyaaAllah, dengan usaha yang keras, cara yang berhikmah dan selalu memohon doa serta pertolongan daripada Allah, kita akan berjaya.
Siapa sangka dari seorang yang mabuk darah sampai boleh pengsan, bila isteri bersalin seolah-olah dapat kekuatan sendiri untuk menyambut kelahiran anak.
Ini yang dilalui oleh Khairul Nizam Abdul Ghalim, 43, yang begitu bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana impiannya untuk memiliki zuriat sendiri dimakbulkan.
Walaupun berkahwin di usia yang lewat dan isteri keguguran beberapa bulan selepas berkahwin, ternyata perancangan dari-Nya adalah terbaik.
Menurut Khairul Nizam, ketika isterinya, Suzyazwarni Alias keguguran, doktor ada menjelaskan untuk hamil kali kedua mungkin sukar dan berisiko kerana faktor umur.
“Memandangkan isteri pun sebaya, saya anggap jika Allah nak bagi rezeki lagi selepas ini kami sangat bersyukur.
“Tak di sangka selepas balik dari mengerjakan umrah, Mac tahun lalu, isteri disahkan mengandung untuk kali kedua. Bagai tak disangka doa kami di Mekah semasa mengerjakan umrah dimakbulkan.
“Bermula dari itu, perjalanan mengandung isteri saya sama seperti wanita lain. Cuma yang doktor risaukan disebabkan mengandung di usia 40-an ada beberapa perkara kena jaga.
“Berulang alik ke klinik buat pemeriksaan dan temujanji doktor kami tak kisah, paling penting anak dalam kandungan sihat,” jelasnya.
Anak tak mahu tunjuk muka
Ketika kandungan isteri 6 bulan, perasaan teruja untuk melihat anak begitu berkobar-kobar. Setiap kali buat pemeriksaan doktor, perkara pertama saya nak tengok keadaan anak.
“Tapi apa yang buatkan saya jadi tak sabar menunggu kelahiran anak ini, setiap kali doktor scan, waktu itulah dia tak mahu tunjuk muka walaupun dah mengetahui jantinanya.
“Masuk 36 minggu, kerana masih belum dapat lagi tengok wajah anak, seminggu sekali saya bawa isteri buat scan tapi ternyata hasrat itu gagal hinggalah sampai masa isteri melahirkannya.
“Sebelum itu, saya dah niat walaupun mabuk darah dan mudah pengsan saya tetap nak jadi orang pertama yang melihat wajah anak. Macam tak percaya tapi hakikatnya saya berjaya melalui pengalaman ini,” katanya.
Sambut anak
Tanggal 30 Disember lalu, jam 3.38 petang isteri selamat bersalin. Masa dalam labour room, ketika tengok isteri menahan kesakitan, seperti ada satu tenaga luar biasa dalam diri untuk beri sokongan pada isteri.
“Sebak dan terharu melihat perjuangan isteri waktu itu. Baru tahu besarnya pengorbanan isteri bergelar ibu untuk menghadiahkan zuriat pada suami.
“Tak mahu melengahkan saya terus memberi semangat dan buat pertama kalinya menyambut sendiri anak walaupun dengan keadaan darah yang banyak.
“Waktu itu juga saya menggunting tali pusat anak sebelum menyerahkannya pada isteri. Tak terfikir pun saya mampu melalui pengalaman ini kerana masa kawan kemalangan dan membantunya pun saya pengsan sehinggalah sedar di katil hospital.
Betullah orang kata, kadang-kadang sesuatu perkara yang kita tak jangka tapi bila dapat kekuatan itu dengan sendirinya kita mampu menghadapinya. Mengalir air mata daddy pertama kali lihat wajah Medina Ayra. Moga membesar menjadi anak solehah sayang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!