Selepas setahun setengah menggunakan alat pencegah kehamilan, intra-uterine contraceptive device (IUCD), usahawan dan pelakon, Wawa Zainal tekad membuang alat pelindung itu.
Menurut Wawa menerusi perkongsiannya di Insta Story, semuanya kerana mahu menambah bilangan cahaya mata dalam keluarga besarnya bersama Aeril Zafriel.
Bahkan kata Wawa lagi, antara salah satu sebab dia membuat keputusan untuk membuang alat pencegah kehamilan itu adalah kerana kitaran haidnya yang tidak teratur setiap bulan.
Hal itu turut dikongsikan oleh Wawa, selepas menjawab pertanyaan pengikutnya yang bertanyakan mengenai hal itu.
“Sorry kenapa Wawa nak remove?. Saya baru nak pasang,” ujar peminat Wawa.
“After one year half decided to remove,” kongsi Wawa menerusi entrinya di Insta Story.
Malah ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga menjawab keputusan itu diambil.
“Nak tambah askar.
“Period pun masih tak teratur,” kongsi Wawa menjawab pertanyaan peminatnya.
Bahkan kongsi Wawa lagi, proses membuang alat IUCD itu tidaklah menyakitkan dan tidak perlu dirisaukan sekiranya ingin membukanya kelak.
Terdahulu, Wawa dan Aeril Zafriel mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!