Muhammad Rayyan Khalaf, anak sulung selebriti, Elfira Loy dipuji kerana bukan hanya kreatif bahkan begitu rajin menyiapkan Sensory board, khusus buat adiknya.
Menerusi Instagram, Elfira turut memuat naik sekeping gambar hasil kerja tangan kreatif Rayyan yang begitu berseni menyiapkan papan sensori itu untuk merangsang daya sensori adiknya yang kini semakin membesar.
“Sensory board untuk Aria dari Abang Rayyan!
“To be honest i have something else in my mind, tapi rayyan tiba-tiba nak buat.
“Nak tampal legolah, mata satu ke bawahlah apalah. I betulkan je dia angry. So macam whateverlah color and bentuk tu eh, its an art mommy 🤪,” kongsi Elfira.
Menurut perkongsian ibu cantik manis ini, dia sebenarnya ingin menghasilkan sensory board yang berwarna pastel, khusus buat anak perempuannya, Nur Aria Mikayla.
Bagaimana pun hasrat menyiapkan papan bertemakan warna pastel itu musnah gara-gara hasil seni Rayyan yang ingin mencuba menghasilkan sendiri mengikut kreativitinya.
Bukan saja bijak menyusun dan mengolah warna bahkan kata Elfira dia kagum dengan kegigihan anak sulungnya itu menggunakan gam dan menampal satu persatu.
“But, good job Rayyan boi! Mommy tak tahu awak boleh handle gam dan lekat satu persatu dekat board. Shoo proud of you,” tulisnya berkongsi.
Walaupun papan pastel tidak menjadi namun kesungguhan dan hasil kerja tangan Rayyan dipuji pengikutnya di Instagram.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma