Nak Travel Dengan Baby? Sediakan Sup Kebal Imun Untuk Persediaan Ketahanan Badannya Nak Berjalan Jauh

Share

Hujung tahun mesti ramai nak travel dengan baby. Untuk persediaan ketahanan badannya, disarankan sediakan sup kebal imun.

Apa sup kebal imun tu? Ia juga lebih dikenali sebagai bone broth soup yang terkenal sebagai makanan meningkatkan sistem imun badan anak daripada mudah terkena jangkitan penyakit demam, selsema dan batuk.

Biasanya anak kecil mudah dijangkiti penyakit tersebut selepas pulang dari bercuti kerana faktor perubahan cuaca, kurang tidur, keletihan, kurang minum air dan sebagainya lagi.

Persiapan makanan untuk travel bersama si kecil oleh Puan Aiza boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu lain yang merancang bercuti sekeluarga. Tak kira sama ada anda nak travel di dalam negara atau luar negara, tips ini sangat bermanfaat diamalkan terutama yang ada anak kecil.

Travel Tips!
Preparing food for baby’s immunity

Biasanya, bila Adam Jibreel nak travel, Aiza akan bagi immune-boosting meal dekat Adam which is actually similar to bone broth recipe just tak perlu peram lama dalam cooker.

Buat sup sahaja, siap tumis cinnamon, star anise dengan cloves, dan ginger. Yang penting sebaiknya ada parsnip, tulang-belulang, isi ayam, bebawang, dan celery. Semua bahan ini memang boosting immune.

So, a week or 3 days at least nak jalan tu, bagi Adam sup kebal imun and kalau rajin, lepas balik pun bagi lagi. Bila pergi negara yang ada perubahan temperature, takut balik demam, yelah dari panas ke sejuk, sejuk ke panas.  Kalau waktu travel pula, bawak bone broth frozen, campak segala bahan steam then blend. Tak perlu tumis-tumis. Mudah kan?

Bone Broth Recipe (suitable from 8 months old)

  • Tumiskan bebawang, celery dan leeks menggunakan olive oil sampai harum baunya.
  • Then, masukkan tulang dan isi-isi ayam juga. Biarkan sekejap,tambahkan banyak air.
  • Biarkan sampai nampak ayam dah masak sikit.
  • Masukkan parsnip dan carrot pula, kacau-kacau, tambah air.
  • Biarkan dengan api kecil (kalau guna dapur gas) sehingga 6-7 jam. Boleh juga guna slow cooker atau Noxxa lg cepat kan?

*Actually untuk bone broth/chicken stock lagi lama kita peram dia, lagi pekatlah jadinya lagi baik. Kenapa lama? Sebab kita nak biarkan segala isi atau sumsum keluar. So, bolehla cuba!

Preparing Travel Food Tips

1. Untuk bubur, lebih mudah prepare powder half-masak (sangai dalam kuali), pastu blend halus-halus then tapis lagi biar tinggal serbuk halus. Nanti bila nak guna, just ambil 4-5 sudu, campur air panas sikit masak sekejap atas api siap!

2. Make sure sediakan makanan yang dia suka, yang tak membawa apa-apa masalah seperti sembelit atau diarrhea, tak muntah macam avocado, squash dan pear.

3. Pilih buah/sayur yang mudah dibuat puree. Sebagai contoh avocado dan pisang.

4. Pilih buah yang mudah dapat so that tak payah bawak dari rumah. Contoh apple, pear, pisang. Buah-buah ni tahan lama.

5. Ready puree dan bubur yang dah masak dalam coolbag, letak iceblock. Waktu meal dia, lepak kedai minta air panas untuk panaskan.

6. Bawak accesories makan baby secukupnya. Tak susah pun. Boleh je bawak spoonfeeder, squooshi kalau tak mahu pakai bowl dan spoon.

7. Jangan lambat-lambatkan waktu makan baby, mahu mengamuk baby dalam flight. Makan sikit sebelum take off before boarding then breastfeed baby waktu take off.

8. Jangan rasa leceh. Chaiyok mommies!

9. Actually ada alternatif lain, macam instant baby food, tapi kita tetap choose homemade for Adam Jibreel. Your choice, mommies!

10. Untuk long haul flights (>2hours flight) via premium flight macam Malaysia Airlines boleh request babyfood for FREE.

Sumber: Aiza D Underfined

 

Published by
Hasnita Sawal