Mengajar anak memegang pensel untuk belajar menulis adalah satu kemahiran penting dalam fasa perkembangan anak. Dengan hanya sebatang pensel dan sehelai kertas pun anak boleh menerokai pelbagai perkara baru sambil menajamkan skilnya.
Bagi memberi penjelasan lanjut, bagaimana cara pegangan pensel yang sesuai untuk kemahiran tangan anak, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) di Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Mahfuzah Zainol ada jawapannya.
3 jenis pegangan pensel yang perlu diketahui dalam kemahiran tulisan tangan kanak-kanak
1. Jenis berfungsi
Untuk pegangan jenis berfungsi ini ada 2 cara, tripod grip (tiga jari) dan quadrupod grip (empat jari). Kedua-dua cara ini adalah efektif dan paling baik untuk kanak-kanak. Tidak akan cepat letih menulis, lebih efisien dan pantas, dinamik dan mantopps.
Ahli terapi cara kerja sangat lega jika kanak-kanak sudah boleh pegang pensel dengan dua cara saya sebutkan ini. Not much to worry. Boleh fokus kepada penulisan dah.
2. Jenis tidak efektif
Jenis tidak efektif ni ada banyak dan pelbagai. Contohnya pegang pensel 5 jari. Five finger grip. Saya selalu nampak pegangan jenis ni dalam kalangan kanak-kanak autisme melalui pengalaman saya la. Macam menarik untuk explore lagi kenapa. Laju pulak tu bila menulis..tak menyempat… haha.
Kemudian, ada cara thumb tuck grip dan finger wrap grip, pegangan jenis ini saya lihat banyak murid Down Syndrome buat. Yang cara macam ni mereka akan jadi cepat letih ketika menulis, tekanan pensel pun sangat kuat. Dan berisiko tinggi untuk ketinggalan dalam kelas sebab cikgu dan kawan-kawan laju menulis dah siap. Bila dia rasa ketinggalan, dia akan down dan kecewa dan mula benci aktiviti menulis atau menyalin-menyalin ni.
Sebab tu penting untuk kita proposed pegangan pensel yang betul sejak awal lagi..regardless dia ada diagnosis apa, tidak kiralah Autism ke, ADHD ke..Down Syndrome ke, Cerebral Palsy ke…
Yang murid tipikal pun kadang kita lihat mereka pegang cara-cara yang tidak efektif ini. Cikgu dan ibu bapa kena aware dan bantu mereka.
Satu lagi cara tak efektif ialah flexed wrist, pegangan jenis ni biasa saya lihat dalam kalangan kanak-kanak Cerebral Palsy. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak Cerebral Palsy sememangnya mempunyai masalah muscle tone. Apabila mereka kena buat juga aktiviti menulis, jadi pegangan pensel jadila macam tu. Tidak efektif. Saya suka mencadangkan kanak-kanak CP ni diberi kelonggaran guna komputer untuk aktiviti melibatkan tulisan tangan. Tidak perlu dipaksa sebab mereka memang ada masalah muscle tone (mostly high tone).
3. Jenis tidak matang
Jenis ini yang paling teruk dalam sejarah perkembangan kemahiran tulisan tangan. Kalau kita tengok ada murid masih pegang pensel macam nak bunuh orang (fisted atau palmar grip) ini, itu petunjuk penting bahawa dia perlukan banyak aktiviti handwriting readiness. Jenis ini macam baby baru pegang pensel. Sekitar umur 1-3 tahun. Cara satu lagi yang tidak matang ialah pronated grip.
Kanak-kanak Cerebral Palsy pun ada yang pegang macam ni, tapi kita sedia maklum masalah high tone muscle dia, tak perlu dipaksa. Kita guna sahaja alternatif tekan keyboard untuk dia. Benda boleh settle. Buat apa susahkan dia ye dakk..
Jadi, dalam dunia Pendidikan, guru perlu bijak merancang dan memberikan alternatif terbaik kepada murid berkeperluan khas. Tidak semua intervensi kita boleh beri secara fixed. Kita give and take. Itu menunjukkan kebijaksanaan anda sebagai guru dan juga ahli terapi dalam menangani masalah pegangan pensel mereka.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, keyboarding skills atau kemahiran menaip juga merupakan kemahiran yang sama penting untuk kanak-kanak. Sekian, perkongsian saya, handwriting specialist anda.
Kredit: Mahfuzah Zainol
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI